Friday 30 March 2012

Pot luck ..

Hari ni, pejabat ada wat pot luck.. sungguh le banyak makanan.. dan saya macam biasa le suka.. suka.. suka sesangat (bab makan ni saya le no 1) .. Haishhhh.. camno le nak kuyus ni..... takpe la meh kita jamu mata ekkk.... sangat le tak sabo nak menunggu kul 12.30 ni ....Makanan ada macam.. dari masakan kampung, masakan cina sehinggalah masakan Western.... ada Rendang, Ayam masak lemak cili padi, lasagna, ayam masak cendawan dan tofu telor, karipap, cenkodok nasi (ini saya bawak), ayam masak merah (ini juga saya bawak ekk), kek (ini saya bawak) pendek kata macam2 adolah ... tengok ajolah gambo ni ekk.....

psst: saja mentionkan makanan yg saya bawak tu .. sesekali nak gak interprem ...



kek ni saya buat.. amacam kengkawan .. ok tak?

Tuesday 27 March 2012

Kek Karamel

Emm... kek ni mmg sedap.. lagi2 kalau di makan sejuk2 ... nikmattt....oooooooo.. sumber dari biasa le Myresepi ...






Bahan-bahan ( 20cm )


Resepi : Yani MYR
Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan




Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.

Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.

Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.

Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.

Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.

Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.

Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)

Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Thursday 22 March 2012

Kek Nangka

Buat lagi kek nangka ni.... aritu ada jiran bagi nangka yang masak ranum...resepi saya amik dari n3 yang terdahulu yek , iaitu resepi kek singgahsana




Wednesday 21 March 2012

Jom...Makan Ubi Kayu..

Ubi Rebus + air kopi ...
Assalamualaikum dan Morning suma, pagi2 ni makan Ubi kayu rebus aje... wah sedap, tingat zaman kecik2 dulu, kalau kat kampung inilah yang nenek jamu untuk sarapan pagi... Bila dah makan camni teringat lak zaman2 memori pokok pisang dulu2... Makan Ubi kayu rebus + Sambal Tumis + Air kopi , fuhhh mmg terbaik.. lagi2 makan ramai2 dan berebut... mmg le licin ... kalau bab2 makan berjemaah camgini mmg berselera sungguh, masakan tak sedap pun jadi sedap kannnn...... 

Tuesday 20 March 2012

BISKUT COKLAT CIP

Rupa bentuk dia seperti agak TUUUUTTTTTTT ekk....

 Memandangkan Biskut Jar anak-anak dah abis semalam saya pun merajinkan diri le membuat biskut ni ... memang sedap biskut ni abis harum semerbak satu rumah kalau baked sekut ni.. saya kalau wat sekut ni mmg suka mencampak2kan memacam jenis kekacang dalam dia... yang ni saya masukkan badam cincang ngan walnut cincang , pastu bubuh coklat cip bebanyak... sedap ooo lagi banyak lagi sedap, tapi yang versi saya ni di sebabkan coklat cip saya limited edition, so .. saya belasah aje coklat urai... ..... Resepi saya dapatkan dari sumber yang dipercayai iaitu myresepi.

Resepi oleh : Nor_67

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )

  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds

Cara-cara

  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.

  4.  Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.

  5.  Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. 









Thursday 15 March 2012

NURUL NADHIRAH @ DIRANG MATI DI BAKAR...

 
doa ketika mendengar kabar kematian

Lama dah blog saya ni bersarang ..... bukan ape saya masih lagi bersedih dengan pemergian ibu yg amat2 saya kasihi.. dan jelas sekali saya masih lagi cuba mengadaptasikan diri saya dengan ketiadaan ibu saya sekarang ini, Ibu saya koma selama 9 hari dan akhirnya meninggalkan kami sekeluarga pada 29/2/2012, cuma saya amat terkilan dan berharap agar ibu saya membuka mata walaupun sekejap aje pun, itu pun sudah memadai...sekali aje mak ... sekali aje ... tapi itu suma hanya harapan dan kini tinggal harapan, tapi saya bersyukur selama 2 minggu ibu saya berada di hospital saya dpt menjaga dan menemani ibu saya sehingga lah ke nafasnya terakhir dan sehinggalah ke degupan yang terakhir, saya yang menjadi saksi dikala ibu dinafas terakhirnya cukup menginsafkan saya tentang kebesaran Allah dan Donia ini hanyalah sementara dan akhirat itu kekal....Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Roh Ibu ku RASILLAH BINTI ABDUL HAMID...(terima kasih atas segalanya mak, halalkan makan, minum dan susu  mak ... ampunkan segala dosa saya) 
Tapi saya juga amat sedih dan terkejut dengan berita kematian adik Nurul Nadhirah @ Dirang yang saya anggap adalah satu tindakan manusia yg bersifat binatang.. dan tentu sekali binatang pun ada perasaan dan naluri kasih sayang .. pelik sungguh pelik adanya manusia begini,  semoga allah membalas segala apa yang mereka lakukan keatas adik Nurul Nadhirah......., Saya pula sebagai seorang ibu yang mempunyai anak merasakan bahawa betapa tidak selamatnya lagi Malaysia ini secara khususnya dan Dunia secara amnya untuk anak2 generasi sekarang.. even nak pegi kedai depan umah pun saya rasa saya takut nak melepaskan anak saya... tapi bila difikirkan semula, bila pula anak2 nak mula belajar berdikari jika sumanya kita kontrol dan kita x benarkan ..

Sumber: the information
Nurul Nadhirah @ Dirang


Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak di sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini Khamis lalu.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 36 hingga 40 tahun itu diberkas hasil maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka di rumah kosong berkenaan sejak Disember lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek ditahan pada hari yang sama selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berusia 5 tahun itu, Nurul Nadirah Abdullah.
“Kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi Khamis lalu.
Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera 2 bungkus dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah, kata ibunya, Roselyn Alan, 25.
Mohd. Mokhtar berkata, setakat ini, polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu, namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.
Polis, kata beliau, sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis telah menemui sebelah selipar mangsa pada jarak 200 meter dari lokasi rumahnya manakala sebelah lagi 500 meter iaitu di kawasan ladang kelapa sawit.
Katanya, polis turut menemui mi segera dan telur yang sudah pecah selain gula-gula dipercayai dibeli oleh mangsa sebelum itu.
“Siasatan polis setakat ini percaya motif kejadian bermotifkan dendam yang disyaki dilakukan oleh suspek. “Suspek berbuat demikian disebabkan nenek mangsa pernah memarahinya kerana melihatnya mencuri kabel malah pernah memberi amaran kepada keluarga mangsa supaya tidak mencampuri urusannya,” katanya.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibungkus dengan kain batik sebelum dibawa keluar dari rumah suspek yang berhadapan dengan kediaman mangsa.
Ini kerana terdapat saksi yang melihat jari tangan mangsa terkeluar dari bungkusan itu. Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.
Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.

Tempat dimana Dirang di bakar, beliau di cekik dahulu
sehingga mati sebelum di bakar disini
‘Mak, kau cari aku ke?’
jenazah Dirang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, jam 1.20 tengah hari.