KACHINGG $$$$

Monday, 10 February 2014

Drama Tanah Kubur


Anak no 2 sya sangat suka tengok drama tanah kubur. Pada hari Jumaat lepas tentang hubungan sejenis, ada satu part dlm drama tu, seorang anak tengah explain pada ibunya tentang hubungan beliau dengan kekasih hati beliau yang merupakan seorang wanita jugak, dan telah menjalani IVF untuk mendapatkan anak bagi melengkapkan hubungan beliau agar seperti keluarga yang normal, pasangan tersebut telah berbelas tahun meninggalkan Malaysia,  saya tgk anak no. 2 saya agak confius dan mula bertanya dengan saya. Kelakar gak...

Anak saya Hafiz, masa taim ni kecik dalam 2 tahun.. suka tengok pipi laboh dia tu... gerammmm....




Hafiz: umi, nape dia cinta kat pompuan sorang lagi tu umi?
Umi: sebab dia suka perempuan sama pompuan.
Hafiz: ish.. mana bleh umi, pastu anak dia mana datangnya umi, tk elokkan umi camgitu.
Umi: memang la, berdosa besar lesbian ni, macam kaum nabi luth.
Hafiz: hahhh... lesbiann???? ish amende tu umi, macam allien ke umi. abis tu macam dia dapat anak dia???
Masa ni saya nak gelak tapi tahan aje, hmmm camne lak nak bagitau pasal anak dia ni, nanti saya gitau dia wat IVF mau ternganga  gamaknya.. Meh kita test..
Hafiz: umi, camne dia dapat anak...
Umi: IVF
Dengan aksi betul betul terkejut... hah.. IVF!!!! jadi anak dia robot le.. ishh.. ishh.. astagfirullahalazhim macam-macam sekarang ni....
Umi: Erkkk, mana dia dpt idea IVF tu robot pun saya pun tak tahu. Tak tercapai dek minda ku. siap istigfar tu saya tak tahan...

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI