Thursday 27 February 2014

PECAN BUTTERSCOTCH KEK


Sedap kek ni, anak-anak saya cukup suka, rasa lemak manisnya. Deco cacamerba, wat untuk anak susuan saya yang tersayang (anak buah saya Damia). Kami sefamili panggil Damia ni baby ajaib, sbb dia lahir tak cukup bulan. Masa tu kandungan berusia baru 5 bulan sahaja. Tak sangka, semangat dan panjang umur anak saya sorang ni. Sekarang sudah membesar bagaikan johan, sangat-sangat becok dan keletah..


Damia kecik-kecik
Damia sekarang (sangat gedik ok...)


JENG.. JENG.. JENG,

Pecan Butterscotch


bhn A sebiji kek span vanilla potong 4 lapis B pecan caramel 100 gula cator 100 kcg pecan ~panggang kcg pecan kekuningan biarkan sejuk ~masak gula hangus n msukan kcg td gaul rata n sejukan ~dah sejuk hancur2kan sedikit C butterscocth sos 250 gula castor 250 uht whip cream 100 butter 75 white compound choc-dicairkan dahulu ~msk gula hangus...tutup api ~tuang uht whip cream cepat2 kacau sebati ~masuk white choch n butter..kacau sebati D choch ganache ~150 uht whip cream ~300 white choch msk whip cream hingga berbuih tepi...msuk whit choc kacau sebati E 500 fresh cream 200 bhn c ~pukul kental freshcream n masuk bhn c..kacau sebati.
lapisan 1 kek 2 cream 3pecan caramel n seterusnya ulang2..salut keseluruhan kek.tuang white choc ganache.corakan dgn butterscotch sos..hias dgan pecan caramel td...

Tuesday 25 February 2014

POTRET ON THE CAKE

Projek yg dah lama.. baru sekarang nak upload... dah bersarang lama sangat dalam pen drive ni... Jangan gelak ek.. biasa le tangan keras gitu le jadinya.. Amacam sama tak kengkawan... Kek span sahaja..... dan ising buttercream.




Thursday 13 February 2014

ANAK-ANAKKU

SYAHDU AJE TENGOK GAMBAR-GAMBAR NI... MY LITTLE QALIPH & QALIPHAH, SEMOGA ANAK-ANAK UMI MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.. HAISHHH RINDU ZAMAN DEPA KECIK2 NI .. GERAM MACAM NAK CUBIT-CUBIT.. LAGI-LAGI ANAK UMI MUHAMMAD HAFIZ YANG SENTIASA RIANG, AKTIF DAN PANJANG AKAL.. SAMPAI SEKARANG..... LUV YOU ALL MY LOVE...




 


 

 

Tuesday 11 February 2014

DRAWING ON CAKE FOR FAREWELL CAKE

Asyik-asyik tempek kek aje kann... Harap-harap jangan bosan yer kawan-kawan... Hadap aje la saya  ni ek.... Kek ni di buat untuk rakan adik yang bakal berhenti keje.. kek Span filling stoberi... Yang penting kita enjoyyyyy.....


Monday 10 February 2014

Drama Tanah Kubur


Anak no 2 sya sangat suka tengok drama tanah kubur. Pada hari Jumaat lepas tentang hubungan sejenis, ada satu part dlm drama tu, seorang anak tengah explain pada ibunya tentang hubungan beliau dengan kekasih hati beliau yang merupakan seorang wanita jugak, dan telah menjalani IVF untuk mendapatkan anak bagi melengkapkan hubungan beliau agar seperti keluarga yang normal, pasangan tersebut telah berbelas tahun meninggalkan Malaysia,  saya tgk anak no. 2 saya agak confius dan mula bertanya dengan saya. Kelakar gak...

Anak saya Hafiz, masa taim ni kecik dalam 2 tahun.. suka tengok pipi laboh dia tu... gerammmm....




Hafiz: umi, nape dia cinta kat pompuan sorang lagi tu umi?
Umi: sebab dia suka perempuan sama pompuan.
Hafiz: ish.. mana bleh umi, pastu anak dia mana datangnya umi, tk elokkan umi camgitu.
Umi: memang la, berdosa besar lesbian ni, macam kaum nabi luth.
Hafiz: hahhh... lesbiann???? ish amende tu umi, macam allien ke umi. abis tu macam dia dapat anak dia???
Masa ni saya nak gelak tapi tahan aje, hmmm camne lak nak bagitau pasal anak dia ni, nanti saya gitau dia wat IVF mau ternganga  gamaknya.. Meh kita test..
Hafiz: umi, camne dia dapat anak...
Umi: IVF
Dengan aksi betul betul terkejut... hah.. IVF!!!! jadi anak dia robot le.. ishh.. ishh.. astagfirullahalazhim macam-macam sekarang ni....
Umi: Erkkk, mana dia dpt idea IVF tu robot pun saya pun tak tahu. Tak tercapai dek minda ku. siap istigfar tu saya tak tahan...

Friday 7 February 2014

TIKET MURAH MASUK KE BLUE CORAL MENARA KL

MURAH OOO..
Nak share dengan rakan-rakan, tiket murah nak masuk blue coral Menara KL yang ala2 macam Aquaria kat KLCC tu, saya dah beli dah ambil package 5 orang hanya RM35 sahaja, cukup la untuk satu famili saya. Pasai ape?? murah la tiket ni.. harga biasa rm15 sekepala tau.. dan tiket ni valid sehingga 31hb Disember, 2014. Boleh simpan lama lagi.. bukan nak promote ke ape.. saya tak dapat duit pun, cuba kira budget kecik saya aje untuk bawa anak2 berjalan bila ada free nanti.. Planning aje dulu ni.... berminat boleh beli kat Groupon atau pun pegi kat sini..., last offer lagi 1 hari aje.... hehehe


CUP CAKE HANTARAN DAN RESEPI BUTTERCREAM

MENDAPAT ORDER UNTUK CUPCAKE HANTARAN. BIASALAH .. SEMUA DARI KAWAN-KAWAN TERDEKAT DULU. TAK PE PERLAHAN-LAHAN, NANTI LAMA-LAMA AKAN BANYAK LAGI PESANAN DARI ORANG LUAR, INSYALLAH.. TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN YANG SELALU MEMBERIKAN SOKONGAN.

RESEPI BUTTERCREAM NI SANGAT SAYA SUKA SEBAB SAYA BOLEH ADJUST KEMANISANNYA DAN RESEPI NI SELALU SAYA GUNA UNTUK KEK-KEK SAYA. BIASANYA BUTTERCREAM SAYA MANIS ELOK-ELOK AJE, TAK DE LA MANIS BERDESING SANGAT..

Buttercream Recipe 
750gm krimwell
250g butter
330g air gula ( boleh tambah atau kurangkan ikut rasa manis)
Pukul kwell + butter hingga putih dan gebu dgn kelajuan medium
Masukkan air gula sikit2..
Pukul lagi sampai gebu..

Siap untuk di gunakan .....


Tema Peach dan Turqoise

Dalam Kotak

Tema Orange dan Coklat...



Thursday 6 February 2014

RESEPI KEK COKLAT MOIST

Tempahan dari kawan rapat untuk besday anaknya Lutfil, biasalah anak-anak memang suka makan coklat, so kali ni saya buat coklat moist untuk Lutfill.. Kali ni saya kepilkan resepi yang selalu saya guna.

Bahan-bahan



bahan A
1 1/4 Minyak Masak
1 tin susu cair
6 sudu besar susu pekat
1 1/4 gula castor
1 sdt coffee emulco
2 sdt chocolate emulco (saya selalu letak lebih sikit)
secubit garam

bahan B
200grm tepung gandum
50grm serbuk koko
1sdt soda bikabornat
1sdt baking powder
sedikit esen vanilla

bahan C
3 biji telur saiz B

Cara-caranya

Bahan A di masak sehingga gula larut, tak perlu tunggu sehingga mendidih. kemudian sejukkan betul- betul. Ketepikan

Bahan B di ayak kemudian ketepikan,

Pukul bahan C sehingga berbuih, tak perlu sehingga kembang.

Kemudian masukkan bahan B ke dalam Bahan A di selangselikan dengan bahan C, masukkan esen vanila dan kacau sehingga sebati.

Masak kek pada suhu 150' (ni bacaan oven saya) untuk 45-30 minit atau sehingga masak. Apabila masak bungkus kek dengan kertas baking sehingga sejuk (untuk menjadikan kek moist). Apabila dah sejuk bolehlah di hias.


Wednesday 5 February 2014

KEK COKLAT MOIST

SUKA TENGOK KEK NI.. PENUH DENGAN COKLAT, DI SIRAM DENGAN GANACHE SERTA DI HIAS DENGAN GANACHE YANG TELAH DI PUTAR DENGAN MIXER SEHINGGA MENJADI KENTAL LALU DI PAIP KAN MENGGUNAKAN NOVEL RUMPUT2, KALAU TAK LETAK GAMBAR SPIDERMAN TU.. DAH MACAM BULU-BULU TEDDY BEAR PLAK, COMEL GAK... KEK ON THE SPOT KATAKAN.. HIASAN PUN ALA KADAR AJE, SEMOGA MENEPATI CITARASA... (NANTI ADA MASA SAYA TAIPKAN RESEPI KEK COKLAT MOIST NI, MUDAH DAN SEDAP)..