KACHINGG $$$$

Wednesday, 6 June 2012

Oreo Cake

Memang feveret saya dan anak2 kek ni, maveles dan sedap. Paling saya suka, frostingnya sedap sangat berlainan dengan buttercream yang biasa. Saya memamg suka buat frosting ni kalau buat kek untuk anak2. Frosting ini sesuai juga di gunakan untuk kek Red Velvet, selain dari Cream Cheese frosting. Ada orang panggil Frosting ni, Mary kay Frosting, Mock Whipping cream, Classic frosting, creamy vanilla frosting atau Poor man vanila frosting. Berbaloi mencuba untuk sesuatu yang sedap.



Oreo Cake 






1 cawan gula
1/2 cawan butter (room temperature)
2 biji telur (asingkan putih dan kuning)
2 sth vanilla 
1 3/4 cawan tepung kek 
2sdt Baking powder
1/8 sth cream of tartar (atau cuka)
3/4 cawan susu segar/cair
1/2 Cawan Oreo (dihancurkan)

Cara2
1. Pukul Putih telur + 1/4 gula + cream of tatar sehingga bertanduk. Ketepikan
2. Didalam bekas lain pukul butter hingga lembut dan berkrim, masukkan gula (3/4) pukul  lagi lebih kurang 2 minit, masukkan putih telur dan pukul sebati.
3. Ayak tepung dan Baking powder kemudian masukkan dalam adunan butter tadi dimulakan dengan tepung  sedikit, pukul sebati dan masukkan sedikit susu, ulang sehingga habis dan berakhir dengan kandungan tepung.
4. Masukkan Oreo hancur
5. Ambil spatula dan kaup balik dengan adunan putih telur tadi.
6. Bakar pada suhu 175' dalam 20-25 minit





Creamy Vanilla Frosting


Bahan-bahan


6sb tepung
2 cawan susu segar
2 cawan unsalted butter
2 cawan gula
2sth esen vanilla

2 cup Crushed Oreo Biscuit (untuk ditepek-tepekkan pada sekeling kek)


Cara-cara

1. Didalam periuk, masukkan tepung dan susu dan sentiasa kacau sehingga menjadi likat dan berbuih lebih kurang 10-15 minit (pudding stage). Kerap kacau ok supaya x berketul2. Better guna whisk.
2. Dalam bowl lain pukul Butter sehingga berkrim dan masukkan gula pukul sehingga fluffy (kembang). masukkan Vanilla esen. Kemudian masukkan adunan susu dan tepung yg telah sejuk tadi, jgn risau pukul sehingga putih dan lembut. Walaupun kelihatan seperti adunan butter dan susu seperti berpecah, jgn risau pukul lagi.
red velvet yang saya gunakan Mary kay frosting, lain sket rasanye , tapi sedap dan  tidak memuakkan.

Bruschetta

Wah...lepas tengok kat AFC berkenaan dengan bruschetta, terus hati saya terpikat.. wah ini boleh jadi menu diet ni, berkhasiat dengan Olive Oil & Balsamic Vinegar bagai. Disebabkan ingin sangat merasa bruschetta ini maka saya pun merajinkan diri membuatnya.. buat dalam kuantiti sedikit dulu ialah takut x lalu makan pulakkan. Roti bagguette tu sebenarnya boleh aje beli tapi saya nak perabiskan tepung roti yg kat rumah tu so saya gagahkan diri buat lah ekk..

Simple Baguette
2 1/2 cawan tepung roti
1 1/2 sudu teh yis kering
+- 1 Cawan air suam
Garam secukup rasa
Olive oil (saya belasah aje minyak masak)
Cornmeal for dusting

Cara2
masukkan Tepung dan Yis, gaul sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan adjust air pada adunan. Bila doh tidak melekat pada tangan, kira doh kita dah ok le tu. Basah2kan mangkuk dengan sedikit minyak dan letakkan doh dalam mangkuk tersebut. Tutup dengan kain basah dan biar ia mengembang selama 45-1 jam, dalam erti kata lain naik 2 kali ganda. Kemudian uli lagi dan tumbuk2 bagi udara keluar, kemudian bentukkan panjang2 dan kelar 3 garisan pada doh. Biarkan doh kembang lagi dalam 20-30 minit, dan sapukan sedikit air pada doh,  kemudian bakar dalam suhu 220" dalam masa 20 minit.
 So, beginilah rupa baguette saya:



crunchy outside but smooth inside
Ok, roti dah siap, jadi kena wat topping dia plak :-

Bahan-bahannya

tiada sukatan yer, main agak2 aje..

1 ketul timun jepun (saya tambah)
1 biji tomato 
Virgin Olive oil (saya guna olive oil biasa aje)
1 ketul(bkn sebongkah tu ekk, 1 aje) bawang putih (ditumbuk halus)
Garam
1 sdb Jus lemon 
Basil leave (x de jadi saya letak Oregano)
Balsamic Vinegar (saya letk apple vinegar, kalau cuka biasa tu x tau le saya leh guna ke idak ekk, rasa cam boleh aje)
1 sdt gula 
sedikit lada hitam (saya tambah)

Cara - cara 
Semua bahan-bahan sayuran di potong dadu, kemudian masukkan sayuran, bawang putih, garam, jus lemon,  lada hitam, Daun basil, Vinegar, Gula dan Garam sekali. Gaul-gaulkan dan letak ketepi.

Ambil roti dan potong serong, sapukan Olive oil atas roti dan bakar dalam oven atau toster.. hati2 jgn biar hangus sangat, keluarkan roti dan topping kan dengan sayuran kita buat tadi, bolehlah tahan dengan rasa crunchy sayur-sayuran itu..... tapikannn.... saya masih x boleh terima dengan rasa "Raw" bawang putih, so saya ambil keputusan, saya letakkan sedikit mozarella cheese di atas bruschetta dan saya bakar balik ... mmmm... baru le kena dengan "my taste bud".(psst, saya rasa lain kali saya nak tumis dulu bawang putih dengan olive oil), dan rasanyer fortunately Yummy, nanti bila datang azam saya nak berdiet, bleh le saya buat menu ni. Hahah, tp kalau bleh saya nak tambah turkey salami sket, kasi lebih mozarella cheese, atau udang ke?...Cissss...kalau begitu bukan diet nama nyer lagi... hahahhahh ..OK MAYANG... FOCUS... FOCUS.. FOCUS.. ON VEGETABLE MENU ONLY..... HAHAHAHA... 






MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI