Thursday 2 May 2013

KEK COKELAT DENGAN FROSTING CHEESE...

Memang sedap kombinasi kek coklat dan cheese..  kalau tak percaya boleh cuba, hajat di hati nak buat russian black and white.. tapi malas le plak nak men'swirl'kan coklat dan cheeese tu, so saya tepek2 aje. Eventhough, begitu sedap jugak tau... siap buat untuk kawan ofis untuk besday sahabat karib beliau..


Kek Coklat

Bahan A
250gm gula kastor
1/2 cawan susu pekat
400grm susu cair
3/4 cawan minyak masak
sedikit instant nescafe (x perlu pun x pe)

Bahan B
150gm Tepung Gandum (lebih baik soft flour)
100gm Koko powder
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikabornat
2 biji telor (dikocok sehingga berbuih, kalau x nak letak pun tak pe, sedap jugak)

Cara-cara
1. Masak bahan A sehingga larut dan mendidih, kacau sentiasa dengan whisker ya, matikan api dan sejukkan
2. Ayak Bahan B
3. Masukkan Bahan B kedalam Bahan A. Pastikan Bahan A betul-betul sejuk saya ulangi betul-betul sejuk kalau tidak kek tak naik dimulakan dengan sedikit bahan B dan diselang selikan dengan telur (kalau x letak telur x yah le ikut step  ni) bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung.
4. Bakar pada suhu 170' selama 45-30 minit sehingga kek masak.
5. Dah masak, cepat2 keluarkan dari loyang masa tengah panas2 bungkus dengan baking paper dan simpan dalam peti ais (menjadikan kek lebih moist)

Frosting Cheese
250gm Cream cheese
120gm butter
1cwn gula aising
2sdt jus lemon 
sedikit esen lemon (x perlu pun tak pe)

Cara-caranya
Putar cream cheese dan butter hingga creamy sahaja, masukkan gula, jus lemon dan esen lemon

Ganache
150gm Whipping cream
500gm coklat compound
2sdb butter
Caranya
Double boil semua bahan di atas sehingga cair


Cara assemble cake
Masukkan dalam piping bag dan simpan frosting dan ganache dalam peti ais sekejap, simpan sedikit frosting untuk touch up kek dan sedikit ganache untuk siram atas kek.
Kalau rajin buat russian black and white tu, boleh le selang selikan ganache dan frosting kalau agak2 malas tu lepa aje frosting atas kepingan kek dan kemudian letakkan ganache dan letak lapisan kek lain dan ulangi sehingga habis kepingan kek.


2 comments:

  1. sedap mmg sedap asal coklt asal cheese

    ReplyDelete
  2. tq share resepi ye mayang, mesti sedap ni

    ReplyDelete