Thursday 31 January 2013

Ye..YE...Ye.. Esok Cuti..

Esok Area KL dan kawasan-kawasan Wilayah Cuti... Selamat bercuti yang tinggal di KL, Labuan dan Putrajaya... Kawasan-kawasan lain jangan jeles tauuu.... Besnyer nak bermalas-malasan dan beristirehat kira extra holiday la ni .. kat rumah...


Wednesday 30 January 2013

Sakit telinga

ihsan dari google..
Start dari last week memang telinga dah pekak sebelah.. dan bila di periksa oleh doktor .. katanya bijih banyak sangat dan likat so, doktor pun bagi le saya ubat titis telinga untuk 5 hari (pandai sangat, mengalahkan doktor, saya perabiskan ubat titis tu dalam masa 2 hari aje, satu kesilapan saya jugak), kemudian doktor minta datang ke klinik untuk proses tembak dgn air telinga untuk keluarkan bijih tu.. Ok.. saya rasa better, so saya amik keputusan untuk tidak follow up dengan doktor tu balik.. berlagak kannn.... tapi sepanjang tu telinga saya sangat le gatal.. kalau dapat korek .. wah heaven nyer...... dan sejak itu timbul masalah..  sebab makin saya korek semakin pekak saya rasa dan lama kelamaan saya rasa ada cecair kuar dari telinga saya.. Wahh cuak saya ni.. sbb ape, nak pegang telinga pun sakit .. sampai guling2 ko... tak tahann... so semalam gi check and doktor infom ada nanah ko,adoila patutle sakit nyuttt... nyuttttt.... ada infeksi kata doktor .. dan tanya track record sakit telinga saya dan saya explained le semuanya, dia geleng kepala  dan memberitahu bahawa ubat titis telinga tu adalah control medicine, so kena ikut prescribe doktor kerana ubat itu seperti acid untuk mencairkan tahi telinga.. kalau salahguna dan dan ubat telinga tu terkena gegendang telinga boleh bocor gegendang telinga kita, seyes, cuak saya sekejap....  so dia berikan saya ubat titis telinga, antibiotik dan tahan sakit (ubat ni saya buang tau.. tu le berlagak sangat) .. Sampai aje di rumah, saya rasa rahang saya macam besar  serta pipi saya bengkak dan tak boleh ketap gigi.... sakit .. ooooo toksah cakap le.... sakit sangat....., makan pun x boleh tau.. (psst : bukan tak nak ekk).. OOOO kurus le saya lepas ni.. Arini, masih lagi menanggung sakit.. dan berharap akan sembuh dalam 3 hari lagi, walau ape pun tetap tabah datang ofis arini, pekerja cemerlangkan saya...So pengajaran yang saya dapat.. jangan le pandai-pandai jadi doktor sendiri, alamat merana diri...

Friday 25 January 2013

HEPPY BESDAY

Tanggal 25/1/2013, genap le umur saya tuuuuuuttt(sori ekk.. biarlah rahsia)... Happy Besday to me.. and hope saya berjaya dunia dan akhirat dan di murahkan rezeki... amin....

Roti Jala Dan Kari Telur

Salam maulidur Rasul, cuti-cuti ni memang suka bersantai-santai sambil bermalas-malasan kat rumah... wah heaven..... Harini saya cuma masak roti jala dan kari telur for breakfast cum lunch.. Wah senangkan kerja.. Masak pagi-pagi, then, tengahari saya nak rileks sambil baca novel.. best kan. Ada novel baru yang perlu saya baca, The Wedding Breaker", hehehehehe....  tengah hari nanti saya ingat nak goreng sayur dan goreng ikan masin aje.. hehe sempoi ajekan.... Resepi roti jala.. biasalah saya amik dari sifu akak zalin zalina, sebab simple aje resepinya dan yang penting sedap.... resepi saya copy aje ekk...


Roti Jala
resepi : kak Zalina 
tokang buat : Mayang

Bahan-bahan

1kg tepung gandum...tak kisah cap apa pun
1sk garam halus
2sk tepung susu...susu anak umur lebih 1 tahun pun takpe...
1/2 cawan minyak masak
Pewarna Kuning
Air secukupnya...
 (resepi di atas tu buat setengah adunan sahaja.. 1 kg tepung ni byk sgt.. kalau nak buat meniaga boleh la.. nanti cramp pinggang menjala... hehehe... 1/2 adunan pun kira banyak jugak tau, saya siap simpan separuh untuk minum petang plak)..

Cara-caranya
Masukkan semua bahan dalam mangkuk,  (kandungan air tu agak-agak, letak sedikit-sedikit apabila adunan sudah sebati dan tidak cair sangat) kacau sebati kemudian masukkan dalam blender dimesin halus.. ok siap dan bolehla di tebarkan atas kuali leper.


Kari Telur

Bahan-Bahannya
5 biji telur (direbus)
rempah ratus (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
1 paket rempah kari daging baba's
Santan secukupnya
2 bj Kentang
1/2 batang Carrot (x letak pun takpe, saya memang semua masakan seperti ini saya letak sayuran utk anak2)
Garam dan serbuk perasa
Cili hijau/Cili merah (untuk hiasan)
3 rangkai batang daun kari
sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis

Di kisar

7 Ulas bawang merah (kecil)
5 ulas bawang putih
3 inci halia
4 biji buah keras
(saya hiris separuh bawang-bawang ini untuk tujuan menumis naik bau dan separuh untuk di kisar)
** Bahan-bahan dikisar itu saya campurkan sekali dengan serbuk kari dalam satu bekas)

Cara-Caranya
1. Tumis bawang-bawang yang di hiris.
2. Masuk rempah ratus
3. Masukkan daun kari, kemudian rempah kari yg di campur dengan bahan-bahan kisar
4. Tunggu sampai pecah minyak
5. Masukkan Santan dan Kentang dan tunggu kentang empuk
6. Kemudian masukkan telur, perah air asam jawa, cili Hijau/merah dan masukkan garam dan serbuk perasa, tunggu mengelegak sedikit dan tutup api.Sedia untuk dihidangkan.

siap dah kari telur dan roti jala untuk sarapan dan makan tengahari , sekali harung.. senang..
Hmm.. dah selesai keje.. nak baca novel pulak.. so anak-anak dan bapa kepada anak-anak jangan kacau ekk... acik nak bermadu asmara lak ngan novel ni....



The Wedding Breaker, penulis Evelyn Rose.... Layannn..

Wednesday 23 January 2013

AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK (KARIPAP IN THE MAKING)

Pernah tak melakukan aktiviti bersama anak-anak, seperti memasak, baking, gardening, dan memacam lagi. Terus terang saya memang tak penah tapi di sebabkan seronok melihat semangat kerjasama anak-anak salah sorang blogger yang menerapkan aktiviti homeschool kepada anak-anaknya, saya menjadi teruja untuk mencuba..disamping boleh menajamkan skill anak-anak kita juga dapat berinteraksi secara dekat dengan mereka.. ini juga menjadikan masa depa di rumah lebih occupied and quality... masa mula-mula tu sejuk hati menengok anak-anak berkerjasama, lama kelamaan memasing mulalah buat perangai, yang sorang berebut roling pin, sorang lagi menjerit2 sbb abang kacau, sorang lagi nak tepung, sorang tabur tepung satu rumah, sorang pegi mencanai atas lantai, yg sorang start bertekak sbb salah seorang dari mereka terlampau lama pegang roling pin, memasing suma nak tunjuk kuasa.. ADOI MAK pening di buatnya, everything is out of control... please help me, but i still maintain keayuan seorang ibu yang penuh kesabaran.. hahaha.. poyo kann...  tapi banyak betul saya beristigfar hari tu... supaya allah berikan saya kesabaran untuk menjayakan program ni... hahaha poyo aje semua tu (ala2 johan raja lawak) last-last dah puas, depa tinggal segalanya atas meja.. adoila.. karipap kemana.. depa kemana.. memang satu pun tak jadi .. last2 saya yang dok menenyeh karipap tu... Saya rasa,  untuk permulaan ni saya kena mulakan dengan aktiviti yang paling simple dulu kottt... Karipap kooo... mmg susah .. saya dulu wat karipap pun masa saya tingkatan 3.... hahahhaha...

karipap 

last-last umi yg perabiskan ...

karipap-karipap yang kontroversi .. jgn ingat Cik Ta aje tau yg pandai Kontroversi



Tuesday 22 January 2013

Cik Ta dengan Zain

Uishh .. bio betul pagi tadi saya dengar radio, Zain Saidin akan berkahwin dengan Rozita Che Wan pada tahun ni.... kalau betul saya ucapkan tahniah .... semoga berkekalan hingga akhir hayat.. tak de la nanti orang dok kaitkan lagi Cik Ta dengan anak2 ikan ( entah betul ke idak terms ni). Semalam pun ada berita tentang 2 merpati sejoli ni... Katanya Zain nak simpan duit dulu untuk perbelanjaan perkahwinan... Jangan berjoli2 dik oii.. bijaklah menguruskan kewangan, nanti dah kahwin tanggungjawab besar menunggu.... di bawah ni petikan dari harian metro semalam..

sumber : Harian metro

KAMI AKAN BERKAHWIN TAHUN INI - Zain Saidin



“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” itu komen Zain Saidin apabila diminta mengulas tentang status hubungannya dengan Rozita Che wan. Komen lanjut daripada Zain ini sememangnya ditunggu-tunggu selepas dia meluahkan perasaan terhadap Rozita melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Tambah Zain lagi, dia dan Rozita sudah pun berbincang tentang perkahwinan mereka dan Rozita menyerahkan keputusan di tangannya.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” ujar Zain tegas.
Dalam masa yang sama, Zain turut mempertahankan tindakannya meluahkan kata-kata cinta terhadap Rozita Che wan di akaun Instagram. Biarpun ada yang menganggap tindakannya itu bagaikan mencari publisiti murahan, tetapi Zain punya pendapat sendiri.
“Tak kisahlah orang hendak kata apa pun. Saya buat begitu kerana saya tidak mahu lagi orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Kalau saya tidak berterus-terang pun, orang masih akan bercakap. Jadi, lebih baik saya akui perkara itu. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh menangkan hati semua orang,” tambah Zain lagi.
Memandangkan Rozita merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki, Zain turut ditanya tentang hubungannya dengan anak-anak Rozita. Adakah hubungannya mendapat tentangan mereka atau sebaliknya?
“Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka,” ujar Zain.
Dalam perkembangan lain, Zain akan bertolak ke Amsterdam pada 24 Februari hadapan bagi menjalani penggambaran sebuah telemovie. Zain akan bergandingan dengan Rita Rudaini sebagai pasangan suami isteri. Ironinya, Zain memegang watak Maliq, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan seorang janda beranak dua.
“Ketika mendapat tawaran lakonan ini saya rasa hendak tergelak sebab menyedari watak ini ada kena-mengena dengan saya. Tapi, saya tidak kisah pun. Saya buat atas dasar kerja,” ujar Zain yang bakal muncul dalam siri Oh My English! musim terbaru.
Sebelum itu ada artikel dari sumber yang sama iaitu Harian Metro di mana Zain Saidin meluahkan perasaan cinta dan kasih sayangnya pada Cik Ta (23/12/2012)
Luahan cinta, kasih dan sayang melalui istagram yg kontroversi
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin menyifatkan luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram pada Jumaat lalu adalah bersifat peribadi dan enggan mengulas panjang mengenai perkara itu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, paparan wajah Rozita berserta mesej berunsur cinta yang dimuatkan itu bukannya kerana ingin mencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukan kepada wanita itu sahaja.
“Ia bukanlah bertujuan ingin menunjukkan kepada sesiapa pun, sebaliknya foto dan mesej yang dimuatkan itu berunsur peribadi dan ia adalah mesej dari saya untuk dia (Rozita).
Baru-baru ini, Zain telah memuatkan foto Rozita dengan selitan mesej romantis Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. menerusi Instagram .
Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yang hampir serupa dengan Zain.
Beritahu Zain lagi, apa yang dilihat menerusi laman sosial itu juga telah menjelaskan semuanya mengenai erti hubungan yang dijalinkan antara dia dengan Rozita.
Sebelum ini, Zain berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktres Rozita atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.
Malah adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu turut mengakui hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.


Cik Ta bersama anak-anak


SHERPERD PAI

First time buat sherpard pai, tak penah makan tapi teringin nak tahu apakah rasanya. Bagi saya sedap la tapi anak-anak pula kurang berminat.. Jadi saya sorang le perabiskan sherped pai ni..nak bagi umph le kekonon saya taburkan mozarela cheese atasnya.. tapi biasa la tekak orang melayu... lebih prefers nasi jugak..

Sherperd's Pie 
sumber dari : Yatie memories
tukang try masak : Mayang

saya copy aje yer..

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (saya x guna)
  • 8 biji cendawan butang  (saya x guna cuma gantikan dengan frozen mixed vege)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu) (saya x guna)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu) (saya x guna)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil (saya x guna, sbb saya gunakan mixed italian herbs sahaja)
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air (saya x letak)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
psst : semua part sayur saya gantikan dengan sayur mixed vege ekk... lain kali saya nak letak cili kisar ataupun cili potong sikit, baru ngam dengan citarasa saya.... hahahahhah... org melayu le katakan

Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering. (saya pula hanya taburkan parsly kering dan parutan keju mozarela)
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Makan panas-panas baru sedap....

Monday 21 January 2013

Susulan dari kelas Roti dan Pizza






Hasil-hasil dari kelas roti aritu, pizza abis dah kami ngap.. so ini aje yang sempat saya snap. Memang best kelasnya, tapi tidak menepati seperti apa yang saya kehendaki. Saya pernah menghadiri kelas roti di Kolej Komuniti di mana kami di ajar sweet dough, straight dough method dan sponge dough method, tapi di sini kami tidak di ajar begitu, ikut resepi dump all ingreedient in the Oven bread maker and done.. amboi senang sangat.. Tujuan sebenar hanya untuk perkenalkan produk Amway Noxxa bread maker. Di samping itu kami juga di perkenalkan dengan Amway Noxxa preasurre cooker.. Kedua- dua barang ini amat menjimatkan masa, bayangkan kami masak bihun goreng hanya memakan masa 3 minit sahaja (bihun tidak direndam, masuk terus dalam pressure cooker tu), nasi goreng (beras ekk bkn dari nasi yg dah masak) only take 8 minits.. beside that we also cook dodol in that Cooker dan percaya tak hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja.. Sangat sesuai untuk suri rumah yang bekerja macam saya. Saya sangat berminat dah usulkan pada en suami.. dan jawapan nye .. masih belum masanya lagi sayang.. budget abang ciput aje... adoila frustnyer saya...


Produk Amway Noxxa Preassure Cooker and Bread maker Oven


Friday 18 January 2013

JOM JOIN BENGKEL ROTI DAN PIZZA


Salam semua... di sini saya ingin membuat pengumuman kepada sesiapa kawan-kawan yang berada di Kuala Lumpur yang ingin belajar membuat Roti dan Pizza dan berhasrat untuk menjadi pengusaha roti secara kecil-kecilan ini merupakan langkah pertama anda ... Ayuh belajar bersama saya. Pembelajaran di jalankan secara Hands on  di lokasi dan tarikh sebagaimana berikut :

Tempat : No 53 Jalan 4/1E
Bandar Bandar Damai Perdana 56000 Cheras
Tarikh : 6, 13, 20 & 27 Januari 2013 (Ahad)
Waktu : 10.00 pagi 
Bahan mentah disediakan dengan bayaran RM20.00 SEORANG 
Tel :  013-7301960 (Pn. Ina)
Menu Tambahan : Mexican Bun dan Ayam Golek
pihak penganjur hanya mengambil 10 peserta sahaja bagi setiap bengkel, sila buat tempahan awal... (baru sebentar tadi pihak penganjur menyatakan masih lagi ada tempat kosong... jom.. jomlah .... join sekali boleh la kita bersua muka.... mood mengajak kawan sbb gi sana sorang2 .... daaaaaaa.... boring ko.... tp tak pe cari ilmu punya pasal.. wat dunno aje le.. nanti cari kawan baru kat sana..)

Saya akan mengikuti kelas ni pada hari Ahad ini, Jom kengkawan join saya sekali. Saya dah survey dan saya rasa kelas ini adalah yang paling murah. Tempat lain range bayaran adalah di antara RM100 - RM200.

Thursday 17 January 2013

Bila anak2 sibuk nak bergambar dan sibuk jadi kameraman...

Gambar-gambar ni semua anak2 saya yang amik.. saya tak tau pun kewujudan nya.. tau2 mak aihh banyak nyer gambar .. bila tengok lawak plakk.... hahaha... Jom layan wajah-wajah kesayangan hamba...





perasan tak anak dara saya terselit tepi sotong tu



















Monday 14 January 2013

HEPI BESDAY BABAH

Hahahah .. ketapi lambat.. baru le nak download... sempena 1.1.2013 saya bagi coti kat suma rakyat Mesia sebab besday suami saya jatuh pada tarikh tersebut...haha poyo kann.... Selamat Hari Jadi abang... semoga jodoh kita berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Kek saya sediakan kek budget aje.. Chocolate oil cake, masa selepas aje membaking kek ni .. saya agak kecewa sbb rasanya tak begitu cokelat sangat tapi bila di simpan semalaman ... kek itu menjadi sedap plak dan moist... ohhhhh tidak disangka2.. pada pendapat saya sesape yang hendak membuat souvenir kahwin di mana kosnya murah dan mudah boleh le menggunakan resepi ini...Resepi ni saya print masa dulu2 dari blog resepi diana .. tapi saya tak tau pulak sekarang ni ke mana plak perginya blog tu.. penat saya googgle tapi tak dapat....

Chocolate Oil Cake

Bahan-bahannya
2 cawan gula
3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya

Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati. Tuangkan adunan kedalam cupcakes dan bakar selama 20 minit sehingga masak.


Ganache 
 Saya buat yang paling simple aje 
2:1 kandungan coklat dengan fresh cream
Yang ni saya gunakan 500 grm Coklat (saya parut dulu) dan 250 gm Fresh cream 
Cara2nya
 Panaskan Fresh cream (kacau selalu) dan kemudian masukkan kedalam bekas coklat. Kacau sehingga coklat cair
Belajar wat munge.... entah jadi ke idak ni???
psst : yang tulisan tu saya dapatkan dari kedai bakeri.. tapi tu le salah pilih warna lak.. gelap sangat sehingga tak nampak tulisan tu... senang aje macam tiub ubat gigi tu .. saya just paipkan aje atas kek..

shimmering write gel yang baru saya beli kat bakeri aritu





Friday 11 January 2013

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN TERUNG PIPIT

IHSAN DARI GOOGLE, INILAH TERUNG PIPIT
SUKA TAK MAKAN TERUNG PIPIT... SAYA SUKA KALAU TERUNG PIPIT MASAK SAMBAL CAMNI DAN JUGA KALAU DI LETAKKAN DALAM MASAK LEMAK CILI PADI.. KALAU MAKAN MEMANG TAMBAH NASI BERKALI-KALI ... (tak sangka banyak juga kelebihan terung pipit ni ekk.. (refer kat sini ekk)

Bahan2
Segenggam Terung Pipit
Ikan Bilis
1 Ulas bawang besar
Cili kisar yang telah dikisar dengan bawang besar atau kecil
Sedikit Belacan dalam 1 inci ( kalau ada resdung x yah bubuh pun tak pe)
Sedikit Garam, Gula dan bahan Perasa
1/2 Minyak untuk menumis (ikut berapa banyak cili yang hendak kita masak)-(update 1/2 cawan ekk jgn bubuh 1/2 botol lak)...
Sedikit air asam

Cara2nya
1. Tumiskan Ikan Bilis dan Bawang besar (sekadar layur sahaja iaitu sekejap kemudian keluarkan dari kuali)
2. Tumiskan juga Terung pipit, agak2 dalam 2 minit atau pun kelihatan kecut sedikit kemudian keluarkan dari kuali.
3. Tumiskan Cili kisar sehingga naik minyak, kemudian masukkan ikan bilis dan bawang yang telah dilayur itu..
4. Masukkan garam, gula dan bahan perasa
5. Akhir sekali perah kan asam jawa, biar mendidih. Tutup api dan hidangkan...