KACHINGG $$$$

Tuesday, 30 September 2014

POTATO FRITTERS

Fenomena Potato Fritters di mana-mana, di blog malah juga di fb. Saya juga tak nak ketinggalan mencuba resepi ni. Hasilnya memang sedap dan ranggup sekali. Krupp Krapp makan .. memang sedap lah bagi pengemar cekodok macam saya ni.


SUMBER : PN NORAIDA DURANI


Bahan-Bahan

Bahan A
3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup (saya tak letak pun tapi saya guna daun kucai)
1 biji bawang besar (di potong - ni saya tambah)
Serbuk Lada sulah (tak letak)
Garam dan sedikit gula

Bahan B
Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-caranya
1. Satukan bahan A dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan panas minyak di dalam kuali.
2. Sudukan adunan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap.

6 comments :

  1. Saya susah try buat..memang sedap sangat..ranggup dan best cicah cili sos

    ReplyDelete
  2. yang ini mmg best, semangkuk besar KA sorang bagi habis hehehe

    ReplyDelete
  3. Ini salah satu resepi bekal anak kakak ke sekolah.
    Tapi biasa kakak tak letak tepung jagung dan lada sulah
    Lain kali kakak ikut cara Mayang mesti sedap - tak payah bawakan sos sebab dah ada lada sulah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TEPUNG JAGUNG OK KAK.. JD RANGGUP TAPI KALAU LADA SULAH TAKUT ANAK AKAK X SUKA.. ANAK MAYANG X SUKA LETAK LADA SULAH...

      Delete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI