KACHINGG $$$$

Tuesday, 30 September 2014

POTATO FRITTERS

Fenomena Potato Fritters di mana-mana, di blog malah juga di fb. Saya juga tak nak ketinggalan mencuba resepi ni. Hasilnya memang sedap dan ranggup sekali. Krupp Krapp makan .. memang sedap lah bagi pengemar cekodok macam saya ni.


SUMBER : PN NORAIDA DURANI


Bahan-Bahan

Bahan A
3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup (saya tak letak pun tapi saya guna daun kucai)
1 biji bawang besar (di potong - ni saya tambah)
Serbuk Lada sulah (tak letak)
Garam dan sedikit gula

Bahan B
Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-caranya
1. Satukan bahan A dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan panas minyak di dalam kuali.
2. Sudukan adunan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap.

Sunday, 28 September 2014

EPI BESDAY NUR SALSABILA HARUN



Kakak Bella


Petang tadi baru kesempatan nak celebrate besday anak dara saya. Sayang anak umi dah besar. Sekarang pun sangat kekakak an (sesejak ada adik sgt pandai berdikari). Banyak benda akak dah boleh buat sendiri. Pakai baju, cuci oook.. Oook..., pegi toilet sendiri, tolong umi tengokkan adik aiman dan byk lagi. Terima kasih sayang, semoga menjadi anak yang solehah, faham agama, rajin solat dan umi harap kakak bella berjaya dunia dan akhirat. Maaf adik aiman demam, tak banyak umi boleh buat hanya sebiji kek yang tak seberapa ni untuk kakak bella. Hannah selwah sayang.... Tidak lupa juga untuk mak usu dan mak  uda yg turut sama membantu dan berusaha untuk celebrate besday bella jugak.



Darwisyah & Damia pun sama2 selebret


MERAGAM

Arini budak tecit ni tak sihat... Meragam aje. Adehhh...tak boleh umi dia nak blog walking....



Saturday, 27 September 2014

Homemade Honey White Bread

Dah siap dah roti saya tapi anak-anak request pizza. Dalam peti ais ada lebihan kuah spageti. Ada capsicum sebelah. Ada lebihan cis mozarella. So, jomlah buat piza. Sedap roti ni, lembut aja. Tak de apa2 protien, hot dog tak de, minced chicken & meat pun x de, so saya pecahkan telur sebiji atas pizza ni.

Bahan-bahan

1 paket yis
1 1/2 cawan susu suam
1/2 cawan air suam
6 cwn tepung gandum
Garam
1 sdt gula
1 1/2 sdb madu
6 sdb butter cair
2 biji kuning telur
putih telur utk sapuan atas roti

Cara2

Dalam mangkuk mixer masukkan air, gula dan yis. Kacau dgn tangan sehingga serata. Tunggu 5 minit sehingga berbuih. Kemudian masukkan madu, butter, susu suam dan telur kemudian menggunakan mixer paddle kacau sehingga serata. Kemudian masukkan tepung sedikit dan pukul sehingga sebati. Keluarkan doh dan uli dengan tangan, setelah selesai tutup doh dengan kain lembap dan tunggu hingga doh naik 2 kali ganda. Keluarkan doh tumbuk2 utk keluarkan angin, kemudian bulatkan doh dan letak dlm loaf pan serta tutup dgn tuala lembab. Tunggu doh naik 2 kali ganda, sapu doh dgn putih telur. Kemudian bakar pada suhu 170 celcius dalam 40 minit atau sehingga msak.






Thursday, 25 September 2014

HOME MADE BREAD

HARI NI RASA NAK BUAT ROTI UNTUK ANAK-ANAK BEKAL SEKOLAH ESOK. SUKA SANGAT DENGAN RESEPI INA GARTEN (SAYA MEMANG MINAT DIA NI). KALAU JADI NANTI SAYA SHARE KAT SINI YER...


Tuesday, 23 September 2014

PAVLOVA

Senang sangat buat pavlova ni... sedap makan taim sejuk-sejuk.... whoaaa nyaman sungguh.. memang manis tapi bila pekena ngan buahan yang masam tu memang ngam sungguh..

Bahan-bahan

4 biji telur putih (gred A)
1sudu teh cuka
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula kastor  (ikut resepi guna 1 cawan)
sedikit esen vanilla
buahan segar seperti strawberry, kiwi, anggur, peach dll (rekemen buahan yg masam)
1 cawan whipping cream

cara-cara
Pukul telur putih sehingga berbuih dan kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis serta esen vanilla dan pukul sehingga bertanduk @ meringue  (apabila mangkuk kita terbalikkan adunan tak jatuh). Kemudian masukkan tepung jagung dan cuka dan gaul sehingga sebati menggunakan spatula.

Ambil kertas baking paper buat bulatan menggunakan loyang kemudian terbalikkan baking paper. masukkan adunan pavlova dalam plastik atau piping beg dan paipkan pavlova mengikut bulatan yang telah kita lukiskan atas baking paper tadi, atau ikut kreativiti kita yer.. setelah selesai, bakar pavlova pada suhu 150 celcius selama 1 jam atau lebih dan pavlova kelihatan keperangan. bila dah masak... tutup oven dan jangan keluarkan pavlova biar dia sejuk dalam oven. Ini bagi mengelakkan pavlova kita crack atau pecah.

Pukul whipping cream sehingga bertanduk dan paipkan atas pavlova. Susun buahan ikut kreativiti kita. Ok siap.. Jom makan..

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Friday, 19 September 2014

DIET AETKIN



TENGOK BANYAK ORANG DAH BERJAYA DENGAN DIET AETKIN. HAJAT DI HATI MEMANG NAK BUAT TAPI APA KAN DAYA MASIH LAGI MENYUSUKAN ANAK. SO MEMANG TAK BOLEHLAH BUAT DIET NI. YE LA KESIAN KAT BABY NANTI.

SECARA AMNYA YANG SAYA KETAHUI, DIET NI HANYA MAKAN: -



a)  LAUK (AYAM, IKAN, TELUR, DAGING, SOTONG, UDANG, KEPAH, HOTDOG, DLL)



b) SAYURAN YG TUMBUH ATAS TANAH (BROKOLI, BUNGA KOBIS, TERUNG, ASPARAGUS, BRUSSEL SPROUT, KOBIS, BAWANG, TOMATO, TIMUN, BAYAM, SALAD, CENDAWAN DAN DLL,



c) PRODUK TENUSU : BUTTER, CHEESE, YOGURT, SOUR CREAM


d) KEKACANG



e) BUAHAN BERRIES

ELAKKAN 



a) MAKANAN BERKANJI : NASI, MEE, ROTI, MUESLI, PASTA. SPAGETTI, BUBUR, CIP KENTANG, 



b) MAKANAN BERGULA : KEK, GULA-GULA, AISKRIM, BAN MANIS, MINUMAN TIN, DLL



c) MARGERINE



d) BUAH-BUAHAN YANG MANIS - DURIAN, RAMBUTAN, PISANG, MANGGA DLL

DISARANKAN MINUM AIR YG BANYAK, KOPI DAN TEH (TENTULAH TANPA GULA)


* semua gambar credit to google yer....

HUHUHU... ALLAH DENGAR RAYUAN HAMBANYA... CIRIT BIRIT NI PUN DAH TURUN 1 KILO... ALLAHUAKBAR.....

CIRIT BIRIT

DAH 2 HARI CIRIT BIRIT.. TAK TAU MAKAN APA... TAPI DAPAT MC SEHARI AJE.. MINTAK DOKTOR BAGI MC 2 HARI, DIA TAK BERI SEBAB IKUT PROCEDURE KATANYA, CIRIT BIRIT HANYA DAPAT MC 1 ARI AJE (ADEH BLEH GITU). ARI NI DATANG OFIS PERUT MASIH MEMULAS-MULAS. X LEH BUAT KEJE SATU PUN. SERAM SEJUK. PELUH JANTAN SEMUA KELUAR. ADEHHHHH... BAIK TAK YAH MAI KEJE KALAU GINI....


MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI