KACHINGG $$$$

Thursday, 2 October 2014

IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG

Berdiet le konon, tak tau le lepas pantang ni selera makan agak menjadi-jadi. Makan nasi kalau tak lengkap 3 round circle memang tak sah . Pagi makan nasi, tengahari makan nasi, malam pun makan nasi. Adehhhh kalau berterusan begini memang mencanak-canak lah kilogram naik. Mungkin sebab menyusukan anak kot (cehhh nak cari alasan gak tu). Nak wat camne saya ni memang suka makan. Kalau ikut kan hati memang macam-macam saya nak makan. Jadi saya buat masak singgang ni kekonon nak diet le. Free lemak, free santan kan.... hahahahahaha.... tapi nasi tambah berkali2 camne tu, kena lak ada sambal belacan (no belacan, alegik sbb resdung teruk sekarang ni)..wah menjadi-jadi selera..

IKAN KEMBUNG SINGGANG

2-3 KETUL IKAN KEMBUNG 
*2 ULAS BAWANG PUTIH 
*2 INCI HALIA 
*1 INCI LENGKUAS
*3 ULAS BAWANG KECIL
1-2 BATANG SERAI (DI TITIK)
2-3 KPG ASAM KEPING
1-2 BJ BUAH TOMATO 
GARAM
SEDIKIT GULA (TAK LETAK PUN TAK PE)
AJINOMOTO (SAYA X LETAK PUN)
SEDIKIT SERBUK KUNYIT (SAYA TAMBAH)
AIR SECUKUPNYA

BAHAN-BAHAN BERTANDA * DI HIRIS

CARA-CARANYA 

MASUKKAN BAHAN-BAHAN BERTANDA * DIDALAM PERIUK BERSAMA-SAMA DENGAN AIR, IKAN, SERAI DAN ASAM KEPING, MASAK SEHINGGA MENDIDIH KEMUDIAN MASUKKAN GARAM, GULA DAN AJINOMOTO. CUBA RASA IKUT KESEDAPAN LIDAH SENDIRI, TUNGGU SEKEJAP DAN TUTUP API. SEDIA UNTUK DI MAKAN. SENANG BUKAN....


4 comments :

  1. wee sedap lah..teringat lak lauk pantang
    akak lepas pantang takde dah makan lauk pantang hihi
    bab selera tu mmg sama la mayang...kemain lahap makan! ekekekeke

    ReplyDelete
  2. KAK MIMI TGK KUANTITI NASI TU... SESENDUK AJE TAU ... TAPI KALAU 3 KALI SESENDUK.. MAU BYK GAK..

    ReplyDelete
  3. knor suka yg amat msk singgah.... hri2 pun tk apa..

    sng dn simple

    ReplyDelete
  4. Akk suka msk singgang ni. Tp kat rumah x laku. Akk sorang je yg makan. Mak pun x makan.

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI