KACHINGG $$$$

Wednesday, 21 November 2012

Isi ikan Goreng Tepung

Ada sape2 tak anak2 dia kurang makan ikan .... saya angkat tangan.. memang anak saya susah nak makan ikan , tapi ikan keli goreng makan lak.. so dalam usaha saya nak encourage depa makan ikan saya cuba resepi ini, alhamdullilah feed back amat memuaskan.. first impression depa "Umi ape ni, makan goreng pisang  dengan nasi..... " heheheh dont judge a book by it cover..... yang penting sedap .. Thanks for Nava for giving me an idea to encourage my children to eat fish, as we know fish contain more DHA and Omega oil that good for our kids. refer kat sini untuk khasiat2 ikan ekk...  Saya gunakan "batter" dari resepi nava, simple dan mudah.. Ikan yang saya gunakan hanyalah ikan gelama aje ye.. yang telah saya buangkan tulang dalam istilah omputih "de bone" atau "fillet".(baru tahu pun istilah ni dari master chef Malaysia)

gambar dari gugel: inilah ikan gelama..
Bahan- bahan untuk ikan

Fillet ikan gelama dari 3 ekor Ikan (buat le sendiri .. camne gaya pun asalkan x de tulang ye)
2 biji putih telur (asingkan 2 bekas)
1 Cwn tepung beras
Minyak masak untuk mengoreng
Lada hitam (saya tambah)
Kunyit serbuk (saya tambah)
Garam secukupnya

Cara-caranya

Lumur kunyit garam dan lada hitam pada ikan dan biarkan sebentar. Kemudian saya celupkan pada bekas pertama putih telur dan guling-gulingkan atau ratakan seluruh ikan dengan tepung beras tadi kemudian celupkan kembali putih telur di mangkuk ke dua dan "deep fry" ikan tadi sehingga masak.Buat sehingga isi ikan habis dan kemudian boleh di hidangkan... 

Jangan gelak tau kengkawan.. memang macam goren pisang...

10 comments :

  1. Goreng pisang pon goreng pisang la. Yang penting tgk gamba dah lapa. Pada aku fenomena tak berapa nak makan ikan maybe sbb ikan bukan menu harian budak2 skrg kot. Dulu aku kekecik ari2 ikan. Ayam tu time raya je n kira lauk mewah

    ReplyDelete
  2. Goreng pisang pon goreng pisang lah, yang penting tengok gamba terus perot berbunyi mintak makan.

    ReplyDelete
  3. salam mayang.....
    kalau yan ratah macam tu je.....mmmm sedap......

    ReplyDelete
  4. Semalam waktu kakcik balik kerja, atas meja makan ada isi ikan goreng tepung hasil tangan anak2. Tapi kakcik tak makan pun sebab dah kenyang. :)

    ReplyDelete
  5. wei sedap ni mayang, KA pown suka !

    ReplyDelete
  6. My other half can eat fish everday and I am going to add your recipe to my list. Sometimes I am so lost on what to do with fish, run out of recipes.

    ReplyDelete
  7. suka ikan goreng rangup2 ni...:)

    ReplyDelete
  8. saya yg tak makan ikan..hehe tp tgk juga la,kalu siakap digeoreng garing saya makan juga

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI