KACHINGG $$$$

Thursday, 6 February 2014

RESEPI KEK COKLAT MOIST

Tempahan dari kawan rapat untuk besday anaknya Lutfil, biasalah anak-anak memang suka makan coklat, so kali ni saya buat coklat moist untuk Lutfill.. Kali ni saya kepilkan resepi yang selalu saya guna.

Bahan-bahan



bahan A
1 1/4 Minyak Masak
1 tin susu cair
6 sudu besar susu pekat
1 1/4 gula castor
1 sdt coffee emulco
2 sdt chocolate emulco (saya selalu letak lebih sikit)
secubit garam

bahan B
200grm tepung gandum
50grm serbuk koko
1sdt soda bikabornat
1sdt baking powder
sedikit esen vanilla

bahan C
3 biji telur saiz B

Cara-caranya

Bahan A di masak sehingga gula larut, tak perlu tunggu sehingga mendidih. kemudian sejukkan betul- betul. Ketepikan

Bahan B di ayak kemudian ketepikan,

Pukul bahan C sehingga berbuih, tak perlu sehingga kembang.

Kemudian masukkan bahan B ke dalam Bahan A di selangselikan dengan bahan C, masukkan esen vanila dan kacau sehingga sebati.

Masak kek pada suhu 150' (ni bacaan oven saya) untuk 45-30 minit atau sehingga masak. Apabila masak bungkus kek dengan kertas baking sehingga sejuk (untuk menjadikan kek moist). Apabila dah sejuk bolehlah di hias.


MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI