Friday 31 May 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Waaahhhh, saya ni memang dok mengidam nak beli kamera.. tapi apa nak buat.. budget tiap bulan asyik ciput aje.. so bila ada blogger yang buat giveaway kamera ni.. apalagi saya pun mencuba nasib le.. mana tau rezeki saya dapat...  huhuhuhu ..(sesambil mendrum en Nabeel ..... pilih lah saya... pilih lah saya) hahaha bergurau aje... mai kengkawan kita join give away ni... mana tau ada rezeki.. (psst : terbaik la en Nabeell... x perlu taip.. suma dia dah sediakan... ini yg acik sukaaaaaaa....)




Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





Friday 24 May 2013

KEK BUDGET

BISMILLAHHIROHMANNIROHIM......

Sesiapa yang berminat untuk membeli kek buat makan-makan boleh le merasa kek budget saya ni.. kek oren dan marbel rm8, kek chocolate moist rm10, red velvet dan kek carrot rm15.. sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di 016-2700481/019-2308714...

salah satu produk .. kek oren.... nanti saya update untuk kek yg lain pula..

Thursday 23 May 2013

CHOCOLATE FREE

Hari ni bos bagi coklat free kat saya.. tenkiu bos.. lenkali saya keje dengan lebih rajin sekali.... hahahah poyo aje suma tu...



BESDAY ABANG

Tak penah saya wat majlis besday untuk anak-anak saya... selalu buat untuk famili2 sahaja di sambut sesama kami.. tapi sesejak dah besar ni dah pandai request besday parti lagi...., mintak maaf le abang umi kamu ni tak berkeyakinan diri nak masak banyak2, tapi atas permintaan saya ikutkan saja... tapi buat simple-simple aje bihun goreng, goreng nugget, goreng fries, goreng ayam segera, makaroni cheese, bihun soto.... tapi alhamdulilah makanan habis....  Yang paling saya suka dan terharu... anak saya mengucapkan terima kasih umi..... wah sebaknyer..... (abang: thanks umi sebab buat untuk abang, nanti allah balas untuk umi ekk - sesejak anak2 saya sekolah tahfiz ni... ayat2 kekadang menusuk jiwa...)


Nur Salsabila... mucukkk....

Comel tak tak kak tonnnnn.... hai, saya berumur 3 tahun, tak suke hisap susu dalam botol tetapi sekarang tidak lagi..... Dengan ini secara rasminya sudah 23 hari saya tak menyusu t-t-k... heheheh., yeyeye saya dah beso.. umi jangan lupa buat susu sedap-sedap untuk saya yer..... pastu boleh le umi makan ubat kurus ke jamu ekkk..... no worries... (kalau umi lalu kawasan sempit atau pintu bukaan sempit selalu cakap ... mi mok la.... hamboii sesuka rasa awak ekk....)


Monday 20 May 2013

Toffee Caramel Cheese Cake

Sangat sedap kek ni ... saya amik resepi kat sini, lama dah amik resepi tapi saya baru aje buat ahad lepas... sedap memang sedap... sangat saya rekomen la bagi peminat cheese cake...


Bahan base:

150 gm biskut marie - saya guna biskut tiger

130 gm butter cair

Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

Tofee

Bahan:
40 gm almond nib

60 gm gula kastor

Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.

Bahan Cheese

200 gm cream cheese

20 gm gula kastor

8 gm gelatin

60 gm air

200 gm whipped cream (whisk dahulu)

Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4- Sejukkan dalam peti ais

Topping

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik

Hiasan
100 gm walnut (imported) di tos dan cincang

Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan
 
 
sangat sedap sbb ada crunhie tofee tu....
 
 
 
 
 

Selamat Hari Guru....

Masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di dunia ini tak kisahlah guru apa pun, guru mengaji, guru memasak, guru berenang, guru sekolah, pensyarah, guru melukis, guru memandu, dan lain-lain .....Sempena hari guru.. saya sediakan kek khas untuk guru2 di sekolah anak saya.. Semoga cekgu2 suka ekk, dan terima kasih kerana mengajar anak saya dengan baik..... yang sekolah tadika kemas hanya kek sponge dan filling stoberi dan bagi yg sekolah rendah tu saya buatkan kek sponge dengan filling kiwi....




Wednesday 15 May 2013

Orange blended Cake..

Kek yang mudah dan Simple ... serta tidak lupa juga sedap rasanya... kalau bake kek ni harum semerbak rumah bau oren... sangat suka.. masih lagi menggunakan resepi yang dulu cuma saya kurangkan penggunaan gulanya dan kali ini saya serasikan dengan buttercream oren yg sedap dan harum... buat khas untuk kawan adik yg ingin menyambut besday bersama insan tersayang





Orange Blended cake

2 Cawan Tepung
2 cawan gula (saya guna 1 1/2 aje, kali ni saya kurang ke 1 1/3 pun dah ok rasanyer)
1 st baking powder
3 biji Telur
1 biji oren di buang biji
1 st esen vanilla
1 cawan minyak
2 sudu teh Tepung Jagung (saya tambah, kek jadi lebih gebu.., x letak pun x pe)

Caranya

1. Tepung, Baking powder dan tepung jagung di ayak dan ketepikan..
2. Masukkan telur, minyak, gula dan buah oren dan mesin sehingga buah oren dan gula hancur.
3. Tuang atas tepung tadi , kacau hingga sebati.. (Kalau berketul2 saya masukkan dalam blender dan mesin)
4. Lengserkan loyang dengan butter dan masukkan adunan dalam loyang. Kemudian bakar pada api 170'c selama 45 minit -  1 jam. (saya hanya letak dalam cup supaya senang anak2 nak bawa ke sekolah)

Orange Buttercream 

1 cawan Creamwell/shortening
1/2 cawan susu pekat
sedikit esen Orange
2 sb jus orange
1sb parutan kulit limau

Cara2
Masukkan semua bahan dalam mixing bowl dan pukul hingga gebu...

Monday 13 May 2013

HEPI BESDAY MUHD ZUHAIR ZHARFAN

Selamat hari lahir buat anak ku yang sulung yang kini berumur 10 tahun, semoga abang berjaya dunia dan akhirat... menjadi insan yang soleh, beriman, berilmu, bertaqwa, bertanggungjawab dan berkepimpinan kepada Allah terutamanya, ibu bapa dan masyarakat islam di sekeliling. Dan yang paling penting semoga abang rajin solat yer sayang.... Muaaahh sayang anak umi... (selalu mengadu umi ni suka marah2. Umi marah2 sebab umi sayang abang dan umi nak abang jadi yang terbaik yer)

Muhd Zuhair yg baju kuning (gambar dulu2 masa umo dia 6thn, ishh nampak comel lak...

SELAMAT HARI IBU ...

Masih sempat lagi mengucapkan Selamat hari ibu di ucapkan buat ibu-ibu di luar sana ... semoga kita istiqamah menjadi seorang ibu dan isteri yang terbaikk...

blueberi cheese kek, sori gambar blur tapi Syedapnyer...... hadoile...

gulp.... nak makan tapi takot gemok.. tengok org makan aje le...

Thursday 9 May 2013

ASHRAFF MUSLIM MENAFIKAN PULAK....

FITNAH SEMATA-MATA
 
LUAHAN RASA DI TWITTER
Walau  apa pun kita tunggu cerita sebenar......cuma pemilik badan sahaja yang boleh mengesahkan...

ASHRAFF MUSLIM NAK KAHWIN LAGI

 
ASHRAFF DAN DAYANA DI SAAT BAHAGIA
Terkejut semalam berita kat Harian Metro, ASHRAFF MUSLIM NAK KAHWIN LAGI" aihhh baru sangat rasanya gembar gembur tentang perkahwinan beliau dengan PN NOR DAYANA, ni dah nak bermadu plak. Khabar angin mengatakan Ashraf Muslim telah ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dua, dan Noor Dayana Lokman telah memberikan keizinan. (wahh tabahnya isteri)

Tindakan ini, kononnya disebabkan ketiadaan zuriat setelah hampir tiga tahun Ashraf dan Dayana berkahwin. (hamboi sesedap rasa aje ekk.. usaha .. dan usaha lagi insyallah ada rezeki kalau Allah tengok usaha kita, bkn alasan nak kahwin dua, kena kaji balik diri keperluan atau nafsu)....

Dia dan isteri ada berikhtiar untuk mendapatkan cahayamata menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional namun belum dikurniakan rezeki. (senang sangat mengalah ada pasangan yang tunggu lebih dari 10thn pun alhamdullilah Allah kurniakan zuriat jika betul kita tiada masalah dari segi kesihatan)

Semalam, surat  khabar Harian Metro iaitu pada Rabu 8 Mei 2013 melaporkan wanita yang dikatakan calon isteri kedua Ashraf Muslim yang bernama Sakinah telah tampil untuk meluahkan rasa sedihnya bila permohonan poligami pelakon tersebut diketahui umum, sekaligus menimbulkan kekecohan di Internet

Wanita yang ingin dikenali sebagai Sakinah itu memaklumkan Ashraf ada menasihatinya untuk bersabar serta menjamin akan bertanggungjawab ke atas perkara ini

Perkenalannya Sakinah dengan Ashraf Muslim sudah bermula sebelum dia mendirikan rumahtangga lagi. Malah sudahpun berjumpa isteri Ashraf, Noor Dayana Lokman, Sakinah memberitahu Dayana sebaiknya ingin elak daripada dimadukan. Tetapi andai kata ia berlaku juga, dia redha

Kini, keputusan terletak di tangan Ashraf. Sakinah pula berkongsi sudah melakukan solat Istiqarah dan telah pun diberikan petunjuk oleh Allah - sumber dari HARIAN METRO bertarikh 8hb Mei, 2013

**** sedap aje Sakinah ni, ingat mudah ke seorang isteri nak memberikan keizinan, di mulut kata ya, tapi di hati siapa yang tahu.... kalau benar berita ini berharap semoga Dayana terus tabah..

Firman allah dalam surah AnNisa' ayat 3 yang bermaksud:
" Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap(hak-hak) perempuan yang yatim bilamana kamu mengahwininya, maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi ; dua; tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."


MINTAK TOLONG KLIK LINK2 BAWAH NI...

HARON AZIZ & LISA SURIRUMAH       BELAKBERI   BEG CANTIK2   SAMSENG  KO

MINYAK WANGI


CPUV TU APE?

Arini check mr Nuffnang ada lak rekod CPUV.. sebelum ni memang tak penah ada pun...


MINTAK TOLONG KLIK LINK2 BAWAH NI...

HARON AZIZ & LISA SURIRUMAH       BELAKBERI   BEG CANTIK2   SAMSENG  KO

MINYAK WANGI

Wednesday 8 May 2013

INI MAKANNYA....

TAK TAHU LA KENAPA HARI NI SANGAT MENGANTUK... SAMPAI KE TAHAP TAK BLEH DI TAHAN2 LAGI.. PERCAYA TAK? TADI MASA TENGAH TAIP SAYA BOLEH TERLELAP SEKEJAP... ADOILA KENAPA NI? SELALU SAYA KALAU NGANTUK TAHAP CAMNI BILA SAYA MENAMBAH BILANGAN KOLEKSI KELUARGA JEK (PAHAM2 LE SENDIRI EKK.. TU AYAT2 MUNGE2 SAYA).. HAAAAHHHH.... AMBIK KO INI MAKAN DIA.... JOM MINUM KOPI... JGN INGAT ORANG TUA AJE SUKA KOPI TAU SAYA NI MEMANG PENGEMAR KOPI TEGAR.. TAPI BUKAN LE TAHAP KOPI STARBAK DAN KOPIBIN TU EKK SAYA NI MAIN YANG CAP MALAYSIA AJE...

KOPI KAUU SATUUU......

PEKAT... LIKAT LAGI LEGAM.... NASIB BAIK SAYA TAK LETAK SERDAK2 DIA KALAU TIDAK KENA TAPIS GUNA GIGI........ HEHEHEHE..

Tuesday 7 May 2013

SELAMAT HARI LAHIR SHARAFANA DARWISYAH BINTI M. SYAHID

DARWISYAHHHH.... COMEL TAK KAK TONNN???
BESDAY ANAK BUAH TERSAYANG ... SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT... AMEENNN... 4/5/2013 MERUPAKAN HARI LAHIR BUAT ANAK BUAH SAYA... TAKDE APA YG MAK LANG DAPAT SEDIAKAN HANYA KEK SAHAJA.. SEMOGA WISYAH HAPPY...... DAN YANG PALING PENTING JOM KITA ENNNJOYYYY....

BESDAY KEK YANG XPRESSS........



Sunday 5 May 2013

HOKAIDO CUPCAKE

TERINGIN SANGAT MAKAN CUPCAKE NI, ORANG KATA KALAU KAT BAKERI MAHAL.. TAPI RASA DIA MEMANG SEDAP, DENGAN RASA CREAMY KASTAD DIA. AMAT SESUAI DI MAKAN BERSAMA AIR TEH.. HEHEHEH (PSST: BISKUT PUN SEDAP KALAU CICAH NGAN AIR TEH)..


HOKAIDO CUPCAKE

sumber : myresepi

Bahan-bahan

Meringue

5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar(boleh ganti dengan sedikit garam halus)
80gm gula kastor


Cara Merringue...

Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh) 

5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan beking powder diayak bersama)

Cara2nya

Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang. kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau. Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik. Panaskan oven terlebih dahulu. Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)

Kastad

2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara-cara 
Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.
Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam pipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.

Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung

Cara-caranya

Campurkan dan ayak. Dah siap tepung kek kita..tapi ini untuk secawan tepung kek..resepi di atas 60gm aje..jangan masukkan kesemuanya...

Saturday 4 May 2013

DAPAT DIAH DOMPET TAU.. KO ADE???

NGADE2 AJE TAJUK TU KAN.... HAHAHA, SAJA NAK BAGI TAU DAPAT DOMPET COMEL NI TAU DARI CEKGU TADIKA KEMAS ANAK SAYA.. ARITU ADA WAT TAHLIL UNTUK TADIKA ANAK SAYA YANG BARU DI RENOVATE. SILAPNYER CIK SOMI SAYA INFOM MEJLIS STAT PUKUL 2.00, SAYA NI BERKOBAR-KOBAR LE PEGI. SAMPAI SANA SATU PUN X SIAP LAGI.. CEKGU KATA NAPA SAMPAI AWAL KAK? MAJLIS START PUKUL 3.00...BAYANGKAN SEMANGAT KE IDAK KUL 1.30 DAH SAMPAI SEKOLAH ANAK...HEHEHEHE, SO DENGAN PENUH KERAJINAN DAN TAWADUK ACIK MENUNJUKKAN SKIL KEMAS MENGEMAS.. PASANG MEMASANG, SUSUN MENYUSUN KAT CEKGU TU... HEHEHE DATANG AWAL KAN.. X TAU NAK WAT APE.. SO RINGAN2 LE KAN TANGAN NI... ITU BELUM CUKUP DENGAN MENUNJUKKAN SKILL MEMASAK BIHUN GORENG LAGI TU... HAHAHA... POYOS AJE KAN... X DE LE, SEBENARNYER AKAK X TAU NAK WAT APE.. NAK WAT BODO AJE MACAM TAK SESOAI AJE KAN ... BUKAN NAK MENUNJUK2 TAPI MEMANG SAYA EKLAS CIKGU.. BETUL... TAK SANGKA ESOK TU CIKGU TU DIAHKAN SAYA DOMPET NI... MALU SAYA... ALAHAI CEKGU .. TOKSAH LE BERBAGI DIAH BAGAI... MEMANG NIAT DI ATI NAK MEMBANTU, AKAK NI BUKAN JENIS DUDUK DIAM .. MEMANG SUKA KERJA BELAKANG TABIR NI... HEHEHE..
DAPAT DOMPET.. SUKERNYER...

Friday 3 May 2013

KEK HANTARAN

Kek yang di buat untuk jiran di rumah mak saya untuk majlis nikah anak dia (paham tak kengkawan, mood agak kelaut sket..).. sweet aje kaler yang di pilih warna pink dan putih.. Guna teknik steam buttercream, dan keknyer adalah kek span coklat, berat boleh tahan dalam 1.8kg...

Thursday 2 May 2013

KEK COKELAT DENGAN FROSTING CHEESE...

Memang sedap kombinasi kek coklat dan cheese..  kalau tak percaya boleh cuba, hajat di hati nak buat russian black and white.. tapi malas le plak nak men'swirl'kan coklat dan cheeese tu, so saya tepek2 aje. Eventhough, begitu sedap jugak tau... siap buat untuk kawan ofis untuk besday sahabat karib beliau..


Kek Coklat

Bahan A
250gm gula kastor
1/2 cawan susu pekat
400grm susu cair
3/4 cawan minyak masak
sedikit instant nescafe (x perlu pun x pe)

Bahan B
150gm Tepung Gandum (lebih baik soft flour)
100gm Koko powder
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikabornat
2 biji telor (dikocok sehingga berbuih, kalau x nak letak pun tak pe, sedap jugak)

Cara-cara
1. Masak bahan A sehingga larut dan mendidih, kacau sentiasa dengan whisker ya, matikan api dan sejukkan
2. Ayak Bahan B
3. Masukkan Bahan B kedalam Bahan A. Pastikan Bahan A betul-betul sejuk saya ulangi betul-betul sejuk kalau tidak kek tak naik dimulakan dengan sedikit bahan B dan diselang selikan dengan telur (kalau x letak telur x yah le ikut step  ni) bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung.
4. Bakar pada suhu 170' selama 45-30 minit sehingga kek masak.
5. Dah masak, cepat2 keluarkan dari loyang masa tengah panas2 bungkus dengan baking paper dan simpan dalam peti ais (menjadikan kek lebih moist)

Frosting Cheese
250gm Cream cheese
120gm butter
1cwn gula aising
2sdt jus lemon 
sedikit esen lemon (x perlu pun tak pe)

Cara-caranya
Putar cream cheese dan butter hingga creamy sahaja, masukkan gula, jus lemon dan esen lemon

Ganache
150gm Whipping cream
500gm coklat compound
2sdb butter
Caranya
Double boil semua bahan di atas sehingga cair


Cara assemble cake
Masukkan dalam piping bag dan simpan frosting dan ganache dalam peti ais sekejap, simpan sedikit frosting untuk touch up kek dan sedikit ganache untuk siram atas kek.
Kalau rajin buat russian black and white tu, boleh le selang selikan ganache dan frosting kalau agak2 malas tu lepa aje frosting atas kepingan kek dan kemudian letakkan ganache dan letak lapisan kek lain dan ulangi sehingga habis kepingan kek.


KEK KARAMEL.... DE LEJEN..

Buat kek karamel lagi, tapi kali ni mmg saje tak nak kasi kaler2 tu sbb nak bg anak makan, bio le sihat sket... sedap lagi2 kalau di makan sejuk2.... whoa... hevenly tau... cam eskrim... cuba le try wat ke beli ke? memang sedap kek ni... penah wat kukus ni.. hasil dia lebih cantik dari bakar.. cer try kalau x percaya... Sumber resepi biasa saya ambil dari dapur kak zu ekk.... nak tengok hasil yg menawan, cantik lagi tertarik, ko memang da bommmm leh le pegi kat blog kak zu .. tak pun beli aje kat dier lagi mudah ... resepi ni pun saya kopipes dari dia aje...
Kek Karamel ( no colouring)

BAHAN BAHAN
GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadik dengan jayenye atau meraung sebab karamelnye melekat, wakaka....tips kek karamel ade di album info yeeee...( abai kan tips ini jika anda adelah pakar kek karamel )