Thursday 26 April 2012

Orange Blended Cake

Paling suka buat kek ni, mudah aje dan dapur tak perlu bersepah - sepah.....





2 Cawan Tepung
2 cawan gula (saya guna 1 1/2 aje)
1 st baking powder
3 biji Telur
1 biji oren di buang biji
1 st esen vanilla
1 cawan minyak
2 sudu teh Tepung Jagung (saya tambah, kek jadi lebih gebu.., x letak pun x pe)

Caranya

1. Tepung, Baking powder dan tepung jagung di ayak dan ketepikan..
2. Masukkan telur, minyak, gula dan buah oren dan mesin sehingga buah oren dan gula hancur.
3. Tuang atas tepung tadi , kacau hingga sebati.. (Kalau berketul2 saya masukkan dalam blender dan mesin)
4. Lengserkan loyang dengan butter dan masukkan adunan dalam loyang. Kemudian bakar pada api 170'c selama 45 minit -  1 jam. (saya hanya letak dalam cup supaya senang anak2 nak bawa ke sekolah)





Tuesday 24 April 2012

Unbaked Oreo Cheese Cake

Unbaked Oreo Cheese Cake

Chheeezy time again..... Unbake Cheese Cake ni request adik saya yg teringin sangat nak makan katanya.. so saya wat kan le takut kempunan lak nanti, alhamdulilah sedap.. bleh la kalau di bandingkan dengan cheese cake  resepi rahsia tu... Resepi dari kelas cheese kek yg saya ikuti di Kolej Komuniti aritu ...


Bahan A
400gm Cream Cheese 
100 gm Castor sugar 

Bahan B
2 biji Kuning Telur 

Bahan C
75gm Oreo Cookies (hancurkan)
50gm Choc Chip (optional)

Bahan D
50 gm Fresh milk 
10 gm gelatin

Bahan E
300 gm Whipping Cream 

Choco Sponge Cake 

Cara-Cara 
1. Putar Bahan A selama 5 Minit 
2. Masuk Bahan B
3. Masuk Bahan C
4. Double boil bahan D hingga cair dan masukkan kedalam adunan cheese
5. Enjut bahan E hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi
6. Tuang adunan keatas lapisan Chocolate Sponge Cake 
7. Masukkan kek ke dalam peti sejuk sehingga set 

*** Enjut whipping cream dulu. selepas itu baru double boil gelatine...


Estimate Weight : 1237 gm / 1 nos 8" O



Monday 23 April 2012

Ikan bilis dan tempe goreng masak sambal

Sambal Ikan Bilis dan Tempeh...
Kami adik beramai2 dok makan western food ... (western le sangat) sian lak kat ayah yg dok terkuit2 sepegeti tu.. ye le tokak melayu mmg x layan le makan tu suma . So jangan riso ayah... orang dah masakkan tempe + ikan bilis goreng dan tak lupa gak kari express ikan kembung rebus wat ayah tercinta...
Kari Xpress Ikan Kembung Rebus....

PASTA TIME....

Weekend hari tu mmg malas nak masak lauk2 bagai so kami belasah aje ..Pagi tu makan pasta/makaroni/Penne (saya pun tak tau panggil apa yang sebenarnya) malam tu kami hanya menjamah ... ceehwahh menjamah ke melantak ... hahahha  makan spagetti bolognaise sahaja.. Resepi nyer saya pun main belasah2 dan campak2 sahaja.. takde basic resepi ekk....


FOR BREAKFAST CUM LUNCH LE SEKALI NI... HEHEHE BIASA LE BILA CUTI SUMA BANGUN LAMBAT.. YE LE BELAH MALAMNYER SUMA DOK BERONGGENG TENGOK MOVIE BAGAI ...




PASTA GORENG 

Bahan-bahan:

makaroni/Pasta/Penne -rebus, dan toskan.

bawang putih - 3 ulas

bawang besar (kuning) - 1 labu dihiris dadu ye...

daging hancur (ikt suka nak letak banyak mana

cili kisar - 2 sudu (kalau nak pedas buh lah banyak)

Kicap Manis - 5 sudu besar (tak nak letak pun tak pe, tapi kami anak beranak memang hantu kicap)

garam secukup rasa

Sedikit air asam jawa

Sedikit daun parsley / Daun Sup

Carrot atau Mixed Veggie (saya x letak pun sbb tak de)


Cara-cara:

Tumis bawang putih dan bawang hingga naik bau Masukkan daging dan masak hingga bertukar warna.

Masukkan cili kisar.kacau dan masak hingga naik minyak, setelah itu masukkan semua sayur-sayur (jika ada)...

Masukkan kicap kacau kacau sebentar dan kemudian masukkan Penne/Makaroni/Pasta, Kacau sehingga sebati dan rata. Tutup api dan hidangkan dengan taburan daun parsley atau daun sup.


MENU FOR DINNER..... TAKMO MAKAN NASI KONON, DIET LE TU...... HAHAH KATANYER LE... TAPI KADAR KALORINYER PUN LEBIH KURANG SAMA AJE KALAU MAKAN NASI PUNNNN.... SAJA AJE NAK SEDAPKAN HATI... HAHAHA WALAUPUN GITU LAYAN AJE LE.. EKKKK.... RESEPI INI SAYA IKUT MACAM SPAGETTI YANG PENAH SAYA BUAT DAHULU. REFER KAT SINI EKK








































Friday 20 April 2012

Baked Kiwi cheese Cake

HOLA,... SAY CHEESE TO THE CHEESE CAKE.....

Teringin sangat le nak makan Cheese kek, so merajinkan le diri membuatnya.. dan lagi seperti Melly infom, "takut dengan kalori nya" memang saya sangat takut , tapi nafsu makan mengalahkan segalanya, dan akhirnya saya pasrah ... (Cewah, cewah... alasan aje ni)... hahaha....Sumber dari laman web yg biasa saya skodeng my resepi.. cuma saya tambah buah kiwi sebagai penyedap rasa ...

Baked Cheese Cake

abaikan aje latar belakang yang entah ape2 tu ekkk....





Bahan-bahan 

  • untuk base:
  • 1. 80 gram unsalted butter.
  • 2. sebungkus chipsmore.
  • untuk kek:
  • 1. 500 g cream cheese.
  • 2. 200 g gula icing.
  • 3. dua biji telur.
  • 4. satu biji kuning telur
  • 5. 75ml fresh cream.

Cara-cara

  1. cairkan butter, hancurkan biskut.
  2. campur butter dengan biskut, tekan dalam pan, sejukkan dalam peti ais.
  3. pukul cream cheese (suhu bilik) dengan gula.
  4. masukkan telur.
  5. masukkan krim.
  6. masukkan kek ke atas base biskut tadi.
  7. bakar cara 'water bath' 170 darjah celcius selama sejam.



Puding roti dengan Sos Kastad

Buat makan petang memang amat sesuai, resepi entah dari mana lupa lak.. dok gugel.. sampai tak tau sumber dari mana...
abaikan tangan domok tu ekkkk...
sumber : hana memories

 Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis

Cara-caranya

  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.


Thursday 19 April 2012

Simple Baked Macaroni Cheese..

Simple aje, just ambil apa saja yang ada dalam fridge, susu cair ada, Cheddar Slice Cheese ada lagi 5 kpg, Cendawan button dan Chicken Stok Cube. Bila dah bosan makan nasi.. terfikir pulak nak wat Mac & Cheese tapi bahan2nya ala2 kadar aje.






200 ml Susu segar/susu cair (saya guna susu cair 1 tin)
5 Kpg Slice Cheese
secukup Oregano
Secukup Lada Hitam Serbuk
Secukup Cendawan Button (saya pakai yg kering tu)
sedikit butter dan bawang untuk menumis
Makaroni
2 sudu Besar Tepung gandum (di bancuh dengan sedikit air)
2 ketul kiun stok ayam maggi

Cara2

1. Rebus  makaroni hingga kembang dan ketepikan.
2. Lettak Butter dalam kuali kemudian tumis bawang sehingga wangi
3. Masukkan Cendawan, kemudian masukkan susu dan kemudian masukkan tepung. Kacau.
4. Masukkan slice Cheese 3 kpg (saved lagi 2 keping untuk di tabur kat atas makaroni, tapi kalau ada byk slice cheese tu .. ok aje kalau letak byk ikut selera kita, yg saya wat ini saved budget dan untuk perabiskan stok aje) dan jangan lupa masukkan stok ayam, lada hitam dan oregano.
5. Kacau sehingga likat.
6. Tutup api dan ambil Makaroni rebus tadi dan di kacaukan bersama kuah tadi.
7. Glis loyang dengan sedikit minyak dan kemudian letakkan Makaroni + kuah tadi didalam loyang.
8. Taburkan diatas sedikit Oregano + Slice Cheese (saya gunting halus2)
9. Bakar. Suhu 150' dalam 25 minit.

Wednesday 18 April 2012

Choco Mousse Brownies

Buat lagi Choco Mousse Brownies..  memang sedap dan anak2 pun suka makan . So memang tak serik la saya membuatnya.. Sebelum ni saya ada buat kek ni dalam entri sebelum ini ekk.. sila rujuk kat sini




Sumber : My Resepi
Dari : Yani..



Bahan-bahan ( 18cm ) 

Brownies

45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus




Cara-cara
1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.

2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.

3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.

5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Penyediaan Mousse.

1.  Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.

2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

3. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.

4. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

5. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

6. Masukkan no.3 dan no.4 ke dalam no.5. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

Carrot Cake




Hari tu atas permintaan adik tersayang saya telah pun berusaha dengan gigih untuk membuat kek ini untuknya.. semoga adik ku berbahagia... heheheh... bahagia le sangat ... haruskan... bahagia... (psst : abaikan ek deco yg agak2 sememeh ni......) mau taknya sebelum subuh saya bangun untuk siapkan kek ini .... bila diingatkan sungguh le lawak ... mula2 cadang nak tido sekejap2 aje... alih2 sedo dah kul 5.00 pagi .. apa lagi berkecapi le saya ..... Tapi alhamdullilah suma berjalan dengan lancar........ Resepi ni saya amik dr sumber yg di percayai , biasa le di myresepi ek... Saya tempekkan resepinyer untuk rujukan saya nanti sbb kek ni sedapnye bleh le tahan ekkk... agak2 moist...

Bahan-bahan ( loyang 8 inci )
1 cwn kacang walnut (dipanggang) (saya guna 1/2 cawan walnut dan 1/2 cawan kelapa kering, perabiskan stok)
2 1/2 cwn karot (diparut)
2 cwn tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 1/2 sk serbuk kayu manis (x masukkan sbb x suka)
4 biji telur saiz besar
1 1/2 cwn gula (dikisar)
1 cwn minyak
2 sk esen vanila

Cara-cara
panaskan oven 180 C dan griskan loyang

Ayakkan tepung, soda bikarbonat, baking powder, garam dan serbuk kayu manis dalam mangkuk.

Dalam mangkuk berlainan, pukul telur hingga gebu (1 minit). Masukkan gula hingga adunan berubah keputihan sedikit.(3-4 minit). Tambahkan minyak dan esen vanila. Pukul lagi.(BHN B)

Campurkan bahan A ke dalam bahan B. Pukul hingga sebati.

Masukkan kacang walnut yang telah dipanggang dan karot ke dalam adunan dan gaul guna kaedah kaup balik.

Tuang ke dalam loyang dan bakar. Saya bahagikan kepada 2 bahagian untuk mendapatkan dua lapisan kek tak perlu nak potong dua dan saya bakar 25-30 minit.Kalau masukkan dlm satu loyang sje lebihkan masa sedikit bergantung ke pada oven masing-masing..

ROTAVIRUS





Amat risau saya sebab 2 orang anak saya demam, muntah dah cirit birit, adoila penyakit ni yang paling saya takut .. fobia yg paling tepat sekali. Penah anak saya yang ke 2 masuk wad disebabkan penyakit ni. Yang paling saya sedih sekali cuma 2 hari sahaja anak saya menjadi terlalu kurus dan tak bermaya... Sekarang ni adiknya yang ke 3 (Muhammad Irfan Farihin) dan adik yang bongsu dan my one and only baby girl (Nur Salsabila) lak kena. Risau, sedih, Kesian .. suma perasaan bercampur baur... kalau boleh biar saya aje yang ganti untuk tanggung suma rasa sakit mereka.. hari ni dah masuk 6 hari simptom cirit birit masih berlarutan walaupun dah semakin berkurang (Alhamdullilah dan saya amat bersyukur) tapi mungkin perut masih tidak selesa, itu yang anak2 saya asyik mengadu sakit perut sahaja. Yang adik nasib baik masih breast feed .. mmg bf power tul la sbb cuma 2 ari aje anak saya dah ok dari muntah (Bella sempat dpt simptom muntah2 aje tapi tiada cirit birit, but the fever still ada). Menurut doktor yang merawat anak saya, anak saya di jangkiti kuman Rotavirus yang biasa menyerang kanak-kanak dan bayi.. Simptom2nya adalah :

1. Muntah-muntah
2. Demam
3. Cirit birit

saya dapatkan sedikit maklumat dari internet untuk panduan bersama2 yek ...


Si manja kerap membuang air besar atau lebih tepat lagi mengalami cirit-birit, perkara ini jangan diambil mudah. Kerana adakalanya ia berlarutan sehingga beberapa hari hingga membawa kepada kemudaratan kesihatan dan masalah-masalah lain.
"Cirit-birit di kalangan kanak-kanak dan bayi boleh menyebabkan malnutrisi. Malah di negara-negara membangun, ia boleh menyebabkan kematian dan morbiditi," kata Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya (SDMC), Dr. Khoo Paik Choo.
Menurutnya, merujuk kepada fakta yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 10.6 juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun adalah disebabkan cirit-birit.
"Ia merangkumi 18 peratus iaitu kedua tertinggi selepas pneumonia," ujarnya ketika pelancaran Operasi Lampin oleh GSK baru-baru ini.
Operasi lampin merupakan kempen pendidikan untuk ibu bapa yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka tentang bahaya rotavirus dan langkah pencegahannya.
Katanya, biasanya bayi yang kerap membuang air besar atau najisnya sedikit cair tidak menjadi masalah. Namun, jika ia berlanjutan dengan kerap dan lebih cair, ia adalah cirit-birit.
Menurutnya, cirit-birit merupakan masalah gastroenteritis. Ia boleh disebabkan jangkitan parasit, bakteria atau viral seperti rotavirus. Namun, cirit-birit di kalangan bayi juga boleh disebabkan oleh antibiotik, alahan kepada susu atau makanan atau pun pengurangan aliran darah ke intestin (jarang berlaku).
"Rotavirus paling merbahaya dan semakin kerap berlaku ketika ini," kata Dr. Khoo.
Merujuk kepada data WHO katanya, dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh rotavirus.
Secara global katanya, sebelum umur lima tahun, lebih 95 peratus kanak-kanak menderita penyakit rotavirus. Malah katanya di negara-negara membangun, cirit-birit dan muntah akibat rotaviral membunuh kanak-kanak hampir setiap minit.
Di Malaysia kata Dr. Koo, merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus. Manakala satu daripada 67 ditahan dalam wad sementara satu daripada 15,000 berdepan dengan kematian.
Katanya lagi, bayi berusia antara tiga hingga 24 bulan adalah golongan yang paling mudah terjejas oleh rotavirus dan 71 peratus daripada kejadian jangkitan ini berlaku dalam usia tahun pertama.
"Di SDMC sendiri, rotavirus dikesan daripada 52 peratus kanak-kanak yang dimasukkan ke wad akibat masalah gastroenteritis," katanya.
Simptom dan penularan rotavirus
Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.
Kata Dr. Khoo, cirit-birit akibat rotavirus lebih mengundang risiko dehidrasi berbanding cirit-birit akibat lain.
"Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut," katanya.
Menurut beliau, rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal.
Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus. Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.
"Ibu-ibu perlu memahami bahawa gastroenteritis adalah penyakit serius dan rotavirus boleh menyerang semua kanak-kanak," katanya.
Menangani cirit-birit dan rotavirus
"Elakkan bayi mengalami dehidrasi berterusan dengan memberi susu ibu, formula dan juga cecair lain ketika mereka mengalami cirit-birit. Bawa bayi berjumpa doktor jika ia menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, lampin tidak basah antara enam hingga lapan jam, terdapat pendarahan pada najis, demam dengan suhu tinggi, kerap muntah dan sebagainya," katanya.
Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.
"Menggunakan oral redehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan," katanya.
Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, redehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan.
Mengurangkan risiko jangkitan
"Susu ibu adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan jangkitan rotavirus. Selain itu kerap disinfek barang permainan dan kawasan bermain. Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasuh tangan dengan betul.
"Namun membasuh tangan dan disinfek sahaja tidak mencukupi dan cara yang paling baik adalah mendapatkan vaksinasi rotavirus," ujar Dr Khoo.
Dengan mendapatkan vaksin rotavirus katanya, ia menawarkan pencegahan paling baik dalam melawan jangkitan rotavirus di kalangan bayi.

Tuesday 3 April 2012



Kek Vanilla span ini saya belajar masa saya ambil kursus di Koleh Komuniti aritu .. insyallah rasanya sedap dan menjadi dengan adanya peralatan lengkap.

Kek Span Vaniila 

250grm Tepung gandum
250gm gula
125gm mentega cair
100gm air sejuk
1sudu teh Vanilla esen
1 sudu teh baking powder
8 Biji Telur
1 sudu besar Ovalett

Icing

500gm ready to whipp whipping cream

Hiasan

Secukupnya Buah Pic
Buah Ceri ..

Cara2
1. Masukkan bahan kek di dalam Mixer (kecuali mentega cair) dan pukul sehingga suma bahan gebu
2. Bila sudah gebu matikan mixer dan masukkan mentega cair, gaul guna tangan sehingga rata.. jangan terlebih gaul kerana akan membuatkan kek menjadi berminyak..
3. Lengserkan acuan dengan mentega dan masukkan adunan didalam acuan (sesuai acuan 9' @ 10')
4. Kemudian bako selama 45 minit dengan suhu 170'C -180'C.
5. Apabila telah masak, sejukkan kek .. sementara itu boleh lah sediakan icing...

Icing

Pukul whipping cream hingga kaku (saya beli ready to whipped cream, jadi saya tak tambah ape2 gula pun sbb rasanya pun sedang2 elok aje).. kemudian boleh le di sapu ke kek ..

Assembling cake

Potong kek ikutle kita nak 2 lapis atau 3 lapis sekali pun , selapis demi selapis sapukan whipping cream tadi .. dan letakkan buah peach yg telah dipotong dadu.. kemudian letakkan kek ke 2.. dan seterusnya untuk ke 3 juga. Lebihan whipping cream itu di sapukan keseluruhan kek.. susnn buah peach atas kek dan ceri dan hiasalah ikut kreativiti ekk....