Tuesday 22 January 2013

Cik Ta dengan Zain

Uishh .. bio betul pagi tadi saya dengar radio, Zain Saidin akan berkahwin dengan Rozita Che Wan pada tahun ni.... kalau betul saya ucapkan tahniah .... semoga berkekalan hingga akhir hayat.. tak de la nanti orang dok kaitkan lagi Cik Ta dengan anak2 ikan ( entah betul ke idak terms ni). Semalam pun ada berita tentang 2 merpati sejoli ni... Katanya Zain nak simpan duit dulu untuk perbelanjaan perkahwinan... Jangan berjoli2 dik oii.. bijaklah menguruskan kewangan, nanti dah kahwin tanggungjawab besar menunggu.... di bawah ni petikan dari harian metro semalam..

sumber : Harian metro

KAMI AKAN BERKAHWIN TAHUN INI - Zain Saidin



“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” itu komen Zain Saidin apabila diminta mengulas tentang status hubungannya dengan Rozita Che wan. Komen lanjut daripada Zain ini sememangnya ditunggu-tunggu selepas dia meluahkan perasaan terhadap Rozita melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Tambah Zain lagi, dia dan Rozita sudah pun berbincang tentang perkahwinan mereka dan Rozita menyerahkan keputusan di tangannya.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” ujar Zain tegas.
Dalam masa yang sama, Zain turut mempertahankan tindakannya meluahkan kata-kata cinta terhadap Rozita Che wan di akaun Instagram. Biarpun ada yang menganggap tindakannya itu bagaikan mencari publisiti murahan, tetapi Zain punya pendapat sendiri.
“Tak kisahlah orang hendak kata apa pun. Saya buat begitu kerana saya tidak mahu lagi orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Kalau saya tidak berterus-terang pun, orang masih akan bercakap. Jadi, lebih baik saya akui perkara itu. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh menangkan hati semua orang,” tambah Zain lagi.
Memandangkan Rozita merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki, Zain turut ditanya tentang hubungannya dengan anak-anak Rozita. Adakah hubungannya mendapat tentangan mereka atau sebaliknya?
“Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka,” ujar Zain.
Dalam perkembangan lain, Zain akan bertolak ke Amsterdam pada 24 Februari hadapan bagi menjalani penggambaran sebuah telemovie. Zain akan bergandingan dengan Rita Rudaini sebagai pasangan suami isteri. Ironinya, Zain memegang watak Maliq, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan seorang janda beranak dua.
“Ketika mendapat tawaran lakonan ini saya rasa hendak tergelak sebab menyedari watak ini ada kena-mengena dengan saya. Tapi, saya tidak kisah pun. Saya buat atas dasar kerja,” ujar Zain yang bakal muncul dalam siri Oh My English! musim terbaru.
Sebelum itu ada artikel dari sumber yang sama iaitu Harian Metro di mana Zain Saidin meluahkan perasaan cinta dan kasih sayangnya pada Cik Ta (23/12/2012)
Luahan cinta, kasih dan sayang melalui istagram yg kontroversi
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin menyifatkan luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram pada Jumaat lalu adalah bersifat peribadi dan enggan mengulas panjang mengenai perkara itu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, paparan wajah Rozita berserta mesej berunsur cinta yang dimuatkan itu bukannya kerana ingin mencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukan kepada wanita itu sahaja.
“Ia bukanlah bertujuan ingin menunjukkan kepada sesiapa pun, sebaliknya foto dan mesej yang dimuatkan itu berunsur peribadi dan ia adalah mesej dari saya untuk dia (Rozita).
Baru-baru ini, Zain telah memuatkan foto Rozita dengan selitan mesej romantis Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. menerusi Instagram .
Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yang hampir serupa dengan Zain.
Beritahu Zain lagi, apa yang dilihat menerusi laman sosial itu juga telah menjelaskan semuanya mengenai erti hubungan yang dijalinkan antara dia dengan Rozita.
Sebelum ini, Zain berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktres Rozita atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.
Malah adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu turut mengakui hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.


Cik Ta bersama anak-anak


6 comments:

  1. amboi! gambar istagram tu... tak de batas langsung

    ReplyDelete
  2. menangis ler bapak bapak ikan bila dengar berita ni...hehe

    ReplyDelete
  3. anak ikan cik Ta bakal akhirnya nk jadik suami dia
    moga berbahgia la kan
    :)

    ReplyDelete
  4. semoga apa yg dirancang, berjalan dgn lancarnya

    ReplyDelete