KACHINGG $$$$

Thursday, 30 October 2014

ERTI SURAH AL FATIHAH

Kita setiap hari akan membaca surah ini tapi faham ke kita dengan maksudnya... Saya mula sedar bila anak saya yg berusia 6 tahun menyanyikan lagu ini. Sangkaan saya cuma lagu biasa yg dinyanyikan kanak-kanak, tapi bila saya mula pasang telinga barulah saya perasan, itu adalah terjemahan surah alfatihah. Bagus betul yg membuat video ini, bukan sahaja memudahkan kanak-kanak hafal, ia juga menyeronokkan. Tak percaya cuba perdengarkan pada anak-anak, mesti mereka tertarik. Percayalah.... di samping itu para ibu bapa pun dapat mengingati bersama anak. Bukan semua tahu maksudnya. sama-sama kita belajar bersama anak-anak.
video

Tuesday, 28 October 2014

PISANG GORENG SALTED CARAMEL CHEESE.

SEKARANG MANA-MANA AJE MESTI SIBUK TENTANG PISANG GORENG CHEESE. SAYA PUN SUKA MAKAN PISANG GORENG NI, SEDAP DAN LEMAK BERKRIM. TAPI HARGA DIA MAHAL YA AMPUN DAN KUANTITI DIA SIKIT AJE. ALAHAI... TAK PUAS KAMI SEFAMILI MAKAN. MAKLUMLAH AHLI KELUARGA MAKAN.. MAU KENA BELI RM50 BARU CUKUP KOT. SEDAP GORENG PISANG NI, NGALIT MAKAN. SEDAR2 AJE DAH ABIS. ANAK2 PUN REQUEST KAT UMI DIA NI, SURUH BUAT. ABAHNYA PUN DOK KOMPLEN TAK CUKUP. CAMNO ABAH OOII.. ANAK-ANAK KITA 5 ORANG, BERKORBAN LE SIKIT SAYANG. JADI WIKEN TU SAYA BUAT UNTUK ANAK-ANAK, HAH MAKAN LE SAMPAI KENYANG YER. TAPI SAYA BUAT LAIN SIKIT, SAYA LETAKKAN SOS KARAMEL. MEMANG TERANGKAT LA. TAK PERCAYA TRY LE BUAT. SOS KARAMEL NI PUN BALANCE DARI SOS SAYA BUAT ROTI SARANG LEBAH HARITU. MEMANG HEAVEN SANGAT. NANTI SAYA NAK CARI PISANG 'AWAK' PULAK.... HEHEHHE BUKAN KAMU YERR.... SAJA MELAWAK YER. PISANG AWAK NI SEDAP DI BUAT PISANG GORENG KERANA RASANYA YANG MANIS. OO TAK SABAR NAK MINTAK CIK ABANG BELIKAN. KEBETULAN LEBIHAN SOS MASIH ADA LAGI NI.


Bahan Adunan Tepung Goreng pisang

2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 s/k air kapur (tak letak pun)
1 s/k kunyit serbuk
garam
air secukup

Cara
1. Bancuhkan bahan sehingga rata dan biarkan sekejap. Jgn cair sangat, konsintensi adunan ala-ala roti jala yer.
2. Panaskan minyak yg banyak.
3. Masukkan pisang yg dibelah 2 dalam adunan tepung dan jemputkan ke dalam kuali.
4. Bila telah kuning keemasan angkat dan toskan dalam tap.

roti sarang lebah di siram salted karamel



Salted Karamel
3/4 cwn gula perang 
1/2 cwn butter 
1/2 cawan heavy cream (saya guna susu cair aje)
1 sdt garam 
1 sdt vanila esen

Cara
Cairkan butter, kemudian masukkan gula perang, kacau sekata.. kemudian masukkan heavy cream/susu cair, dan masakkan sehingga mendidih. masukkan garam dan esen vanilla dan masak sehingga sos pekat.

*** sedikit cheddar cheese untuk taburan
cara susunan goreng pisang 

selepas goreng pisang, semasa panas-panas tu letakkan sos karamel sebanyak mana yang kita suka dan kemudian taburkan cheddar cheese. kalau saya tutup dengan pinggan sekejap biar kepanasan goreng pisang tadi mencairkan sedikit cheese tu. kemudian boleh lah di hidangkan..... sedap sangat

Sunday, 26 October 2014

Kek MU dan Selangor FC


kek : Coklat Moist
Coat : Ganache
Cover : Fondant
Request untuk kek baju bola untuk tunangnya. Peminat setia manchester  United dan Selangor. Minta saya buat kek untuk kedua-dua kelab sukan tersebut. Ini hasilnya. Semoga berpuas hati. Kek yang disediakam ialah kek coklat moist.

RESEPI FONDANT 

63 ml air
1 sudu besar gelatin halal ( guna Halalgel)
125 ml sirap glucose
1 1/2 sudu besar gliserin
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 kg gula aising (Ayak dulu)
Pewarna pilihan

Cara-cara

1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.

2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.

3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.

4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.

5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.

6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan heavy duty mixer, breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)

7. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.

8. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.

9. Akhir sekali proses membentuk doh.

ADIK NI SEMAKIN LASAK...

Haishh.. Sangat  lasak budak kecik ni sekarang, macam ikan keli. Mengelitik aje... Alhamdulillah, asalkan Muhammad Amirul Aiman sihat bagaikan johan.









Friday, 24 October 2014

KEK MINYAK



KEK MINYAK PERNAH MENJADI SATU FENOMENA DI FB SUATU KETIKA DULU. SAYA PUN AMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENCUBA. BANYAK KALI DAH BUAT KEK NI. MEMANG SANGAT SESUAI DENGAN TEKAK SAYA DAN FAMILI. BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT KEK NI PUN MUDAH. SAYA DAH NAIK HAFAL RESEPINYA SEBAB SELALU SANGAT BUAT. KEK INI JUGA SESUAI DI BERI HADIAH UNTUK JIRAN TETANGGA, LEBIH-LEBIH LAGI YANG BUAT KENDURI. INI AJE YANG SAYA BEKALKAN UNTUK JIRAN TETANGGA.

KEK NI LEBIH SEDAP BILA DI MAKAN KEESOKKAN HARINYA. LEBIH MOIST GITU. JOM SKODENG RESEPI.

RESEPI
BAHAN-BAHAN
5 BIJI TELUR
1/2 CAWAN GULA
1 CAWAN SUSU PEKAT
*2 CAWAN TEPUNG
*1 SDT BAKING POWDER
1 SDB OVALLETTE
1 CWN MINYAK MASAK
1 SDT ESEN VANILLA
BEBERAPA JENIS PERASA YANG DI INGINI

BAHAN BERTANDA * DI AYAK BERSAMA. KETEPIKAN.

CARA-CARANYA
PUKUL TELUR DAN GULA SERTA OVALLETE SEHINGGA KEMBANG, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU PEKAT DAN ESEN VANILLA, PUKUL SEHINGGA SEBATI. MASUKKAN MINYAK DAN PUKUL RATA. AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA SEBATI. ASING-ASINGKAN ADUNAN MENGIKUT PERISA DAN WARNA YANG KITA INGIN KAN DAN BOLEH LAH KITA MARBLEKAN KEK TERSEBUT. BAKAR PADA SUHU 150 CELCIUS (INI OVEN SAYA) SELAMA 50 MINIT DAN GUNAKAN API ATAS DAN BAWAH. BIARKAN KEK SEJUK BARULAH DI POTONG.

Wednesday, 22 October 2014

COMEL TAK KAMI?

Layan gambar kakak dan adik....


PAVLOVA BUDGET


Berminat nak merasa pavlova? Boleh hubungi saya di no. 0162700481,  RM15 sebekas.. Boleh COD di Sri Gombak dan juga sekitar Wangsa Maju. Prefer weekends yer. 

Monday, 20 October 2014

PAVLOVA WITH STRAWBERRY COMPOTE

MENYAMBUT BESDAY ADIK KESAYANGAN SAYA. TAK PERNAH MAKAN PAVLOVA KATANYA. JADI SEMPENA BESDAYNYA SAYA BUATKAN UNTUK DIA MERASA. SO PASNI JANGAN BUAT MALU LAK KALAU ORANG TANYA PERNAH MAKAN  PAVLOVA LAK... SEDAP RASANYA. NYAMAN SUNGGUH DI GANDING DENGAN STOBERI COMPOTE TU DAH RASA MACAM AISKRIM... HEPI BESDAY ADIK KU SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.


SUMBER DARI : MERINGUE CAKE FROM GIADA AT HOME

BAHAN-BAHAN
MERINGUE
4 BIJI TELUR PUTIH
3/4 CAWAN GULA AISING
1/8 SDT CREAM OF TARTAR (SAYA GANTIKAN DENGAN CUKA)
1/4 ESEN VANILA
SECUBIT GARAM

CARA-CARANYA

PUKUL TELUR SEHINGGA KEMBANG DAN MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT GULA AISING SEHINGGA HABIS PUKUL SEHINGGA 'SOFT PEAK'KEMUDIAN MASUKKAN CREAM OF TARTAR DAN GARAM SERTA VANILA DAN PUKUL LAGI SEHINGGA MENDAPAT 'STIFF PEAK'. KEMUDIAN MASUKKAN MERINGUE KE DALAM PIPING BAG DAN PAIPKAN ATAS BAKING SHEET YANG TELAH DI LUKIS BULATAN SEBESAR LOYANG 8 INCI. KEMUDIAN BAKAR PADA SUHU 200 CELCIUS SEHINGGA KELIHATAN RANGGUP DAN KE PERANGAN. SETELAH MASAK BIARKAN DI DALAM OVEN SEHINGGA SEJUK.


** BOLEH BUAT 2 DISK MERINGUE. TAPI SAYA CUMA BUAT 1 DISK AJE... MALEHH..


CREAM
1 CWN READY WHIP WHIPPING CREAM

CARA-CARANYA
PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA GEBU


BUAHAN
STRAWBERRY SEGAR

STRAWBERY COMPOTE
2 CWN STRAWBERRY
1 SDB LEMON JUS
1/4 CAWAN GULA - KALAU NAK MANIS BOLEH TAMBAH KALAU TAK NAK MANIS BOLEH KURANGKAN
1 CAWAN AIR
1 SDB TEPUNG JAGUNG UNTUK LIKATKAN..

CARA-CARANYA
MASUKKAN SEMUA BAHAN DI DALAM PERIUK DAN RENEH SEHINGGA LIKAT DAN BERBUIH-BUIH.

CARA SUSUNAN PAVLOVA
DI ATAS PAVLOVA PAIPKAN CREAM DI KESELURAHAN DISK. KEMUDIAN SUSUN BUAHAN SEGAR IKUT KREATIVITI MASING-MASING, DAN  AKHIR SEKALI TUANGKAN STRAWBERRY COMPOTE DI ATAS MERINGUE. SIMPAN DI DALAM PETI AIS SEKURANG-KURANGNYA 1/2 JAM. SEDAP DI MAKAN SEJUK, SEDAP MACAM AISKRIM.

** NAK ORDER BOLEH HUBUNGI NO. 0162700481

Friday, 17 October 2014

LAYAN GAMBAR KEK .....

HARI NI SAYA TERIMA TEMPAHAN EXPRESS.. PETANG RABU REQUEST NAK PAGI JUMAAT NI. DENGAN WAKTU BEKERJA LAGI, BAGI SAYA INI ADALAH EXPRESS. SELALU KASTEMER ODER 3-4 HARI AWAL. ALHAMDULLILALAH TELAH SELESAI DENGAN JAYANYA... THANKS AZAH.. LENKALI ORDER LAGI YER .. DECO SIMPEL AJE. TAK DE IDEA.... DEKO DI DINIHARI KATONYER....

Kek : Span Pandan
Coat : Fresh Cream


Monday, 13 October 2014

ALHAMDULLILAH....

ALHAMDULLILAH SELEPAS PANTAUAN 24 JAM BABY SAYA YANG JATUH KATIL NI, AKTIF DAN TIADA MENUNJUKKAN PERKEMBANGAN YANG NEGATIF. MENURUT DARI DOKTOR, JIKA BABY MUNTAH, LALI DAN TIDAK AKTIF DALAM MASA 24JAM BARULAH SAYA BOLEH TERUS ADMITT KE PAEDIATRIC DI HKL. MENURUT DOKTOR, BILA BABY JATUH, IBU BAPA PERLU MEMERIKSA KESELURUH ANGGOTA BADAN BABY BUKAN HANYA REFER PADA KEPALANYA SAHAJA. KENA PERHATIKAN PERGERAKAN MATANYA, TANGANNYA KAKINYA ATAU KESELURUHANNYA BAGI MEMASTIKAN SAMA ADA TERDAPAT ''ANY PARTS OF BODY FAILURE ''. BEGITULAH YANG DOKTOR INFOM PADA SAYA. SESIAPA DOKTOR DAN YANG FAHAM BAB-BAB MEDICAL NI MESTI FAHAM ATAU BETULKAN LAH MANA YANG SAYA SILAP EK. INI PEMAHAMAN SAYA. HAHAHAHAHAH... KOT KOT LE SAYA FAHAM LAIN. SAYA NI BUKAN BOLEH KIRA. CACAMARBA JUGAK....

HAISHHH BABY TECIT NI MAKIN BERTAMBAH AKTIF LAK PAS JATUH, DAH TRY NAK DUDUK PULAK, MACAM CEPAT AJE. UMI NAIK KONFIUS PLAK, BARU 6 BULAN AJE KOT.... HAISHHHHHH

Sunday, 12 October 2014

Video lawak dan comel

Featuring.... Zuhair, Hafiz & Irfan..... Anak-anak saya ni.... Ala tomeinya...

video


adehhh rupanya tak keluar video ni...... (update 13/10/2014) 

Thursday, 9 October 2014

SEJARAH BERULANG LAGI

Hari ini adalah episod sedih bagi saya. Huhuhu........ Baby saya jatuh dari katil... Biru lingkaran matanya. Macam orang gila sekejap. Dulu abangnya yang no. 2 pernah jatuh katil. MC arini nak pantau perkembangan baby seperti yg di saran oleh doktor. Harap anak umi sihat-sihat sahaja.

Tuesday, 7 October 2014

SOTONG GORENG KUNYIT

Balik keje penat sangat, tapi ada tugasan lain menanti... selalu nak masak ringkas-ringkas untuk anak-anak.  Terfikir nak masak kunyit hari ni.. ringkas sahaja. resepi sendiri aje...



Bahan-bahan

Sotong secukupnya
2 ulas bawang putih
1 bj besar bawang besar di potong bulat
3-4 batang cili merah/padi
sedikit kacang buncis
sedikit serbuk kunyit

cara-cara
Tumis Bawang putih dan bawang besar serta cili merah sehingga naik bau. Masukkan kunyit serta masukkan kacang buncit dan sotong dan masak sehingga sotong lembut. Siap untuk di hidangkan.

Simplekan, ini resepi campak-campak saya, resepi nak cepat di masak sedap di makan.. hahaha macam eklan meggi plak... kalau nak resepi yang lengkap sila google yer, segalanya di jari anda... hahahahaha....


KESESAKKAN DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN

MASIH SEMPAT LAGI RASANYA SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT KAWAN-KAWAN SEMUA. HARI INI SUDAH MULA BEKERJA TAPI YA ALLAH MENGANTUKNYA. PERJALANAN PULANG DARI KAMPUNG SEMALAM MEMAKAN MASA 10 1/2 JAM. ADEH NAIK SAKIT BADAN-BADAN NI. KALAU TAK MENGENANGKAN ADA KERJA HARI NI MEMANG DAH AMIK MC ARINI. SAMBIL BUAT KERJA SAMBIL TERSENGGUK-SENGGUK. BERTOLAK DARI ALOR SETAR KEDAH PUKUL 4.30 PETANG SAMPAI RUMAH PADA PUKUL 3.00 PAGI. WELL, BUKAN RAYA KALAU TAK JEM KAN....... HAHAHAHAH....


Thursday, 2 October 2014

KERINDUAN, KESEDIHAN, KEPILUAN......

M. AMIRUL AIMAN HARUN IN DA HAUS....

HAISHH TETIBA RINDU PULAK KAT BUDAK DEMOK NI. SEDIH DAN SAYU BILA BACA BAYI PEREMPUAN YANG MENINGGAL DUNIA TANPA DI SEDARI OLEH PIHAK TASKA  DI PUTRAJAYA BARU-BARU INI SEHINGGA NAIK SEMUT. 

SEDIH DAN PILUNYA HATI IBU INI. SUDAH AJALNYA... TAPI AMAT GERAM DENGAN KELALAIAN DAN TIDAK PERIHATINNYA PIHAK TASKA.. KALAU DAH SEJAM BAYI TU TAK MERENGEK, TAK BANGUN DARI TIDUR, TAK BERGERAK ATAU MENGUIT SEKALI PUN, TIDAKKAH MEREKA MENUKAR LAMPIN BAYI TERSEBUT, PALING TIDAKNYA .. TIDAKKAH PELIK TU... TAKKAN LAH TIDAK SEORANG PUN PENGASUH TASKA PERGI PERIKSA KEADAAN BAYI ITU..... 

LALAI SEBENARNYA DAN TIDAK ADA RASA TANGGUNGJAWAB PENGASUH TERSEBUT. MEREKA INI JENIS YANG BEKERJA MENGASUH BUDAK HANYA KERANA DUIT SEMATA-MATA, TIDAK SEPENUH HATI.... TIADA SIFAT PENYAYANG. ALHAMDULLILAH BAYI SAYA DI JAGA OLEH IBU MERTUA SELEPAS PANTANG DAN SELEPAS BAYI BERUMUR 4 BULAN BARU SAYA HANTAR KEPADA RUMAH PENGASUH. BANYAK SANGAT KEJADIAN BERKAITAN BAYI SEKARANG NI DARI DI DERA SEHINGGALAH BAYI YANG DI BUANG... APALAH NAK JADI MASYARAKAT KITA SEKARANG NI SEHINGGA HILANG PERASAAN PERI KEMANUSIAAN. MAAF LAH ARINI LUAHAN ISI HATI IBU YANG KECEWA.....


IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG

Berdiet le konon, tak tau le lepas pantang ni selera makan agak menjadi-jadi. Makan nasi kalau tak lengkap 3 round circle memang tak sah . Pagi makan nasi, tengahari makan nasi, malam pun makan nasi. Adehhhh kalau berterusan begini memang mencanak-canak lah kilogram naik. Mungkin sebab menyusukan anak kot (cehhh nak cari alasan gak tu). Nak wat camne saya ni memang suka makan. Kalau ikut kan hati memang macam-macam saya nak makan. Jadi saya buat masak singgang ni kekonon nak diet le. Free lemak, free santan kan.... hahahahahaha.... tapi nasi tambah berkali2 camne tu, kena lak ada sambal belacan (no belacan, alegik sbb resdung teruk sekarang ni)..wah menjadi-jadi selera..

IKAN KEMBUNG SINGGANG

2-3 KETUL IKAN KEMBUNG 
*2 ULAS BAWANG PUTIH 
*2 INCI HALIA 
*1 INCI LENGKUAS
*3 ULAS BAWANG KECIL
1-2 BATANG SERAI (DI TITIK)
2-3 KPG ASAM KEPING
1-2 BJ BUAH TOMATO 
GARAM
SEDIKIT GULA (TAK LETAK PUN TAK PE)
AJINOMOTO (SAYA X LETAK PUN)
SEDIKIT SERBUK KUNYIT (SAYA TAMBAH)
AIR SECUKUPNYA

BAHAN-BAHAN BERTANDA * DI HIRIS

CARA-CARANYA 

MASUKKAN BAHAN-BAHAN BERTANDA * DIDALAM PERIUK BERSAMA-SAMA DENGAN AIR, IKAN, SERAI DAN ASAM KEPING, MASAK SEHINGGA MENDIDIH KEMUDIAN MASUKKAN GARAM, GULA DAN AJINOMOTO. CUBA RASA IKUT KESEDAPAN LIDAH SENDIRI, TUNGGU SEKEJAP DAN TUTUP API. SEDIA UNTUK DI MAKAN. SENANG BUKAN....


Wednesday, 1 October 2014

KEK PUDING KARAMEL

Suka sangat makan kek ni memang feveret kat rumah. Lagi-lagi kalau di simpan dalam fridge. Kalau anak-anak saya makan mereka mesti sibuk cakap macam makan aiskrim. saya try buat guna resepi ni pulak, menggunakan sukatan cawan. agak mudah bagi saya. Resepi tu saya amik dari blog husna.



KEK PUDING KARAMEL

BAHAN – BAHAN

BAHAN A (Gula Hangus)

2 sudu besar gula


CARA-CARA:

Tabur gula ke dalam loyang serata dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan) * nota seratakan karamel tu baru cantik dan sekata. Jgn buat coklat sangat... cukuplah sekadar bertukar menjadi perang sedikit yer... tapi kalau suka pahit-pahit manis boleh aje bagi perangkan lagi gulanya


BAHAN B 
(untuk puding karamelnya)

1/2 tin susu cair,
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

CARA - CARA:

kacau semua bahan sampai sebati
Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )


BAHAN C ( KEK )

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak


CARA - CARA:

Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.


BAHAN D (Meringue)

6 biji putih telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh cream of tartar


CARA - CARA:

Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

CARA-CARA

Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
Bakar secara double boil (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
bakar selama 1 jam, suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
Bila sudah masak, tunggu sejuk dahulu dan kek akan mengecut dan lekang dari tepi loyang. Bila sudah sejuk barulah terbalikkan kek dan simpan dalam peti sejuk sebelum di hidangkan (lebih sedap, tapi kalau nak makan begitu sahaja pun ok juga.)

Kalau kawan-kawan rasa malas nak buat sendiri, boleh aje Contact saya untuk order yer 016-2700481 (area2 berdekatan dengan Sri Gombak sangat di alu alukan)

GivEawAy BiRthdAy YoU aLLs


GA paling senang, sesapa nak join info lanjut please click banner di bawah yer.. dari blolg acik watie



1 OKTOBER 2014 - 30 SEPTEMBER 2015

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI