KACHINGG $$$$

Wednesday, 3 October 2012

Perasmian Sekolah Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah (Sekolah Anak Saya Lah tu...)


Saya ambil artikel ini dari salah sorang blogger, saya war war kan disini supaya sesiapa yg berminat untuk mendaftar anak mereka di sini, boleh le mendaftar yek, alhamdullilah sejak anak saya bersekolah di sini byk perubahan dari segi akhlak, akademik dan rohani anak2 saya .....
 Anak saya terlibat dengan acara2 yang di anjurkan sekolah, ada anak saya yang terlibat dalam lakonan dan ada gak yg masuk nasyid... hehe lama dah acara ni baru sekarang saya nak upload gambarnya....









Pendaftaran Pelajar Tahun 1-6 Mahad Tahfiz Sains Az-Zahrah

Gombak : Dalam melahirkan pemimpin Islam yang cemerlang seimbang akademik dan islamik ia bermula daripada ibubapa dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. 
 
Fenomena hari ini amat membimbangkan seluruh masyarakat umum dan pimpinan apabila  jenayah semakin meningkat di peringkat usia muda.


Kajian menunjukan  perkara ini berlaku  berpunca kegagalan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak mengenal Allah SWT , menerapkan nilai-nilai murni, pendidikan di rumah serta sekolah , kata Pengetua Sekolah Mahad Tahzif Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ), Nazratun Nafizah  Akhtar Husin kepada pemberita.


Menurut beliau, pelbagai tindakan telah diambil pihak berwajib dalam mengatasi masalah gejala sosial dikalangan pelajar  namun isu ini masih tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Justeru, pihak MTSFAZ mengambil inisatif untuk membantu pimpinan dan masyarakat menyelesai masalah ini dengan menubuhkan Sekolah Mahad Tahfiz Sains yang bukan sahaja fokus pada pendidikan islamik namun menitik berat dalam akademik juga.

Tambah Nazratun, saya percaya apabila pelajar dibentuk sejak dari kecil mengenal Allah SWT, Rasul mengamalkan Al-Quran, Al-sunah dalam kehidupannya serta menitik berat dalam bidang akademik insya-Allah sedikit sebanyak masalah ini selesai juga.

Ujarnya lagi,  selain itu Ibubapa juga harus memberi kerjasama dengan sekolah serta memberi perhatian terhadap anak-anak agar mereka tidak merasa kehilangan tempat mengadu kerana kesibukan ibubapa dalam kerjaya.
Ustz Zahazan dan Utz Mohamed Amin menyampaikan Forum Hal Rumahtangga.
Bagi pihak MTSFAZ, dalam membantu menyelesaikan masalah ini kita telah adakan Forum  Hal Ehwal Rumahtangga sempena perasmian MTSFAZ   Majlis Makan Malam Amal di Dewan Komuniti, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak.

Antara Penceramah yang diundang Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin. Ibubapa pelajar diberi peluang untuk mengemuka pelbagai soalan kepada penceramah, katanya.

Pemberita difahamkan oleh Pengetua MTSFAZ, pihak sekolah memerlukan dana pembangunan, dan kelengkapan alat membantu mengajar yang berteknologi multimedia dan efisien untuk memberi keselesaan kepada semua pelajar.

Menurut Nazratun,  MTSFAZ memerlukan dana sebanyak RM100,000. Sumbangan boleh di salurkan kepada  The sritifaz global. Akaun nombor  562405603814 maybank.

Pendafataran pelajar baru sesi 2013  tahun 1 telah dibuka. Masyarakat yang berminat untuk menghantar anak-anak ke MTSFAZ, boleh menghubungi talian 013-6893185, Che Sue, Ketua Pengurus Projek Pemasaran MTSFAZ.  
 

MOHON BANTUAN DAN MINTAK KAWAN2 SHARE ARTIKEL NI

SHARE DARI KAWAN BLOGGER SAYA, CIK AZLYZAH

Assalamualaikum wbt.
Mohon kawan2 blogger lain share artikel ne.Sama2 kita membantu meringankan beban beliau.Artikel ne saya jumpa dari Fb,Jadi sesiapa yang nak copy ataw share tak payah nak mintak izin.Sama2 kita membantu,Tak dapat bantu melalui wang,Kita kirimkan doa pun dah berbaloi.Semoga penyakit beliau dapat di sembuhkan dan semoga beliau sentiasa tabah dalam mengharungi ujian Allah swt.

1. Ezmi kini terlantar & dijaga oleh ibunya di Batang Kali, Selangor
2. Telah menjalani perubatan moden ditahap tertinggi, namun pihak hospital telah menemui jalan buntu apabila ianya tidak berkesan.
3. Ezmi kini tidak lagi meneruskan pengambilan ubat2an moden.

4. Ezmi mempunyai 2 org anak berumur 10 & 7 tahun yang setia menemaninya.
5. Ezmi ialah seorang bapa tunggal & anak sulong dlm keluarganya.

Bantulah dengan ikhlas, walaupun sekadar sepotong doa.
Share!!!
 

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI