KACHINGG $$$$

Wednesday, 12 December 2012

Jom buat bunga dari kertas Crepe

Whoaaa, ni bukan durian Crepe ekk.. yang tengah femes sekarang .. tapi saya nak tunjuk kat kengkawan passion baru saya iaitu membuat bunga dari kertas crepe.. cantik oo.. ada yg orang wat guna kertas tisu.. tapi saya rasa saya tak sesabar mereka.. mau terkoyak kertas tisu tu nanti saya kerja kan.. Ok try tengok tutorial saya ni.. Agak-agak faham tak? kalau tak faham, gugel le kat blog2 yang lain ekk..
Barang yang di perlukan: 1. Gunting 2. Kertas Crepe 3. Pisau 4. Dawai Halus

Bahagi 2 Kertas Crepe kemudian potong 

Kemudian dari 2 Bahagian amik 1 bahagian dan bahagi kepada 4 Bahagian
Dah ada 4 Bahagian

Kemudian buat kipas
setelah terbentuk kipas, ikat dengan dawai di bahagian tengah
Potong membulat di bahagian hujung kertas
kembangkan .. dan akan jadi begini...
Kemudian tarik keatas kelopak, seperti gambar di atas
naikkan semua kelopak sehingga habis
Ok .. dah siap
pandangan dari atas .. 

Hasil bunga-bunga yang dah siap... CANTIKK KANNNN..













MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI