Monday 3 December 2012

Durian Crepe (versi 2)

Saya try lagi buat crepe doyan ni tapi menggunakan resepi kulit crepe yang lain. Pada pendapat saya le tiada beza bagi kedua-dua resepi kerana rasanya hampir sama sahaja.

Sumber dari : tateh 


A. Bahan-bahan untuk kulit Durian Crepe)
50 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
2 sudu besar gula halus
3 sdudu besar ‘butter’ (dicairkan)
160 ml air
40 ml susu cair
1 sudu kecil serbuk vanila
(boleh letak pewarna@ perisa buah-buahan yang anda suka)
P/S: Kalau tak nak letak pun, tak mengapa
B. Cara membuat kulit Durian Crepe:
1. Satukan tepung dan ayak gula halus.
2. Masukkan susu cair.
3. Masukkan telur yang dikacau sedikit.
4. Masukkan serbuk vanila atau perisa vanila
5. Masukkan air dan kacau sehingga sebati menggunakan whisk.
6. Masukkan ’butter’ yang dicairkan..
7. Tapis adunan, sedia untuk dimasak.
C. Cara memasak kulit Durian Crepe:
1. Gunakan kuali anti lekat (non stick pan) atau kuali leper yang disapu sedikit minyak
2. Tuang sesenduk kecil adunan dalam, kuali jangan terlalu tebal atau nipis sangat
3. Biarkan masak seketika.
4. Apabila sudah masak, terus angkat (tidak perlu diterbalikkan)
5. Maksudnya masak sebelah bahagian sahaja
D.Bahan-bahan untuk inti Durian Crepe:
Isi durian yang dibuang bijinya
150ml ‘fresh cream’ (dipukul)
E.Cara membuat inti Durian Crepe:
1. Letak kepingan kulit tadi, yang licin di sebelah bawah.
2. Letak sesudu ‘fresh cream’, letak isi durian dan letak ‘fresh cream’ lagi di atasnya.


8 comments:

  1. nak cuba buat tp tak buat2 lg..

    ReplyDelete
  2. musim durian..musim orang mengcrepe..murah sgt durian la ni..

    ReplyDelete
  3. Salam, bila lak nak cuba buat nih...musim doyan pun dah nak abis:)

    ReplyDelete
  4. meroyan jap tgk durian crepe nih

    ReplyDelete
  5. lagi crepe nih..
    sedap sangat ke eyhh
    tingin tp x nak deriyan
    buleh tak
    hihi

    ReplyDelete
  6. dah makan..belum teringin nak makan lagi.

    ReplyDelete
  7. sedap..tq kongsi resepi ..nnti kak zu boleh cuba buat


    baru boleh komen kat blog mayang ni..smlm try 2 3 kali asyik sangkut jer..

    ReplyDelete
  8. Notis: Siti nak mintak maaf sebab tak sempat nak blogwalking lagi buat sementara waktu atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan, Harap Maaf ya! Ngah study untuk Interview.. Nanti OK Siti terjah blog kalian, Love All !!

    ReplyDelete