KACHINGG $$$$

Tuesday, 16 October 2012

Baby Bak Choi goreng dan tofu telur (cam kat kedai makan tu)

Entah le saya tak tau di panggil ape, tapi kalau kita gi kat kedai makan tu yang kuah dia likat2 semacam tu...

Bahan2
Baby bak Choi
1/2 sdb Tepung jagung/ Ubi (dibancuh dengan sedikit air)
Putih telur sebiji
Bawang putih dan Bawang kecik untuk menumis
Tofu telur yang telah di goreng
sedikit air

Cara
1. Tumis bawang segala... kalau suka perencah masukkan ikan bilis ke, isi ayam ke, udang ke.. (kosong pun tak pe)

2. Masukkan sayur.. tambah sedikit air .. masukkan Tofu telur .. kemudian masukkan bancuhan tepung tadi, bior reneh sekejap kemudian masukkan putih telur .. tunggu mendidih, tutup api dan hidangkan ..

  

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI