KACHINGG $$$$

Wednesday, 26 June 2013

MENUJU AMBANG MEMPELAI

UNTUK INFO KAWAN-KAWAN DI LUAR SANA .. DAN BERKECIMPUNG DALAM BIDANG KERJA KAHWIN DAN SEWAKTU DENGANNYA, BOLEHLAH SERTAI KARNIVAL ANJURAN MARA INI, HARGA BOOTH DARI RM1000 (TINGKAT BAWAH MEDAN MARA) DAN RM500 (TINGKAT 1 DAN 2 MEDAN MARA).... UNTUK PENDAFTARAN BOLEH LE CONTACT NO 0192308714 (EN HARUN) DAN JUGA JIKA PERLUKAN MAKLUMAT LANJUT... BOLEH JUGA LAYARI FB INI https://www.facebook.com/pages/Menuju-Ambang-Mempelai/252682274869663




Monday, 24 June 2013

MENCABAR BETUL BUAT KEK NO. 5

Hari-hari saya sangat sibuk sekarang, mintak maaf le kawan-kawan saya tak sempat lagi nak singgah umah kengkawan lagi, insyaallah selepas selesai semuanya, saya akan menjengah... Bz dengan hal pejabat, tutup akaun (biasa la bos saya ni dah dekat2 baru le nak sibuk disamping mendapat tempahan katering untuk ASNAF di pusat zakat selangor, tiap2 wiken ni. Banyak jadual dah lari, mana nak gi kelas baking pun byk tertangguh, dan byk lagi aktiviti terpaksa saya tangguhkan dulu.

Last week dapat ode dari sepupu nak kek no 5 bagi celebrate birthday anak beliau. Nak tolak kesian lak, mengenangkan anak dia yang comel tu saya buatkan.. Suka saya tengok kalau bebudak ni happy . Budak-budak sekarang pun pandai demand tau. Untuk besday kek ni, anak sepupu tu nak kek coklat dan biskut oreo di letakkan di atas kek tu 5 biji aje tau , tak leh lebih .. katanya (kalau lebih tak mo, katanyer)... kemudian nama tu tak nak mikail (padahal mmg nama panggilan kat umah camgitu) tapi kali ni bubuh nama aryan aje (nama penuh Mikhail Aryan), nak gambo boboboi seluruh kek.. (tengok bebudak sekarang.. demand kannn.., tapi tak pe sayang acik buatkan aje apa kehendak besday boy)

 Di kata mencabar tu sebab saya tak de acuan loyang no. 5, tapi selepas surf internet saya pun dapat idea macamana nak buat kek itu. So ini lah gambar kek tersebut. Banyak kekurangannya, andainya saya masih lagi dalam proses belajar...
Jadi tak?
Psst: bee itu saya buat sendiri tau.. Comel tak? dah jahanam pun anak buah saya kejekan...

Thursday, 13 June 2013

KEK SPAN DAN FILLING KIWI.

Weekends, selalu adalah hari makan-makan dengan famili saya. Ada aje rancangan saya, pagi tu saya dah masak nasi lemak.. alhamdullilah abis anak2 saya makan.. tengahari hanya masak kari telur dan sayur sawi goreng serta ikan kembung rebus goreng.. kemudian bila dah petang tu lapar le balik.. adoila nak cari makanan ni.. so anak-anak request kek. Jadi saya buat aje kek yang paling simple ni cuma saya fillingkan dengan jem kiwi kebetulan saya nak perabiskan sebelum expired.. Resepi mudah saya ambil dari kursus kek di kolej komuniti selayang...

Bahan-bahan kek span
160gm gula halus
15gm ovalette
5 biji telur gred B
125 gm tepung gandum *
1 camca teh baking powder *
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75gm mentega/minyak


sedikit jem kiwi/blueberry/strawberry



Topping 
2 cwn whipping cream 
 
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas pemutar kecuali minyak.. kemudian pukul semua bahan sehingga gebu dan putih. matikan mixer dan masukkan minyak kemudian kaup balik sehingga sebati, jgn pukul lama-lama nanti kek bantat.
2. Lengserkan loyang dan masukkan adunan kedalam loyang  serta bakar pada suhu 160' untuk masa 45-30 minit bergantung pada oven. saya guna api atas dan bawah.
3. Apabila kek sudah masak terus keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai kek, jgn tunggu kek sejuk sebab kek akan mengecut dan mendap di dalam loyang.


Cara-cara Topping 
Putar whipping cream sehingga hilang kilat dan kental.

Cara susun kek

Potong kek pada 3 bahagian (ikut suka nak berapa pun) sapukan krim, letakan jem kiwi dan ratakan dengan sudu yg direndam dengan air panas (kemudian lap sudu tu). Ulangi sehingga kepingan kek habis. Selepas itu sapukan juga krim pada keseluruhan kek dan hiaslah ikut kreativiti sendiri ya.


Dalam proses buat kek ni.. jenuh saya cari turntable saya.. entah kemana letaknya. Anak-anak saya memang suka main turntable ni.. hari tu hampir rosak bila anak saya letakkan adik dia yang kecik dan di putarkan adik depa.. nasiblah tak jahanam.. Aritu tu Kon nail saya buat buttercream roses depa main, katanya alat isyarat panggil otomen.. ada ke patut. Nasib baik saya nampak, terus saya amik dan simpan, siap bagi warning kat depa lagi.
INI LE KON YG DI KATA KAN BOLEH PANGGIL OTOMEN TU IHSAN DARI ZACK

Camnilah turntable saya tapi warna putih.. ihsan gambar di sini




Wednesday, 12 June 2013

EGGLESS CHOCOLATE BROWNIES

Dah masak
 Tak rugi cuba brownies ni.. sedap dan yang penting tiada telur... so boleh lah saya melantak banyak-banyak.. stok koko powder masih ada lagi.. so arini adalah proses saya perabiskan stok.. nak buat kek sponge tapi telur tak de so.. saya try resepi ni.. mula-mula takut juga brownies jadi keras dan kesat dan susprisingly the outcome sangat sedap dan gebu.... Resepi lama dah saya ambil di myresepi, harap maaflah saya x catit penyumbang resepi pada masa tu.... (sori sangat2). Anak-anak pun arini berbunga2 pegi sekolah tengok mak dia bekalkan brownis kepada mereka.... Sayang anak umi... rajin-rajin belajar tau.. nanti rajin-rajin le umi masak...

Bahan-bahan

Bahan A
1 cwn tepung gandum
1/2 cawan koko powder
1/2 sudu teh baking soda
1 sdt tepung jagung
(semua bahan di atas di ayak)


Bahan B
1/4 cawan minyak masak/sayuran/jagung (saya guna minyak masak aje)
secubit garam
1 cawan susu cair
2 stb susu pekat
3/4 cwn gula castor
saya tambah 1sdh coklat emulco
Hiasan : Hirisan kacang Almond.
sebelum di bakar

Cara-caranya

1. Menggunakan whisk, gaul bahan B sehingga sebati (sehingga gula larut) dan kemudian masukkan ke semua bahan A
2. Kacau sehingga sebati
3. Lengser loyang dengan majerin dan lapikkan dengan baking paper
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan tabur hirisan almond serta masak pada suhu 160' dlm 45 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven dan loyang yer... kalau nipis adunan kita cepatlah masak.. kalau tebal adunan kita lambat le masaknya....)
sedap dan gebu, tak kering dan kesat serta keras... 

Friday, 7 June 2013

SEKURANG-KURANGNYA KITA MASIH BOLEH BERUSAHA...

ambil dari blog mak cik kantin

Saya tahu blog saya ni tidak ramai para pembacanyer tetapi saya ingin pengambil kesempatan ini untuk memohon bantuan kepada para pembaca, supaya dapat menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit, peluang perniagaan atau setidak-tidak dapat menwar warkan kepada pihak berwajib yang dapat membantu.

Apabila saya baca post hari ini dari kakcik seroja , menangis saya, pilu hati saya melihat penderitaan insan ini.... sesungguhnya ada yang lebih susah dari kita.. sekurang-kurangnya kita masih mempunyai kudrat untuk menyara kehidupan kita.. Sesungguhnya kita berusaha insyallah akan membuahkan hasil.. tetapi ada insan lain yang memerlukan wang tetapi tidak berdaya untuk melakukan apa-apa walaupun ada usaha. Saya sebagai ibu amat sedih bila mengenangkan anak-anak beliau.. marilah kita membantu Haryanie, semoga bantuan kita dapat memanfaatkan diri beliau sekeluarga...

Salurkan bantuan anda ....


164034266923 Haryani Binti Mat Hussin (Maybank)

553104559018 Haryani Binti Mat Hussin.(Maybank)

Tuesday, 4 June 2013

MENU CUTI SEKOLAH...

Sedihnya anak-anak cuti di rumah tapi Umi terpaksa bekerja.. apa nak buat nak oiiii.. umi cari rezeki yang halal... Kalau cuti sekolah ni memang saya kena prepare makanan untuk anak-anak di rumah yang masih bercuti.. rasanya kalau anak-anak sekolah tak sesibuk kalau mereka bercuti. Hari-hari pening kepala saya memikirkan makanan untuk mereka.. semalam saya hanya sempat sediakan kek coklat (request anak-anak dari malam lagi) jadilah untuk sarapan mereka esok dan saya buatkan mee goreng kemudian saya masukkan kedalam periuk nasi elektrik dan biarkan "keep warm". Hari ini saya hanya sediakan koko krunch dan burger bersalad, seorang 2 biji. Anak-anak saya ni mmg susah nak makan nasi tapi kalau makan macam ni memang tak cukup le..... kalau saya buat nasi goreng ke atau lauk pauk.. memang la tak berusik.... Esok punya menu dah planing dalam kepala.. nak buat pizza.. 2 biji (untuk sarapan) dan mungkin nasi putih dan ayam masak kicap aje...(saya selalu selingkan sayuran dalam makanan anak saya, kalau masak kicap ni .. saya akan letak carrot dan bunga kobis serta daun bawang.. macamni lah saja cara saya nak beri anak saya makan sayuran sebab hakikatnya memang sukar mereka nak makan... tak pe la at least anak-anak dapat khasiat dari air sayuran yang mengalir dalam masakan...).. maaflah menu pagi tadi tak sempat nak snap gambar sebab dah kalut nak pegi keje.... So adakah kawan2 macam saya pening juga memikirkan menu makanan untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ini... . 

ihsan gambar dari google sahaja

ihsan gambar dari googgle sahaja

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI