KACHINGG $$$$

Monday, 5 November 2012

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Azzahra...

Lagi berkenaan sekolah anak saya yang saya dapat dari blogger ini.. tak sangka plak.... ada gambo somi saya... hehehe. Saya kopipes aje ekkk.. saja2 aje.. sape2 berkenan nak sekolahkan anak kat sini.. jangan segan-segan bertanya pada saya yek...


Bapa Puas Hati Peratus Prestasi Pelajaran Anak Meningkat

Gombak : Tidak sia-sia saya menghantar anak ke Sekolah Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) apabila melihat keputusan prestasi pelajaran anak saya Muhammad Zuhair Zharfan tahun 3 memperolehi keputusan cemerlang akhir tahun, kata Harun Hanafi kepada pemberita.

saya dan suami mendengar pendapat dan pandangan dari Ustaz berkenaan dengan prestasi anak saya...

Kata beliau, sebelum ini anak saya menerima pendidikan di sekolah kebangsaan selama dua tahun tetapi peratus pelajarannya tidak meningkat seperti ini. 

Masa pembelajaran yang terlalu lama, kawalan anak-anak di kawasan sekolah  kebangsaan juga tidak memberi kepuasan kepada saya dan isteri. 

Pergaulan yang tidak terbatas antara pelajar lelaki dan wanita,   ramai pelajar terlibat degan ponteng kelas di sekolah kebangsaan, terlibat pelbagai gejala sosial sentiasa membuatkan saya dan isteri rasa bimbang.

Namun, akhirnya kebimbangan ini berakhir juga apabila saya telah menemui sekolah MTSFAZ. Demi masa depan anak, akhlaknya terjaga kami telah buat keputusan dengan menukar sekolah anak disini.
hahahah... ni le somi saya... 
"Alhamdulilah, apabila  anak saya masuk tahun tiga banyak perubahan telah berlaku pada dirinya.

Jumlah purata peratus akademik dan tahfiz  yang anak saya perolehi 1050 (70 peratus)",  kata Harun. 

Menurutnya, perwatakan ciri-ciri seorang pemimpin ada dalam diri anaknya, sentiasa berusaha untuk mengulangkaji pelajaran di rumah terserlah tanpa di suruh, dan sentiasa membantu ibubapa dirumah membuatkan dirinya dan isteri rasa berpuas hati. 

Beliau berkata lagi, insya-Allah untuk tahun hadapan  dua orang anak saya akan meneruskan pengajiannya disini kerana silibers pendidikan yang digunakan mengikut sistem  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JAIS. 

Ramai ibubapa penjaga menganggap apabila  anak-anak yang  belajar tahfiz mereka fikir anak-anak hanya diberi pendidikan dengan Al-Quran dan hadis sahaja, tetapi apabila saya menghantar anak ke MTSFAZ, baru saya tahu sekolah ini mengikut siliber KPM, JAIS dan siliber sekolah mereka sendiri. 

Alhamdulilah modul tersebut seiring. Akademik, tahfiz selaras tanpa pelajar ketinggalan mana-mana subjek. 

Justeru, saya menyeru agar ibubapa serta masyarakat luar harus menukar pemikiran  mereka bahawa  sistem pendidikan Sekolah Maahad Tahfiz Sains seiring dengan sistem pendidikan akademik di sekolah-sekolah kerajaan tetapi dalam masa yang sama, pendidikan tahfiz diberi penekananan juga.

Saya harap pihak sekolah MTSFAZ sentiasa berusaha meningkatkan lagi mutu pendidikan dalam melahirkan generasi solih wa muslih, arah tuju pelajar selepas mereka keluar daripada MTSFAZ, ujarnya kepada pemberita.
Mohd Fadzil Jamal, Guru Kelas 3 Syafie pula berkata, alhamdulilah walaupun semester akhir soalan amat mencabar namun kita rasa berpuas hati rata-rata pelajar dapat menjawab soalan dengan baik.

Selain Muhammad Zuhair, Muhammad harith Irfan  telah membuktikan kepada ibubapanya dengan memperolehi peratus sebanyak  1139 (75.93 peratus) semester pertengahan,  awal semester 1063 (71.7 peratus) dan akir semester, 1063 dengan memperolehi 78.7 peratus, ujarnya.


Jelas menunjukkan pelajar mampu belajar dengan baik walaupun subjek pelajaran banyak yang meliputi subjek akademik, tahfiz dan silibers sekolah.

Sementara itu, Pengetua MTSFAZ, Nazratun Nafizah Akhtar Husin pula berkata, alhamdulilah walaupun MTSFAZ baru setahun di tubuhkan namun ia telah mendapat maklum balas yang positif daripada masyarakat dan ibubapa pelajar. 

Pihak sekolah sentiasa memikirkan kebaikan untuk semua pelajar dalam memastikan misi visi sekolah tercapai terutamanya dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dunia akhirat.

 Kualiti pembelajaran, sekolah seniasa di kemaskini dari semasa ke semasa, ujarnya.

Menurut Nazratun, masa depan pelajar terjamin  dan ibubapa tidak perlu bimbang kemana anak-anak mereka akan pergi selepas tamat pengajian di MTSFAZ.

Katanya, "Insya-Allah selepas pelajar keluar daripada institusi ini, MTSFAZ akan memastikan mereka dapat memasuki sekolah-sekolah yang dikenalpasti cemerlang dalam pendidikannya".

15 comments :

  1. sejuk perut kan bila pendidikan anak ada perubahan mcm ni.

    wah glamernya...

    ReplyDelete
  2. wah, nati lau saya ade anak leh ata sini... :P

    ReplyDelete
  3. glamer sekejap en hubby ye.. alhamdullilah bagus utk anak2

    ReplyDelete
  4. Kalau utk kebaikan anak, mmg harus pilih yg tbaik. zaman skrg ni kita xboleh amek remeh temeh.

    wahh..feymes!

    ReplyDelete
  5. Kalau dekat nak kakak hantar anak kakak. Tapi anak kakak selepas dapat keputusan UPSR bila ada 5A kakak hantar sekolah maahad juga. Dua anak dara kakak di sekolah aliran agama/maahad. Tinggal satu lagi tunggu habiskan sekolah rendah dulu.

    ReplyDelete
  6. sejuk hati mak ayah kalau anak2 dihantar ke sini..

    ReplyDelete
  7. Tanhiah kak...dikurniakan ank yg baik n cerdik pandai..
    wah glamour la hb akak tu nti lps ni..hehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah :)

    Tapi nak tanya soklan kat mayang ;

    Ada apa2 syarat kelayakan ke nak masuk skolah ni sbb anak kita sekolah tadika mandarin/english medium, tak belajar langsung subjek agama. Thn depan diorg 6 & 7 tahun.

    Asrama ke? N berapa yurannya ye..?.

    Thanks sebab sudi soh buka soalan...he he :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat kalau ada asas al quran (maksud mayang mengaji boleh) kenal huruf abjad insyallah bleh ... x de asrama yuran rm320 sebulan

      Delete
  9. Alhamdulillah ;)

    Dusebabkan mayang dah buka soklan, maka saya nak tanya la...

    1) ada syarat2 kelayakan ke sebab anak kita skolah kat tadika cina n xde langsung subjek agama.
    2) asrama ke?
    3) Berapa feenya?

    ReplyDelete
  10. Salam.. Yuran pendaftaran brp yer? Tq..

    ReplyDelete
  11. Salam, yuran pendaftaran brp yer? Tq..

    ReplyDelete
  12. as salam, hanya di seri gombak je ke?? Ada cawangan kt rawang tak? teringin nk hantar anak ke sek tahfiz..

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI