KACHINGG $$$$

Wednesday, 24 December 2014

ARJUNA BETA

Wahai anakku Muhammad
Allah melimpahkan berkat pada engkau,
Wahai anakku dari Ibu, Yang sedang menghadapi maut,
Engkau, diutus Allah kepada manusia dalam lingkungan Halal & Haram.
Engkau dibangkitkan Allah membantu tauhid dan iman agama nenek engkau Ibrahim. Allah melarang engkau tidak boleh mendekati berhala. Jangan bersama golongan itu.......

(Nukilan sajak Aminah binti Wahab, ibunda Rasullullah s.a.w sewaktu akan wafat meninggalkan nabi Muhammad yang berumur 6 thn dan sedang bermain-main di sampingnya....)

Ya Allah... Sedihnya....


ARJUNA BETA.....




Tuesday, 23 December 2014

RINDU... RINDU SERINDUNYA

Anak-anak teruna semua di pos ke kampung cuti sekolah ni. dan ada yang bersunat. Rindunya saya pada anak2 tak tau nak cakap. Tak de kawan nak ketawa, tak de kawan nak buat lawak, tak de kawan nak bergaduh, takde kawan nak menangis, tak de kawan nak mengadu, tak de kawan untuk berbincang dan memacam lagi le.. Rindu nak menjerit2 cam tarzan. hahahha itu tak tahan.... Ape pun umi rindu sangat. tak sabar nak balik kampung cuti krismas ni. Semoga allah permudahkan perjalanan pergi dan balik kami... doakan kami selamat yer kawan-kawan.

Doa Naik Kenderaan Dan Tip Perjalanan Jarak Jauh

Doa kepada Allah swt mohon keselamatan semasa memandu dalam perjalanan kita.... Memandu kenderaan untuk perjalanan jarak sama ada pulang ke kampung atau ada urusan lain yang jauh memerlukan persiapan dari segi fizikal dan mentaliti. Semua persiapan ini adalah bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang perjalanan.


DOA NAIK KENDERAAN

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، (سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ )


“ Allah Maha Besar 3x, Maha suci Tuhan Yang mengusahakan kami untuk mengendarai ini. Sedangsebelumnya kami tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan .

Kalau rindu sangat saya suka tengok video ni.. Comel sangat....

video

Monday, 22 December 2014

KEK PISANG GEBU


Retetan dari cerita buah pisang semalam. sempat juga saya buat kek pisang ni.. sedap dan gebu, resepi saya amik dari blog jintan manis Memang gebu kek pisang ni..


selepas di bakar.. tak sabar nak potong dan makan
 2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
gebukannn...
caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 150darjah.

2. Putarkan telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, kalau tak berterabur tepung satu dapur nanti.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 150 darjah selama 40 minit atau satu jam atau ikut oven masing-masing yer, oven saya ni kalau bakar kek mmg suhu ni lah yang menjadi pilihan saya.

4. Apabila telah masak, keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas redai kek. saya memang suka makan kek ni masa suam-suam kuku.. sedap makan panas-panas. 




memang gebu sangat

Sunday, 21 December 2014

PISANG OH PISANG..

 Bekalan dari kampung, alhamdullilah.... Separuh dah saya berikan pada jiran... Ada lagi separuh.. Minggu ni menu bertemakan pisang ye kawan- kawan. Pisang ni sedap, manis berdecit tapi sayang banyak biji pula.. Pagi ni sarapan kek pisang, minum petang nanti kita buat cekodok pisang dinner pulak kita buat pisang goreng pulak... Nasib la.. Sesiapa yang tinggal belah2 sri gombak kalau rasa2 nak pisang khabaq mai na.. Boleh saya anta umah.

buat kek pisang

Friday, 19 December 2014

TASKA PERMATA PERPADUAN

"SETIAP ANAK PERMATA NEGARA" Moto taska perpaduan. Pada pendapat saya, usaha Datin Rosma Mansor dalam usaha menggerakkan program permata adalah satu tindakan yang sangat baik malah sangat membantu rakyat, terutama rakyat yang pendapatan rendah dan sederhana. Saya amat sokong program ini, malah anak saya sendiri telah terlibat dan sertai taska permata ni. Dah la murah tapi anak-anak di ajar banyak perkara dalam merangsang minda dan pemikiran mereka. Yurannya yg hanya berjumlah RM20, memang sangat membantu saya dari segi ekonomi. Anak-anak pun dijaga rapi sejak dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang, buat penngetahuan semua anak saya telah diajar toilet training dan bottle training semasa bersekolah di taska Permata. Setiap guru ada target setiap pelajar perlu bebas dari botol dan lampin pakai buang. Bangga saya dengan anak dara saya yang sorang tu. Dari segi akhlak dan ilmu pun banyak juga peningkatan. Disamping itu ibu bapa juga diminta melibatkan diri dalam program yang dianjurkan pihak taska. Setiap bulan ibu bapa perlu melengkapkan 4 jam dalam sebulan untuk melibatkan diri secara langsung dalam program taska.

Sangat murah dan jimat bukan kalau hantar ke Taska permata ni kan. Almaklum sajalah kos mengasuh anak di area Kuala Lumpur sahajalah sekitar RM300-RM400. Memang mahal dan cekik darah.

Tapi ada juga kekurangannya taska permata ni. Saya syorkan longgarkan sikit syarat kemasukkan tu, iaitu dari segi pendapatan (RM2,000 sahaja yg layak). sebab di kota yang penuh pancaroba ni gaji RM5,000.00 dah dikira miskin, dan satu lagi minta di perbanyakkan sekolah ni serta perluaskan sebab banyak orang yang tak tahu lagi tentang kewujudan taska permata ni. Jangan nak tumpu kat mereka yang luar bandar sahaja, yang kat dalam bandar ni sebenarnya banyak yang keciciran. Saya pun nasib baik sebab Adik ipar yang perkenalkan. sebelum ni memang saya tak tau pun. terlepas dah anak-anak saya yang lain... kalau tidak memang banyak dah saya jimat.

selepas ni kakak Bella bersambung ke sekolah PASTI plak tahun depan

TEMPAHAN KEK KEJU LELEH DAN ROTI SARANG LEBAH

ALHAMDULLILAH REZEKI ARINI, ADA TEMPAHAN 2 BIJI KEK KEJU LELEH, 1 KEK KEJU LELEH COKLAT (BIRTHDAY) DAN 2 BEKAS ROTI SARANG LEBAH. SYUKUR REZEKI DARI ALLAH SEMOGA BERTAMBAH LAGI.. AMIN...



Thursday, 18 December 2014

KARI IKAN (TANPA SANTAN)

Bosan asyik makan masakan bersantan, meh try buat kari tanpa santan ni. Alhamdullilah sedap dan sihat.Selalu jugak buat masakan tanpa santan sekarang ni sebab suami saya dan saya sedang berdiet sekarang.. Berdiet la sangat... Daaaaaaaaa....... meh skodeng resepi...


Bahan-bahan
5 keping ikan tenggiri (Ikan apa pun boleh)
1 paket (kecil) rempah kari ikan ~ dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air
1/2 cawan jus asam jawa (1/2 cwn air di campur dengan 1 sudu besar asam jawa)
minyak masak secukupnya
1 biji terung panjang (lebih sedap guna sayur bendi.. tapi saya x de stok)
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan tumisan
1/2 inci halia ~ hiris halus
2 ulas bawang putih ~ dimayang
4 ulas bawang merah ~ dimayang
3/4 sudu kecil halba campur
2 pelepah daun kari

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 hiris, halba campur dengan daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang dijadikan pes & tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan air & air asam jawa & biarkan mendidih.
3. Masukkan garam & serbuk perasa. kemudian masukkan terung.
4. Akhir sekali masukkan ikan dan biar renih sehingga ikan masak. Tutup api dan bolehlah di hidangkan

Monday, 15 December 2014

ALHAMDULILLAH.... SELAMAT SEMUANYA

SELAMAT SUDAH ANAK-ANAK SAYA BERSUNAT. LEGA SUNGGUH RASA HATI. LAMA JUGA BERCUTI, SELAMA SEMINGGU MELAYAN ANAK-ANAK. SEPATUTNYA ARI KHAMIS MINGGU LEPAS DAH START MASUK KERJA SEMULA TAPI TAK TAHAN DENGAN RAYUAN ANAK-ANAK, SAYA LANJUTKAN SEHINGGA AKHIR MINGGU NI. LEGA JUGA BILA LIHAT ANAK-ANAK BERANSUR PULIH, JADI BILA TINGGALKAN ANAK-ANAK PADA MAK MERTUA SAYA TAK LAH RASA RALAT SANGAT. TAK PE LAH, FAMILY COMES FIRST. DAH SETTLE SEMUANYA BARU LE LEGA HATI NI SKET.

SEHARI SELEPAS MAJLIS BERKHATAN KAMI SEKELUARGA ADA BUAT KENDURI KECIL-KECILAN SEKALI DENGAN DOA SELAMAT, ALHAMDULLILAH SEMUA BERJALAN LANCAR DAN YANG PALING SERONOK ANAK-ANAK YANG BERKHATAN, SEBAB BANYAK JUGAK KUMPUL DUIT ARITU HASIL DARI SEDEKAH ORANG RAMAI. HILANG SEKEJAP RASA SAKIT DEPA.... HAHAHA BILA DAPAT DUIT KAN...

SATU KAMPUNG DATANG...
NEBES LE TU

BERSIAP SEDIA
NAK KASI HILANG RASA NEBES..


BERDOA SEMOGA PERMUDAHKAN...



ALHAMDULILLAH....

ALHAMDULLILLAH SELAMAT..

Friday, 5 December 2014

KEBABOOMM... MELETOP SUDAH..


MALATOP SUDAH.... AGAKNYA DIA MINTAK REHAT TAPI TUAN TANAH ASYIK SUOH DIA PUSING AJE.... TERUS MERAJUK.... TERBAKAR SUDAH.... ADEH SAYANGNYA.. BANYAK SANGAT BERJASA...... LET IT GO...LET IT GO..... LET IT GO... LET IT GO....... HUHUHUHUHUHUHU... LOVE YOU SO MUCH.....

Thursday, 4 December 2014

KEK UPIN IPIN

REPEAT ORDER DARI RAKAN SEKERJA DULU. TERIMA KASIH SITI HAWA ALI HASAN, TAHUN DEPAN ORDER LAGI YER... HEHEEHEHEHE....



Kek : Span
Filling : Blue beri
Salutan : Fresh Cream.

Wednesday, 3 December 2014

MEE GORENG KACANG TUMBUK





Bahan-bahan
3 ulas bawang putih ** di tumbuk
4 biji bawang kecil ** di tumbuk
5-6 sudu besar cili kisar
sedikit udang
sedikit sotong
sedikit isi ayam
sedikit sayur sawi
secekak tauge
secekak daun kucai
1/2 cawan kacang tanah tumbuk
1/2 cawan kicap manis
2 sudu kecil cuka / air asam jawa pun boleh juga
bawang goreng dan daun sup untuk taburan
1 paket mee kuning/ kue tiau.

bahan perasa
Sedikit ajinomoto
sedikit gula
sedikit garam

*** saya guna kicap manis, memang tak letak gula dan garam tapi cuma letak ajinomoto sedikit sahaja untuk naikkan rasanya.

cara-caranya

Tumis masukkan bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar, masak cili sehingga naik minyak. Masukkan udang, sotong dan isi ayam dan biarkan masak seketika. Masukkan kicap dan cuka, biar masak sekejap dan kelihatan likat, jgn lupa juga masukkan bahan perasa.

Setelah itu masukkan mee atau kue tiau. Biar masak sekejap dan akhir sekali baru masukkan sawi,  tauge, daun kucai dan  kacang tumbuk (lagi banyak masuk lagi sedap dan lemak) kemudian seratakan sehingga keseluruhan mee atau kue tiau dan sehingga sayur kucai dan tauge masak.

boleh di hidangkan dengan hiasan dan taburan bawang goreng, daun sup dan cili merah potong.

*** nota : kalau guna kue tiau lebih sedap dan lemak.

BERKHATAN



SALAM.. BANYAK PROGRAM MUSIM CUTI NI. ADA YANG SIBUK DENGAN KENDURI KAHWIN, ADA YANG SIBUK BERCUTI-CUTI DAN TIDAK LUPA YANG AKAN BERSUNAT SEMPENA CUTI SEKOLAH. HUJUNG MINGGU NI SAYA AKAN BALIK KAMPUNG DI KEDAH UNTUK SUNAT 3 ORANG ANAK BUJANG SAYA. SEMOGA SEMUA BERJALAN LANCAR. TAPI SEBAGAI IBU MEMANG KEBIMBANGAN ITU TETAP ADA.







Monday, 1 December 2014

KEK KAHWIN (2 TIER)

Tema merah dan kuning. Terima kasih kepada yang sudi menempah, dan saya berharap semoga berpuas hati.




Kek : Absolute Coklat
Coat : Coklat Ganache
Cover : Fondant.

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI