KACHINGG $$$$

Wednesday, 27 February 2013

Layan Angry Bird yang tak Berapa Nak angry


Buat kek ni khas untuk anak best friend saya yang kini berumur 6 tahun.... Resepi Kek sponge gi kursus aritu.. nanti ada masa saya masukkan resepi... Sori Rohana Sulaiman.. sebab angry bird tu x berapa nak angry le .. kwang.. kwang.. kwang...

Tuesday, 26 February 2013

Vanilla Cake with Blue Berry Filling

Ada kawan india adik saya yang ingin order kek, vegan (vegetarian) orangnya, request kek yang x de telur... so saya prepare kek ni, dan alhamdullilah x de le keras kedekung... ye le tak penah saya wat kek yg takde telur (kecuali Chocolate Cake).. saya ni memang pengemar telur tegar... suka sebab telur akan buatkan kek kita fluffykan.... Tapi this time the outcome quite ok and taste good.. amik resepi dari sini




Bahan-bahan
300 gm all purpose flour
150-180 grm granulate sugar (I used only 160gm)
200ml thick yogurt
50 ml blueberry filling
125ml oil
1 ts essence vanilla
1 ts 1/4 baking powder
1/2 ts baking soda

Frosting
500ml non dairy ready for topping whipping Cream (beat until hard peak)

Method
1. Beat Yogurt until smooth
2. Add sugar and beat until dissolved
3. add Baking powder and baking soda fold together and set aside for 5 minute until frothy
4. add Vanilla, Blueberry filling and oil and beat until combined
5. Add slowly flour and fold together into the batter slowly and use your mixer and beat until there's no lump.
6. Bake at 170'C for 20-25 minutes


Jiran Sebelah Wedding Preparation for her Niece..

Sekadar membantu jiran sebelah yang agak sibuk dengan urusan perkahwinan anak buahnya.. saya sekadar membantu sahaja.. Sejak-sejak akhir ini tangan ni gatal aje nak memprektis deko2 kek...bukan ape saya ni cepat lupa.. jom tengok2 gambor dan kasi komen sket.. (heheh sesapa yg perlukan bantuan saya pun boleh aje.. tp kena tarikh dan waktu yg sesuai ekk.. saya bawa badan aje... kelengkapan suma tuan rumah kena siapkan... hehehe.. takde le gurau aje ekk...)







Monday, 25 February 2013

LIVERPOOL THEME

Oder dari kawan adik.. nak theme Liverpool.. Kek Chocolate Moist...  Malas masih lagi mengkabutkan jiwa saya .. so layan aje le gambo..

miniture bola tu saya wat sendiri.. dah macam 1001 dalmation lak... jadilah .. asal ghupa bola ekk...

MALASSS...

Dah sampai tahap gaban dah ni... kemalasannya.. sejak akhir2 ini sangat malas nak menghapdet blog.. lagi2 masalah peralatan dan masa yang amat mencemburui.. (maklumla laptop hilang.. nak beli baru kena tunggu bonus lak....) kengkawan tolong kasi sikit semangat anda semua kepada saya sket ekkkk... hahahha kalau leh gitu dah lama saya wat tau...

Hahaha.. gambar ihsan dari gugel tapi amat sesuai dengan saya yg berspek....

ala tomei.. tomeii..


Friday, 15 February 2013

Susah nak Komen

Fuhhh... minggu yang agak sengal.. Belum sempat lagi melawat kengkawan blog.. insyallah wiken ni misi akan bermula semula...Saya dapati ramai yg berkunjung ke blog saya infom pada saya susah nak komen blog saya.. ok saya dah repair.. Ok atau tidak tolong inform saya yek.. TQ dan jasa mu di kenang...



Friday, 8 February 2013

Segmen Menang RM 200 by Putry Mirah

klik banner di atas ekk


Nak menang RM 200 ? Jomlah join Segmen ni.
Tarikh tamat akhir Bulan Februari 2013 .
"WOW RM 200 tu.Apa tunggu lagi ? Jomlah rebut"

Tujuan masuk segment ni, di samping saya dapat berkenalan dengan kenalan baru dapat juga saya duit,.. haha boleh gitu.... meh le join yer kengkawan..

Thursday, 7 February 2013

BR1M 2.0


Adakah anda berkelayakan untuk mendapat bantuan BR1M, kalau anda layak anda boleh juga daftar secara online ataupun jika anda pernah mendapat bantuan BR1M tahun lepas bolehlah mengemaskini maklumat anda di sini ..Di website tersebut juga anda boleh memuat turun borang BR1M.

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013.

GOOD LUCK AND FAREWELL...

Akak Kawasan dah berenti.... hahaha salah sorang sahabat saya berhenti.. saya doakan semoga berjaya di tempat yang baru... sempena perpisahan itu saya telah sediakan Chocolate Mouse Cake.. saya memang suka kek ni dan tak sangka dia pun suka gak... SELAMAT BERJAYA DIKKK...



 Resepi penah saya tempekkan kat sini dan sini..

Sumber : My Resepi
Dari : Yani..

Bahan-bahan ( 18cm )
  • Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Chocolate Mousse
  • 140g coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream
  • 40g gula halus

Cara-cara

  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

Kami gelarkan beliau kakak kawasan kerana sikapnya yang Sempoi dan brutal, tokang kotip wang apabila ada occasion yang ingin kami lakukan., menjadi kegerunan kengkawan di ofis... hahahah...(kalau dayah baca.. mampus aku ni...) ... Selamat tinggal kawanku Hidayah..... dan selamat mencari kawasan jajahan baru...

Wednesday, 6 February 2013

Ohhh ape sudah jadi....

Ohhhhh anak-anak ku apa yang kamu sudah lakukan........ saya tengah trained anak-anak saya yang berumur 10 thn dan 8 thn untuk tinggal di rumah selepas balik sekolah, so x de le pegi transit lagi. Jimat sket duit.. lagi pun mereka dah besar dan patut belajar bertanggungjawab. Makanan semua telah saya siapkan di awal pagi... Bila balik dari Ofis, ini yang jadi .... ADOILA...


Banyak lagi gambar.. malas saya nak menguploadkan... adoila kekanak kenapa nghupa gitu kamoo semua.. gambar kat atas suma kat ruang tamu.. hamboi makan depan tv, pinggan tak reti basuh yer, ingat ada orang gaji nak basuhkan ke?.. kat atas sofa pun korang makan ekkk.. abis sopa umi tu... surat khabar abis korang koyak2kan ekk, entah apa yang salahnya surat Kabor tu dan nak wat ape? baju sekolah x bubuh atas penyangkut ekk, .... ooooohhhhhh...Grrrrrrrrrrrrrr........... INI MEMANG BOLEH MENDATANGKAN MARAHHHHHHH........



Meroti ....

Hasil roti2 dari resepi kelas aritu.. tapi saya x guna le Bread Maker tu ekk saya guna hand maker aje ... alhamdullilah hasilnya menjadi jugak.. Saya buat roti kacang merah, mini pizza dan sosej gulung.. ini aje gambar yg sempat saya snap.. yg lain abis dah anak saya makan..

bun kacang merah

tekstur dalam dia.. memang lembut..

sosej roll kontot... belah 2 .. anak ramai kena pepandai adjust... hahahahaha, mini pizza & yang cam pusing duit2 tu  x sempat snap...

Asas Roti Manis

Bahan-bahan

350 grm tepung roti32 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar marjerin
180ml air suam
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil bread improver

1 sudu kecil bread softener

Masukkan semua bahan kecuali yis dan sedikit air suam dan sedikit gula,saya buat penapaian  dulu.. campurkan sedikit air suam + gula + yis, biar sebentar apabila telah berbuih saya masukkan dalam adunan roti tadi. Simpan doh (dengan menutup dengan kain basah) dalam 1/2 jam atau sehingga naik sekali ganda, tenyeh2 doh bg membuangkan angin.. Bentuk bulat2 dahulu, saya hanya kepitkan doh di dalam penumbuk saya kemudian otomatik akan menghasilkan doh bulat yg sama besar, cara susah timbang le satu2 ikut berat yang sama yek... biarkan sebentar doh dalam 1/2 jam kemudian barulah di bentuk roti.. nak letak inti ke, nak buat spiral ke, nak buat mini pizza ke.. malah boleh juga untuk base pizza.

Bahan inti
Kacang Merah (beli di kedai Bakeri)
Sosej 
Mix veg
mayonis dan sos

Perbagaikan roti anda..


Monday, 4 February 2013

KELAS STEAM BUTTERCREAM

BOLEH KE SAYA AMIK ODE KEK KAHWIN ???????




AL FATIHAH

Masih ingat tak lagi post saya tentang En Ezmi Md Jan yang sakit terlantar di sebabkan Kanser Hidung, telah meninggal dunia pada hari sabtu minggu lepas.. semoga rohnya di rahmati oleh Allah...

BATANG KALI: Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.

Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.

"Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.

"Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu," kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.

Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.

Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.

"Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.

"Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia," katanya.

Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.

Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional.

Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ.
- Sinar Harian

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI