KACHINGG $$$$

Monday, 4 March 2013

GUGURNYA PERAJURIT NEGARA

 JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara...AL-FATIHAH DAN TAKZIAH..!!!

Kredit : Malaysia League Online

SANGAT KEJAM PENGANAS DI LAHAD DATU

Berita hari ini sangat menyedihkan saya, Ya Allah kita sesama islam berbunuhan... Inikah pemimpin yang baik (Kesultanan Sulu) dan saya dapat tahu yang Raja Al Kiram ini sendiri tidak di iktiraf di Kepulauan Sulu sendiri... tetapi kenapa pengikutnya begitu kejam dan tiada belas kasihan.. sedang islam sendiri mengajar kita supaya berbuat baik sesama manusia tidak kiralah apa agama sekali... dan lagi-lagi yang berkaitan dengan tahanan perang.. Hari ini saya baca Berita Harian sangat le terkejut dengan apa yang penganas Sulu itu lakukan, Ya Allah semoga tiada lagi yang menjadi korban, saya ringkaskan apa yang saya baca di akbar berita harian pagi ni,


" Dalam pertempuran di Kampung Sri Jaya, Simunul malam semalam (Sabtu) Seorang pegawai dan lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata.


Insiden di lokasi tersebut telah mengorbankan 6 anggota polis berlaku dengan amat kejam, mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian, Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tembusan dan berakhir dengan kepalanya dipenggal. Seorang lagi mangsa iaitu Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) yang berpangkat Assiten Supritenden maut selepas di rodok dnengan menggunakan senjata tajam di percayai parang sehingga perut terburai......


Macam ni kah kita orang islam.... sedihnya....... Cepatlah ATM bertindak, Insiden ini memberi pengajaran supaya Malaysia lebih berhati-hati, lebih meningkatkan kawalan baik di udara, darat dan laut. Semua anggota tentera sama ada Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Tentera Laut, Polis, Polis Maritim perlu memainkan peranan lebih efektif sekarang. Mungkin ini satu pengajaran bagi kita...
PENGANAS SULU (GAMBAR DI BAWAH)


MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI