Wednesday 17 October 2012

Sambal Tumis Ikan bilis Bondaku


Mak saya kalau ada aje sedara mara yang datang, pasti akan bertanya tentang masakkan sambal tumisnya, memang sedap dan marbeles (psst puji kasi tahap mael lambong sket, heheheh saje melawak aje ekkk.. masakan ibu manalah yang tak sedap, suma sedapkan kekadang masak ikan goreng pun dah nikmat rasanya). Ari ni saya nak kongsikan tips2 yang selalu mak saya titipkan....

Bahan2

Ikan Bilis
1 Ulas bawang besar
Cili kisar yang telah dikisar dengan bawang besar atau kecil
Sedikit Belacan dalam 1 inci ( kalau ada resdung x yah bubuh pun tak pe)
2/4 cawan santan
Sedikit Garam, Gula dan bahan Perasa
1/2 Minyak untuk menumis (ikut berapa banyak cili yang hendak kita masak)-(update 1/2 cawan ekk jgn bubuh 1/2 botol lak)...
Sedikit air asam

Cara2nya
1. Tumiskan Ikan Bilis dan Bawang besar (sekadar layur sahaja iaitu sekejap kemudian keluarkan dari kuali)
2. Tumiskan Cili kisar sehingga naik minyak, kemudian masukkan ikan bilis dan bawang yang telah dilayur itu..
3. Masukkan Santan dan biar mengelegak masukkan garam, gula dan bahan perasa
4. Akhir sekali perah kan asam jawa, biar mendidih. Tutup api dan hidangkan...

6 comments:

  1. ikan bilis tu kalau digoreng garing dulu sedap kan ;)

    ReplyDelete
  2. ikan bilis sambal.. memang best...

    ReplyDelete
  3. sama ngan KA pown bubuh santan sikit !

    ReplyDelete
  4. tak penah pulak buh santan sblm ni...nak try la, kot rase dia lain sket kan? lagi sedap pe...

    ReplyDelete