Wednesday 26 September 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

klik kat sini
BErminat lak nak join segmen ni. Sesiapa yang berminat kamon kita join reramai dan klik kat linkk kat atas tu eekkk.. Tarikh akhir segmen ni pada 30/9/2012 pukul 11 malam. Follower saya tak ramai... cuma 115 orang aje...

Thursday 20 September 2012

Hand Phone hilang

BEh kurang camni le henpon saya.. beh kurang ape mmg sejibik camni ..

Handpone saya murah aje, tapi saya tetap sedih sebab hilang entah ke mana.. anak2 saya suka cilok wat main angry bird.. adoila.. Last2 umi dia yang angry......... oleh itu saya nak wat jampi serapah.... Oh my alcatel... please come to me darling... please, hehehe ye ye oo aje jampi serapahnyer ... jampi sampah ada le .. sebenarnye saya perlu kembali ke doa kehilangan barang semula..... Gambateeee.... (psst: sebenornyer kene wat operasi kemas mengemas, lipat melipat baru le leh jumpa gamaknyer henpon saya tu)

Wednesday 19 September 2012

BLOG LIST KESUMA ANGSANA


Jom join Bloglist KA, first taim sahabat saya anjurkan, so mmg takkan terlepas le nak join sesangat, Kesuma Angsana merupakan sahabat karib cyber saya, yang banyak memberikan galakan  dan sokongan di kala saya malas2 nak hapdet, blog dialah yg akan saya terjah untuk mendapat inspirasi, luv you for all the support and guidance... MMMUUUAAAAHHH to KESUMA ANGSANA... Jom kengkawan kita kasi Havoc reramai....

Tarikh Tutup : 26/9/2012
Minit terakhir : 12 .00 tengahari 
Nak join klik kat sini ekk

Friday 14 September 2012

KAKAK 15 TAHUN LAHIRKAN ANAK LELAKI HASIL SUMBANG MAHRAM DENGAN ADIK LELAKI BERUMUR 14 TAHUN




TERKEJUT BACA SINAR ONLINE HARI NI. APA LE NAK JADI .....

JERANTUT - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas. dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai pada 12 tengah malam, pada November 2011.....


Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Kes sumbang mahram itu terbongkar bila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu.

Tuesday 11 September 2012

8th Giveaway GA.. - DAPAT KUALI WOOOO... dari blog umiyumi2




Kalau nak join klik kat sini ekk

Ga Tamat : 25hb September 2012

Cepat2 join le ekk, kalau sesiapa nak dapat koli cam kat atas tuu.... Saya mmg dah lama tingin sangat koli camtu... harap2 dapat le ekkk...... GAMBATEEE.....

Thursday 6 September 2012

Black Beuty Chocolate Cake


Sumber : Mak lang Azie

Bahan A (diayak)
2 Cwn Tepung 
3/4 Cwn serbuk Koko 
2 sdt Soda Bikabornat (saya hanya letak 1 sdt) 
2 sdt Baking Powder

Bahan B
2 Cawan Gula Kastor
3 Bj Telur 
1 Cwn air panas
1 Cawan susu Cair 
1 Sdb coklat imulco (tak letak pun tak pe dun wori)

Cara-caranya

1. Campurkan semua Bahan B(masukkan semua dulu dan last kali baru masukkan telur, (kocokkan sikit telur tu) sehingga sebati, kemudian masukkan bahan A dan kacau sehingga sebati 
2. Bakar pada suhu 150'C dalam masa 45 min - 1 jam

Toping mudah tapi sedap 

Bahan -bahannya: 
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2tbs marjerin
Cara Membuatnya: 
  1. Masukkan semua bahan ke dalam non-stick pan.
  2. Kacau sebati.
  3. Dengan menggunakan api perlahan, kacau diatas dapur sehingga agak pekat.
  4. Adunan hendaklah di kacau selalu supaya tidak berketul.
  5. Tuangkan ke atas kek dan ratakan. 





Monday 3 September 2012

Kelebihan Puasa Enam

Masih sempat lagi ke? harap2 sempat hendaknyer saya ingin menunaikan Puasa Enam tahun ini. Minggu lepas coti pompuan melarat ke minggu ini. Berdoa semoga saya berkesempatan menunaikan ibadah yang satu ni. Setelah penat berpuasa di bulan Ramadan, umat islam di beri kesempatan lagi di bulan syawal untuk merebut peluang berpuasa enam di mana kita boleh menambahkan pahala dan mendapat keberkatan di dunia. Satu keistimewaan yang di fahami dari sabda nabi Muhammad S.A.W iaitu satu peluang dan kebajikan yang paling berharga yang di sediakan untuk umat islam yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari  di dalamnya.

Ganjaran yang Allah berikan adalah ganjaran seumpama berpuasa setahun.Puasa enam juga seumpama sunat  Rawatib sesudah solat fardhu  bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadan yang kita kerjakan sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan ramadan seperti kesihatan tubuh badan, mendapat kebaikan yang berlipat ganda serta diangkat darjatnya memudahkan malaikatul maut mencabut nyawa.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini ....

psst : Melayan kerenah anak2 yang agak kelaut + sengal sket ...(gambo raya di kampung aritu - terlampau banyak sangat makan ketupat palas gamaknyer mike ni... hehehheh