KACHINGG $$$$

Thursday, 26 July 2012

Jeli Kelapa Muda

Sedap makan taim bulan Ramadhan ni, di samping dapat menyejukkan badan rasanya pun sedap jugak.. Memang selalu guna resepi di bawah ni sbb ahli keluarga saya ramai, kalau dah makan satu mmg nak menambah aje.. lagi2 kalau makan sejuk2

Sumber : my resepi 
Oleh : hasiah63



Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar - yg clear
2 cawan gula pasir - klau nk manis, lebihkan
8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
8 cawan air biasa
2 helai daun pandan
Isi kelapa

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.

2. Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.

3. Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.

4. Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa.

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI