KACHINGG $$$$

Sunday, 5 May 2013

HOKAIDO CUPCAKE

TERINGIN SANGAT MAKAN CUPCAKE NI, ORANG KATA KALAU KAT BAKERI MAHAL.. TAPI RASA DIA MEMANG SEDAP, DENGAN RASA CREAMY KASTAD DIA. AMAT SESUAI DI MAKAN BERSAMA AIR TEH.. HEHEHEH (PSST: BISKUT PUN SEDAP KALAU CICAH NGAN AIR TEH)..


HOKAIDO CUPCAKE

sumber : myresepi

Bahan-bahan

Meringue

5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar(boleh ganti dengan sedikit garam halus)
80gm gula kastor


Cara Merringue...

Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh) 

5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan beking powder diayak bersama)

Cara2nya

Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang. kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau. Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik. Panaskan oven terlebih dahulu. Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)

Kastad

2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara-cara 
Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.
Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam pipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.

Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung

Cara-caranya

Campurkan dan ayak. Dah siap tepung kek kita..tapi ini untuk secawan tepung kek..resepi di atas 60gm aje..jangan masukkan kesemuanya...

5 comments :

  1. Akak suka kek ni mayang. Suka beli kat pistachio bakery tu. musim membaking dah kemarau.

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI