Thursday 9 May 2013

ASHRAFF MUSLIM NAK KAHWIN LAGI

 
ASHRAFF DAN DAYANA DI SAAT BAHAGIA
Terkejut semalam berita kat Harian Metro, ASHRAFF MUSLIM NAK KAHWIN LAGI" aihhh baru sangat rasanya gembar gembur tentang perkahwinan beliau dengan PN NOR DAYANA, ni dah nak bermadu plak. Khabar angin mengatakan Ashraf Muslim telah ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dua, dan Noor Dayana Lokman telah memberikan keizinan. (wahh tabahnya isteri)

Tindakan ini, kononnya disebabkan ketiadaan zuriat setelah hampir tiga tahun Ashraf dan Dayana berkahwin. (hamboi sesedap rasa aje ekk.. usaha .. dan usaha lagi insyallah ada rezeki kalau Allah tengok usaha kita, bkn alasan nak kahwin dua, kena kaji balik diri keperluan atau nafsu)....

Dia dan isteri ada berikhtiar untuk mendapatkan cahayamata menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional namun belum dikurniakan rezeki. (senang sangat mengalah ada pasangan yang tunggu lebih dari 10thn pun alhamdullilah Allah kurniakan zuriat jika betul kita tiada masalah dari segi kesihatan)

Semalam, surat  khabar Harian Metro iaitu pada Rabu 8 Mei 2013 melaporkan wanita yang dikatakan calon isteri kedua Ashraf Muslim yang bernama Sakinah telah tampil untuk meluahkan rasa sedihnya bila permohonan poligami pelakon tersebut diketahui umum, sekaligus menimbulkan kekecohan di Internet

Wanita yang ingin dikenali sebagai Sakinah itu memaklumkan Ashraf ada menasihatinya untuk bersabar serta menjamin akan bertanggungjawab ke atas perkara ini

Perkenalannya Sakinah dengan Ashraf Muslim sudah bermula sebelum dia mendirikan rumahtangga lagi. Malah sudahpun berjumpa isteri Ashraf, Noor Dayana Lokman, Sakinah memberitahu Dayana sebaiknya ingin elak daripada dimadukan. Tetapi andai kata ia berlaku juga, dia redha

Kini, keputusan terletak di tangan Ashraf. Sakinah pula berkongsi sudah melakukan solat Istiqarah dan telah pun diberikan petunjuk oleh Allah - sumber dari HARIAN METRO bertarikh 8hb Mei, 2013

**** sedap aje Sakinah ni, ingat mudah ke seorang isteri nak memberikan keizinan, di mulut kata ya, tapi di hati siapa yang tahu.... kalau benar berita ini berharap semoga Dayana terus tabah..

Firman allah dalam surah AnNisa' ayat 3 yang bermaksud:
" Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap(hak-hak) perempuan yang yatim bilamana kamu mengahwininya, maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi ; dua; tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."


MINTAK TOLONG KLIK LINK2 BAWAH NI...

HARON AZIZ & LISA SURIRUMAH       BELAKBERI   BEG CANTIK2   SAMSENG  KO

MINYAK WANGI


7 comments:

  1. ashraff sndri tak cakap apa...knp si sakinah ni pulak nak buat press conference bagai.....

    ReplyDelete
  2. lelaki..setuju2 pun parah juga hati dia..kan..
    baru 2/3 thn kawin..ada org tu berpuluh thn...tunggu akhir dpt juga zuriat..

    apa2 jelah..pandailah dia jaga tepi kain dia..ken

    ReplyDelete
  3. kita tunggu je la ye kesudahannya... nak kata lebih2 pun hanya diaorg je yg tau citer sbnrnya...

    ReplyDelete
  4. tak sangka betul

    ReplyDelete
  5. kahwin tu x salah, tetapi kepada ashraf dengan meletakkan zuriat sebagai alasan di usia perkahwinan yang masih muda perlu dinilai betul2..mana tahu anda yang bermasalah?

    ReplyDelete
  6. ada hikmah di sebalik yang berlaku. Pasel anak. Nasib takde anak. Kesian.

    ReplyDelete