KACHINGG $$$$

Monday, 24 June 2013

MENCABAR BETUL BUAT KEK NO. 5

Hari-hari saya sangat sibuk sekarang, mintak maaf le kawan-kawan saya tak sempat lagi nak singgah umah kengkawan lagi, insyaallah selepas selesai semuanya, saya akan menjengah... Bz dengan hal pejabat, tutup akaun (biasa la bos saya ni dah dekat2 baru le nak sibuk disamping mendapat tempahan katering untuk ASNAF di pusat zakat selangor, tiap2 wiken ni. Banyak jadual dah lari, mana nak gi kelas baking pun byk tertangguh, dan byk lagi aktiviti terpaksa saya tangguhkan dulu.

Last week dapat ode dari sepupu nak kek no 5 bagi celebrate birthday anak beliau. Nak tolak kesian lak, mengenangkan anak dia yang comel tu saya buatkan.. Suka saya tengok kalau bebudak ni happy . Budak-budak sekarang pun pandai demand tau. Untuk besday kek ni, anak sepupu tu nak kek coklat dan biskut oreo di letakkan di atas kek tu 5 biji aje tau , tak leh lebih .. katanya (kalau lebih tak mo, katanyer)... kemudian nama tu tak nak mikail (padahal mmg nama panggilan kat umah camgitu) tapi kali ni bubuh nama aryan aje (nama penuh Mikhail Aryan), nak gambo boboboi seluruh kek.. (tengok bebudak sekarang.. demand kannn.., tapi tak pe sayang acik buatkan aje apa kehendak besday boy)

 Di kata mencabar tu sebab saya tak de acuan loyang no. 5, tapi selepas surf internet saya pun dapat idea macamana nak buat kek itu. So ini lah gambar kek tersebut. Banyak kekurangannya, andainya saya masih lagi dalam proses belajar...
Jadi tak?
Psst: bee itu saya buat sendiri tau.. Comel tak? dah jahanam pun anak buah saya kejekan...

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI