KACHINGG $$$$

Monday, 25 August 2014

German Cookie

Sedap biskut ni, memang kesukaan anak2 saya. Abis sebalang, sekelip mata aje. Sedap rasanya dan nak buat pun mudah. Sejak ada anak kecik ni, biskut raya yang dibuat jenis yang cepat dimasak, sedap dimakan...

Bahan-bahannya
(Resepi dari  jumeeliza)

250grm butter
80grm gula icing
*250grm tepung kentang
*160grm tepung gandum
secubit garam

Bahan bertanda diayak.

Cara2

Butter dan gula icing di pukul hingga sebati. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul sehingga menjadi doh, kemudian simpan di dalam fridge dlm 30 minit. Ini kerana doh agak lembut. dengan simpan dlm fridge memudahkan untuk bentuk doh. Buat bentuk bulat2 dan tekan dengan garpu. Bakar dalam suhu 170 celcius selama 20 minit atau sehingga masak. (Pst... Saya sapu dgn susu segar dan taburkan gula pink (gula kasar di dlm beg plastik, di titiskan pewarna pink kemudian shake sehingga serata warnanya.). Mudahkan... kalau nak mudah lagi.. ode aje ngan saya... hehehehe sempat lagi tu.

German cookies.







12 comments :

  1. salam kenal..

    anak2 kita pon mesti suke ni..

    done follow here!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. abis doh fiza.. tengah cari mood nak wat sekon batch lak..

      Delete
  3. Memang seronok bila buat biskut macam ni. Buat dan anak-anak makan. Rasa nak buat lagi kan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok.. suke nengok kalau apa yg kita masak anak makan sampai abis..

      Delete
  4. ada belen x? nk serang beraya lg bleh? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak anis dah abis... nak mai infom dulu nanti akak wat lain ...

      Delete
  5. nanti abah kie nak cuba buat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak boleh challenge kuih kelante yg sedap2 kat blog abah kie..

      Delete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI