Thursday 13 June 2013

KEK SPAN DAN FILLING KIWI.

Weekends, selalu adalah hari makan-makan dengan famili saya. Ada aje rancangan saya, pagi tu saya dah masak nasi lemak.. alhamdullilah abis anak2 saya makan.. tengahari hanya masak kari telur dan sayur sawi goreng serta ikan kembung rebus goreng.. kemudian bila dah petang tu lapar le balik.. adoila nak cari makanan ni.. so anak-anak request kek. Jadi saya buat aje kek yang paling simple ni cuma saya fillingkan dengan jem kiwi kebetulan saya nak perabiskan sebelum expired.. Resepi mudah saya ambil dari kursus kek di kolej komuniti selayang...

Bahan-bahan kek span
160gm gula halus
15gm ovalette
5 biji telur gred B
125 gm tepung gandum *
1 camca teh baking powder *
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75gm mentega/minyak


sedikit jem kiwi/blueberry/strawberry



Topping 
2 cwn whipping cream 
 
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas pemutar kecuali minyak.. kemudian pukul semua bahan sehingga gebu dan putih. matikan mixer dan masukkan minyak kemudian kaup balik sehingga sebati, jgn pukul lama-lama nanti kek bantat.
2. Lengserkan loyang dan masukkan adunan kedalam loyang  serta bakar pada suhu 160' untuk masa 45-30 minit bergantung pada oven. saya guna api atas dan bawah.
3. Apabila kek sudah masak terus keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai kek, jgn tunggu kek sejuk sebab kek akan mengecut dan mendap di dalam loyang.


Cara-cara Topping 
Putar whipping cream sehingga hilang kilat dan kental.

Cara susun kek

Potong kek pada 3 bahagian (ikut suka nak berapa pun) sapukan krim, letakan jem kiwi dan ratakan dengan sudu yg direndam dengan air panas (kemudian lap sudu tu). Ulangi sehingga kepingan kek habis. Selepas itu sapukan juga krim pada keseluruhan kek dan hiaslah ikut kreativiti sendiri ya.


Dalam proses buat kek ni.. jenuh saya cari turntable saya.. entah kemana letaknya. Anak-anak saya memang suka main turntable ni.. hari tu hampir rosak bila anak saya letakkan adik dia yang kecik dan di putarkan adik depa.. nasiblah tak jahanam.. Aritu tu Kon nail saya buat buttercream roses depa main, katanya alat isyarat panggil otomen.. ada ke patut. Nasib baik saya nampak, terus saya amik dan simpan, siap bagi warning kat depa lagi.
INI LE KON YG DI KATA KAN BOLEH PANGGIL OTOMEN TU IHSAN DARI ZACK

Camnilah turntable saya tapi warna putih.. ihsan gambar di sini




4 comments:

  1. as-salam.
    akak, mesti sedap ni kan .filling kiwi tu

    ReplyDelete
  2. untuk anak2 ...saya pun nak beli jugalah cake stand tu..suami asyik membebel je suruh beli..

    ReplyDelete
  3. Simple jer resipinya yer. Sedapnya.

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Mayang
    tergelak sorang lucu baca turntable cake buat putar adik....hi...mcm2 idea budak2 kan. brg2 baking mamasya mmg sorok dr anak2....sbb takut rosak hilang...tak da ganti kalau kat Egypt ni.

    ReplyDelete