KACHINGG $$$$

Tuesday, 11 December 2012

Rainbow Cake

Tiada le rainbow sangat kek ni.. sebab tukang masaknya malas nak menrainbowkan kek tu.. setakat 4 warna sahaja, tapi kek ni memang sedap, saya ambil resepi dari Qaseh Honey, sesiapa nak cari resepi kek yang best, boleh la singgah ke blog beliau, gerenti puas ati... saya copy & paste aje resepinyer ye.. kak QH mintak izin ekk...
Bunga-bunga tu abis penyek2 anak2 saya kerjakan


Rainbow Cake
Sumber : Qaseh Honey



Bahan2

430gm tepung gandum all purpose – QH guna tepung kek, saya guna tepung gandum juga
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam

pewarna

serbuk koko secukupnya (K1 tambah) – QH xletak, saya pun x letak cuma letak buah peach dalam tin utk every layer ..


400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek) – QH xguna (saya agak malas .. dan saya guna cara ni, QH gunakan buttercream, kalau nak resepi pergi ke blognya yer)

Loyang 8" di alas dan di gris



Cara-cara :

1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.

3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan. (saya bahagikan adunan kepada 4 bahagian sahaja, sekali bakar dan loyang yg sama saiz kebetulan ada 4 biji)
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.

6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis. (Part ni saya letak buah peach dalam tin)
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.

tak berapa nak rainbow sangat..

7 comments :

  1. cantik....nampak pun dah tau sedap....

    ReplyDelete
  2. kalau kak zu bukn setakat 4 rainbow jer,silap2 takder rainbow terus..hehe kaki mlas ni..

    ReplyDelete
  3. Kira ok la rainbow tu akak..nampak Sedapnya....Rajin akak membaking yek

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI