Wednesday 19 December 2012

Total Blackout of Earth on Dec 23 to Dec 25

Saya ada terbaca dalam satu artikel yang mengatakan Bumi akan blackout selama 3 hari iaitu 23hb, 24hb dan 25hb Disember, dan ada pula mengatakan bahawa ini merupakan hari kiamat. Mungkin ini adalah sesuatu yang agak mengejutkan kita semua bila mendengar berita sebegini. Adakah ini merupakan satu tanda kiamat semakin hampir? hmmm conclusion saya, setelah saya kaji dari web yang boleh dipercayai inilah rumusanya... Sebenarnya itu adalah khabar angin sahaja tapi apa yang dimaksudkan adalah bumi akan mengalami penyajaran alam semesta, Matahari dan Bumi dalam Satu Garis Lurus. Sila semak untuk mendapat penjelasan dari Angkasa dan Nasa berkenaan hal ni. Bukan saya tidak percaya pada hari kiamat, walaubagaimanapun sebagai orang islam sememangnya kita wajar mempercayai hari kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T , cuma kita tidak tahu bila dan ketika berlakunya kejadian itu dan hanya Allah yang Maha mengetahui, tapi yang penting pada kita adalah perlunya kita terus beriman dan beramal seperti yang dikehendaki oleh-Nya.
Sebenarnya Bumi akan berkedudukan begini sebenarnya.. Itu yang di maksudkan dengan "Blackout"
Petikan dari web angkasa :

Andaian orang ramai adalah seperti berikut:
  • "Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta."Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat Galaksi maka Bumi akan bergelap.

  • Semua andaian di atas adalah tidak benar kerana:
  • "Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrillion batu), jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
  • "Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita kea rah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi. 
    Dan penjelasan dari NASA pula:
     Q: Is NASA predicting a "total blackout" of Earth on Dec. 23 to Dec. 25?
     A: Absolutely not. Neither NASA nor any other scientific organization is predicting such a blackout. The false reports on this issue claim that some sort of "alignment of the Universe" will cause a blackout. There is no such alignment (see next question). Some versions of this rumor cite an emergency preparedness message from NASA Administrator Charles Bolden. This is simply a message encouraging people to be prepared for emergencies, recorded as part of a wider government preparedness campaign. It never mentions a blackout.

Gambar-gambar di bawah berlaku pada awal tahun 2012 apabila berlakunya ribut matahari..
 
Giant solar flare captured in UV light by NASA’s Solar Dynamic Observatory satellite on January 23. Credit: NASA

This image taken by SDO’s AIA instrument at 171 Angstrom shows the current conditions of the quiet corona and upper transition region of the Sun. (kejadian pada 25/1/2012 lalu)

GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan
pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari. sumber Kosmo


kasi klik sekali kengkawan..
      

Tuesday 18 December 2012

Cik Lyeen's Giveaway

Tengkiu Ibu lala sebab tag saya, baru kesempatan nak join..... Jom kengkawan sesama kita meramaikan... maklumat lanjut sila klik banner ekk..



Tarikh tamat : 20hb Disember 2012
Tag : kak mimi

Wednesday 12 December 2012

Jom buat bunga dari kertas Crepe

Whoaaa, ni bukan durian Crepe ekk.. yang tengah femes sekarang .. tapi saya nak tunjuk kat kengkawan passion baru saya iaitu membuat bunga dari kertas crepe.. cantik oo.. ada yg orang wat guna kertas tisu.. tapi saya rasa saya tak sesabar mereka.. mau terkoyak kertas tisu tu nanti saya kerja kan.. Ok try tengok tutorial saya ni.. Agak-agak faham tak? kalau tak faham, gugel le kat blog2 yang lain ekk..
Barang yang di perlukan: 1. Gunting 2. Kertas Crepe 3. Pisau 4. Dawai Halus

Bahagi 2 Kertas Crepe kemudian potong 

Kemudian dari 2 Bahagian amik 1 bahagian dan bahagi kepada 4 Bahagian
Dah ada 4 Bahagian

Kemudian buat kipas
setelah terbentuk kipas, ikat dengan dawai di bahagian tengah
Potong membulat di bahagian hujung kertas
kembangkan .. dan akan jadi begini...
Kemudian tarik keatas kelopak, seperti gambar di atas
naikkan semua kelopak sehingga habis
Ok .. dah siap
pandangan dari atas .. 

Hasil bunga-bunga yang dah siap... CANTIKK KANNNN..













Tuesday 11 December 2012

SEGMENT BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH


Segmen, Bloglist, Pokok Manggis Depan Rumah, pokok, pokok2u, 

DATELINE : 15 DEC 2012
TAG : M DAN SU  

Rainbow Cake

Tiada le rainbow sangat kek ni.. sebab tukang masaknya malas nak menrainbowkan kek tu.. setakat 4 warna sahaja, tapi kek ni memang sedap, saya ambil resepi dari Qaseh Honey, sesiapa nak cari resepi kek yang best, boleh la singgah ke blog beliau, gerenti puas ati... saya copy & paste aje resepinyer ye.. kak QH mintak izin ekk...
Bunga-bunga tu abis penyek2 anak2 saya kerjakan


Rainbow Cake
Sumber : Qaseh Honey



Bahan2

430gm tepung gandum all purpose – QH guna tepung kek, saya guna tepung gandum juga
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam

pewarna

serbuk koko secukupnya (K1 tambah) – QH xletak, saya pun x letak cuma letak buah peach dalam tin utk every layer ..


400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek) – QH xguna (saya agak malas .. dan saya guna cara ni, QH gunakan buttercream, kalau nak resepi pergi ke blognya yer)

Loyang 8" di alas dan di gris



Cara-cara :

1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.

3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan. (saya bahagikan adunan kepada 4 bahagian sahaja, sekali bakar dan loyang yg sama saiz kebetulan ada 4 biji)
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.

6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis. (Part ni saya letak buah peach dalam tin)
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.

tak berapa nak rainbow sangat..

Damia is 2

Sebelum itu nak ucapkan epi belated besday untuk Ibu Lala, semoga berjaya dalam apa jua perkara yang di hajati baik di dunia atau akhirat... Damia adalah anak sedara saya yang telah menyambut besday pada 29/11/2012 aritu. Seronok anak dara sorang tu. Saya hanya sediakan kek barbie untuk dia. Budak tecit ni pandang tak de perasaan aje.. cuma perasaan nak terkam kek tu aje, ye le kan kecik lagi.. tak faham lagi. Esok dah besar mau dia request kek 5 tingkat.. baru mak dia tau.. Kek yang saya sediakan hanya kek coklat(eggless), bukan ape, boleh le kaum mak2 makan banyak sikit tanpa ragu-ragu kan.. hahaha.. yang makan banyak pun kami bukan bebudak pun .. hehe kaum ibu2 yang lebih2 pada besday party Damia aritu..

kembang sangat sket dia...

Friday 7 December 2012

Wordless Friday... Jom Layan gambar 3 dara pinggitan

Wisya (baju kurung merah tu,anak adik bongsu) Bella (baju kurung bunga merah kecik2 tu anak saya) dan Damia (yang pakai skirt tu anak adik ke 4 saya) mereka suma lahir sama tahun. 

Entah apa yang diborakkan...

Damia anak susuan saya (lahir pada usia 5 bln dalam kandungan ibunya, alhamdullilah sihat walafiat.. malah lebih berisi dari dua org sepupunya)

Thursday 6 December 2012

SEGMEN : BLOGLIST DISEMBER 2012 OLEH SURIAQISTINA"



Jom Join segmen dari Suria Qistina. Sesiapa yang berminat sila klik di banner di atas ya.

TARIKH TUTUP : 12.12.12 (12.12 tgh malam)



Klik sekali kengkawan

campaign imagecampaign image

Monday 3 December 2012

Durian Crepe (versi 2)

Saya try lagi buat crepe doyan ni tapi menggunakan resepi kulit crepe yang lain. Pada pendapat saya le tiada beza bagi kedua-dua resepi kerana rasanya hampir sama sahaja.

Sumber dari : tateh 


A. Bahan-bahan untuk kulit Durian Crepe)
50 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
2 sudu besar gula halus
3 sdudu besar ‘butter’ (dicairkan)
160 ml air
40 ml susu cair
1 sudu kecil serbuk vanila
(boleh letak pewarna@ perisa buah-buahan yang anda suka)
P/S: Kalau tak nak letak pun, tak mengapa
B. Cara membuat kulit Durian Crepe:
1. Satukan tepung dan ayak gula halus.
2. Masukkan susu cair.
3. Masukkan telur yang dikacau sedikit.
4. Masukkan serbuk vanila atau perisa vanila
5. Masukkan air dan kacau sehingga sebati menggunakan whisk.
6. Masukkan ’butter’ yang dicairkan..
7. Tapis adunan, sedia untuk dimasak.
C. Cara memasak kulit Durian Crepe:
1. Gunakan kuali anti lekat (non stick pan) atau kuali leper yang disapu sedikit minyak
2. Tuang sesenduk kecil adunan dalam, kuali jangan terlalu tebal atau nipis sangat
3. Biarkan masak seketika.
4. Apabila sudah masak, terus angkat (tidak perlu diterbalikkan)
5. Maksudnya masak sebelah bahagian sahaja
D.Bahan-bahan untuk inti Durian Crepe:
Isi durian yang dibuang bijinya
150ml ‘fresh cream’ (dipukul)
E.Cara membuat inti Durian Crepe:
1. Letak kepingan kulit tadi, yang licin di sebelah bawah.
2. Letak sesudu ‘fresh cream’, letak isi durian dan letak ‘fresh cream’ lagi di atasnya.


KEK CHIFFON BLUEBERI

Kat rumah ada Jam Blueberi, so sebelum expired saya pun try le buat kek chifon ni .. mmg sedap, tapi tak tau mana silapnyer.. kek ni berpinggang plak .. so sesiapa pakar kek yang tahu sila inform saya yek. Tak puas ati kena buat lagi ni..Tolong ekk Iza.. kalau tau infom saya mana silapnya..

nampak cam nipis kan, sebabnye acuan saya beso 10' punya loyang

sumber dari iza akma SSK 

BAHAN A
4 kuning telur gred A
40 gram gula 
1/4 sdt garam
BAHAN B
80 ml minyak 
150 grm Blueberi filling
20 gm kirsch Liquer (saya gantikan dengan susu cair)
Pewarna ungu
BAHAN C
125 gram tepung gandum*
1camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
BAHAN D
5 putih telur
70 gram gula perang
1/2 camca jus lemon/ krim of tartar

CARA-CARA
Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Masukkan Bahan B dan kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan Bahan C dan whisk sebati.
Untuk Bahan D, putar putih telur hingga berbuih, masukkan jus lemon dan gula sedikit demi sedikit dan putar pada kelajuan tinggi hingga putih telur kental. 
Adunkan putih telur (bahan D) ke dalam adunan bahan A+B+C dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga rata. (Sesetengah petua kata, guna tangan pon boleh)
Warnakan sebahagian adunan dengan pewarna ungu.
Tuang dalam loyang, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 40 minit atau hingga masak. (guna api bawah + kipas)
Keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan