KACHINGG $$$$

Tuesday, 4 June 2013

MENU CUTI SEKOLAH...

Sedihnya anak-anak cuti di rumah tapi Umi terpaksa bekerja.. apa nak buat nak oiiii.. umi cari rezeki yang halal... Kalau cuti sekolah ni memang saya kena prepare makanan untuk anak-anak di rumah yang masih bercuti.. rasanya kalau anak-anak sekolah tak sesibuk kalau mereka bercuti. Hari-hari pening kepala saya memikirkan makanan untuk mereka.. semalam saya hanya sempat sediakan kek coklat (request anak-anak dari malam lagi) jadilah untuk sarapan mereka esok dan saya buatkan mee goreng kemudian saya masukkan kedalam periuk nasi elektrik dan biarkan "keep warm". Hari ini saya hanya sediakan koko krunch dan burger bersalad, seorang 2 biji. Anak-anak saya ni mmg susah nak makan nasi tapi kalau makan macam ni memang tak cukup le..... kalau saya buat nasi goreng ke atau lauk pauk.. memang la tak berusik.... Esok punya menu dah planing dalam kepala.. nak buat pizza.. 2 biji (untuk sarapan) dan mungkin nasi putih dan ayam masak kicap aje...(saya selalu selingkan sayuran dalam makanan anak saya, kalau masak kicap ni .. saya akan letak carrot dan bunga kobis serta daun bawang.. macamni lah saja cara saya nak beri anak saya makan sayuran sebab hakikatnya memang sukar mereka nak makan... tak pe la at least anak-anak dapat khasiat dari air sayuran yang mengalir dalam masakan...).. maaflah menu pagi tadi tak sempat nak snap gambar sebab dah kalut nak pegi keje.... So adakah kawan2 macam saya pening juga memikirkan menu makanan untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ini... . 

ihsan gambar dari google sahaja

ihsan gambar dari googgle sahaja

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI