Monday 3 December 2012

KEK CHIFFON BLUEBERI

Kat rumah ada Jam Blueberi, so sebelum expired saya pun try le buat kek chifon ni .. mmg sedap, tapi tak tau mana silapnyer.. kek ni berpinggang plak .. so sesiapa pakar kek yang tahu sila inform saya yek. Tak puas ati kena buat lagi ni..Tolong ekk Iza.. kalau tau infom saya mana silapnya..

nampak cam nipis kan, sebabnye acuan saya beso 10' punya loyang

sumber dari iza akma SSK 

BAHAN A
4 kuning telur gred A
40 gram gula 
1/4 sdt garam
BAHAN B
80 ml minyak 
150 grm Blueberi filling
20 gm kirsch Liquer (saya gantikan dengan susu cair)
Pewarna ungu
BAHAN C
125 gram tepung gandum*
1camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
BAHAN D
5 putih telur
70 gram gula perang
1/2 camca jus lemon/ krim of tartar

CARA-CARA
Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Masukkan Bahan B dan kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan Bahan C dan whisk sebati.
Untuk Bahan D, putar putih telur hingga berbuih, masukkan jus lemon dan gula sedikit demi sedikit dan putar pada kelajuan tinggi hingga putih telur kental. 
Adunkan putih telur (bahan D) ke dalam adunan bahan A+B+C dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga rata. (Sesetengah petua kata, guna tangan pon boleh)
Warnakan sebahagian adunan dengan pewarna ungu.
Tuang dalam loyang, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 40 minit atau hingga masak. (guna api bawah + kipas)
Keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan


6 comments:

  1. That color is so blooming and attractive.

    ReplyDelete
  2. akak kalu buat kek mesti tak menjadi..hehe

    ReplyDelete
  3. walaupon nampak ber'pinggang.. tapi tetap nampak sedap!

    ReplyDelete
  4. Satu percubaan yg baik walaupun hasil kek berpinggang. Tapi Mayang, Iza tak pasti dr sumber mana Mayang dapat resepi ni sbb bila Iza baca balik resepi, mmg resepi ni BUKAN drpd blog SSK...jadi iza tak berani nk komen apa2 mengapa kek sedemikian jadinya..

    ReplyDelete
  5. Salam mayang,
    Now understood...
    Sila ke blog iza utk jawapan pd masalah ni ya, tq.

    ReplyDelete