Wednesday 3 December 2014

MEE GORENG KACANG TUMBUK





Bahan-bahan
3 ulas bawang putih ** di tumbuk
4 biji bawang kecil ** di tumbuk
5-6 sudu besar cili kisar
sedikit udang
sedikit sotong
sedikit isi ayam
sedikit sayur sawi
secekak tauge
secekak daun kucai
1/2 cawan kacang tanah tumbuk
1/2 cawan kicap manis
2 sudu kecil cuka / air asam jawa pun boleh juga
bawang goreng dan daun sup untuk taburan
1 paket mee kuning/ kue tiau.

bahan perasa
Sedikit ajinomoto
sedikit gula
sedikit garam

*** saya guna kicap manis, memang tak letak gula dan garam tapi cuma letak ajinomoto sedikit sahaja untuk naikkan rasanya.

cara-caranya

Tumis masukkan bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar, masak cili sehingga naik minyak. Masukkan udang, sotong dan isi ayam dan biarkan masak seketika. Masukkan kicap dan cuka, biar masak sekejap dan kelihatan likat, jgn lupa juga masukkan bahan perasa.

Setelah itu masukkan mee atau kue tiau. Biar masak sekejap dan akhir sekali baru masukkan sawi,  tauge, daun kucai dan  kacang tumbuk (lagi banyak masuk lagi sedap dan lemak) kemudian seratakan sehingga keseluruhan mee atau kue tiau dan sehingga sayur kucai dan tauge masak.

boleh di hidangkan dengan hiasan dan taburan bawang goreng, daun sup dan cili merah potong.

*** nota : kalau guna kue tiau lebih sedap dan lemak.

7 comments:

  1. mayang rasanya knor pernah mkn... mee msk gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak nor... Ramai org da buat... Mak myg klu goreng kue tiau mesti letak kcg tumbuk... Tak tau pengaruh mana... Singapore stail @ jawa stail...

      Delete
  2. salam mayang..sedapnye akk pernah makan tp dh lama x buat la..

    ReplyDelete
  3. Oh... kakak tak pernah lagi buat letak kacang macam ini Mayang
    Mana tahu lain kali kalau ingat kakak nak mencuba.

    ReplyDelete
  4. nak gak mencuba nanti ... sesekali tukar selera . bosan gak hadap mee goreng style sama kan .

    ReplyDelete
  5. nampak best ni, boleh dicuba juga ni nanti2

    ReplyDelete