Berita hari ini sangat menyedihkan saya, Ya Allah kita sesama islam berbunuhan... Inikah pemimpin yang baik (Kesultanan Sulu) dan saya dapat tahu yang Raja Al Kiram ini sendiri tidak di iktiraf di Kepulauan Sulu sendiri... tetapi kenapa pengikutnya begitu kejam dan tiada belas kasihan.. sedang islam sendiri mengajar kita supaya berbuat baik sesama manusia tidak kiralah apa agama sekali... dan lagi-lagi yang berkaitan dengan tahanan perang.. Hari ini saya baca Berita Harian sangat le terkejut dengan apa yang penganas Sulu itu lakukan, Ya Allah semoga tiada lagi yang menjadi korban, saya ringkaskan apa yang saya baca di akbar berita harian pagi ni
,
" Dalam pertempuran di Kampung Sri Jaya, Simunul malam semalam (Sabtu) Seorang pegawai dan lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
Insiden di lokasi tersebut telah mengorbankan 6 anggota polis berlaku dengan amat kejam, mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian, Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tembusan dan berakhir dengan kepalanya dipenggal. Seorang lagi mangsa iaitu Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) yang berpangkat Assiten Supritenden maut selepas di rodok dnengan menggunakan senjata tajam di percayai parang sehingga perut terburai......
Macam ni kah kita orang islam.... sedihnya....... Cepatlah ATM bertindak, Insiden ini memberi pengajaran supaya Malaysia lebih berhati-hati, lebih meningkatkan kawalan baik di udara, darat dan laut. Semua anggota tentera sama ada Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Tentera Laut, Polis, Polis Maritim perlu memainkan peranan lebih efektif sekarang. Mungkin ini satu pengajaran bagi kita...
PENGANAS SULU (GAMBAR DI BAWAH)