KACHINGG $$$$

Tuesday, 23 September 2014

PAVLOVA

Senang sangat buat pavlova ni... sedap makan taim sejuk-sejuk.... whoaaa nyaman sungguh.. memang manis tapi bila pekena ngan buahan yang masam tu memang ngam sungguh..

Bahan-bahan

4 biji telur putih (gred A)
1sudu teh cuka
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula kastor  (ikut resepi guna 1 cawan)
sedikit esen vanilla
buahan segar seperti strawberry, kiwi, anggur, peach dll (rekemen buahan yg masam)
1 cawan whipping cream

cara-cara
Pukul telur putih sehingga berbuih dan kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis serta esen vanilla dan pukul sehingga bertanduk @ meringue  (apabila mangkuk kita terbalikkan adunan tak jatuh). Kemudian masukkan tepung jagung dan cuka dan gaul sehingga sebati menggunakan spatula.

Ambil kertas baking paper buat bulatan menggunakan loyang kemudian terbalikkan baking paper. masukkan adunan pavlova dalam plastik atau piping beg dan paipkan pavlova mengikut bulatan yang telah kita lukiskan atas baking paper tadi, atau ikut kreativiti kita yer.. setelah selesai, bakar pavlova pada suhu 150 celcius selama 1 jam atau lebih dan pavlova kelihatan keperangan. bila dah masak... tutup oven dan jangan keluarkan pavlova biar dia sejuk dalam oven. Ini bagi mengelakkan pavlova kita crack atau pecah.

Pukul whipping cream sehingga bertanduk dan paipkan atas pavlova. Susun buahan ikut kreativiti kita. Ok siap.. Jom makan..

16 comments :

  1. Mewah dengan buah..sedapnya pavlova

    ReplyDelete
  2. Tak pernah saya rasa kek macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try le wat... awak rajin memasak... lau tak pun meh ode aje kat akak ... hahaha

      Delete
  3. try buat sekali.. x jadi..pasal x baca arahan..haha..
    pastu rasa dah mals nk buat..
    bab kena pukul telur tu x ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap pukul telo ni mmg x jadi le petak bunga

      Delete
  4. Salam Singgah jgk bila ada kelapangan sikit hari ni & tq terus menyokong KA yer. mmg sedap lama dh x membaking ni !

    ReplyDelete
  5. memang sedap pavlova... tapi tak boleh makan banyak... bahayerr... selain dari menaikkan berat badan ianya juga pemangkin utk kena diabetic... huhuhu... :D

    ReplyDelete
  6. sedapnya pavlova. saya pernah order sebiji pavlova, 3/4 pavlova tu saya sorang makan. 1/4 tu anak2 dan suami. tamak kan saya hahahha

    ReplyDelete
  7. sesekali dapat makan pavlova nie sedapnya..kalau sejuk lagi best.

    ReplyDelete
  8. suka tengok tapi kurang gemar makan pavlova

    ReplyDelete
  9. wahhh sedapnya pavlova.. tak pernah buat sndri lagi.. :)

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI