KACHINGG $$$$

Wednesday, 24 October 2012

Selamat Hari Raya Eiduladha


Aci tak saya nak ucapkan selamat Hari Raya Eiduladha in advance untuk semua sahabat alam maya saya. Saya akan bercuti pada hari Khamis iaitu esok dan kesempatan ini saya doakan semoga kawan-kawan semua berbahagia disamping keluarga tersayang. Kalau ada kalangan kawan-kawan yang balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Jangan lupa amalkan doa-doa berikut yek..


1. Baca Ayat kursi 1x

2.
maksudnya : Tiada daya kuasa atau kekuatan melainkan dengan izin Allah 
3.
4. Allahuakbar 1 x
5. Selawat ke atas nabi
6. Akhir sekali doa naik kenderaan seperti di bawah

maksudnya : Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami. sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali 

Thursday, 18 October 2012

Follow & Win RM50



Nak join Klik kat sini yer kengkawan 

GIVEAWAY ME & MY FAMILY



Jom kita join segmen bloggers yang osem ni.. Minat klik kat sini ekk
Dateline :: Seperti tertera di atas
Hadiah : Penyertaan awal dapat fridge magnet, Hadiah bestnyer dapat henbeg..

Walaupun telah tiada namun tetap di hati

Besday arwah ibuku pada 14/10/2012, semoga allah cucuri rahmat ke atas roh mu dan di tempatkan di kalangan org2 yang beriman dan yang Kau sayangi YA ALLAH..., (Ya Allah tolong jaga ibuku... selalu dengar anak saya berdoa di kubur neneknyer gitu " YA ALLAH TOLONG JAGA NENEK YER", saya rasa sungguh terharu dan telus kanak-kanak begini.. dan kekadang saya pun berdoa bergitu untuk ibu saya)...RINDU SANGAT KAT MAK........ SANGAT-SANGAT.... terasa kehilangan sungguh, hati ni ada kekosongan sana dan sini... Saya dan anak-anak amat rapat dengan arwah ibu.... Every Weekend .. No.. Every day selepas balik kerja mesti jenguk nenek dulu... sambil makan2, masak2 dan gelak tawa serta tak lupa juga gaduh/marah (dgn cucunyer le, sape lagi), Dalam pukul 9.00 mlm dan selepas selesai solat isyaq baru le bertolak balik.... OOOOO camne tak rindu ... rutin harian tiada lagi include mak saya... beberapa hari selepas ibu meninggal saya dan anak2 masih lagi teringat padanya.....SEMOGA ROH MU TENANG DISANA.... AL-FATIHAH...
ORANGE BLENDED KEK SAHAJA YANG DI HIAS CHOCOLATE GANACHE DAN FRESH CREAM DI SAMPING DI KELILING DI TEPEK DENGAN HAWAIAN COCONUT... TAK SANGKA LAK SEDAP RASANYA, INI AJE DPT DISELAMATKAN.. SELEPAS SUOH MEREKA BERENTI MAKAN SEMATA2 NAK AMIK GAMBO .. EMMM KENDIAN HANYUTTTTTT..... MASUK PERUT
Sempena hari lahir ibuku hari tu kami adik beradik singgah ke kubur ibu beramai-ramai dan sedekahkan bacaan yasin padanya. Tidak lupa juga saya buatkan sedikit Kek Orange blended untuk kami makan adik beradik.. Adikku pula ada juga menyediakan sedikit laksa dan lauk pauk yang lazat2.... ALHAMDULLILAH....

DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA

Saya selalu amalkan doa ini selepas solat...

Wednesday, 17 October 2012

Mi Celup

Heheheheh.... tak de resepinyer yer kawan2 pasai saya pun first taim makan mi ni... Masakan orang Kelantan katanya.. tapi rasanya macam mi sup cuma adalah di letak sedikit serbuk cili (rasanya), buah limau dan kicap pedas pas tu pelik sket ada lak daun kangkung segar ... sape2 yang asal dari Kelantan mesti dah selalu makan camgini ekk... kasi komen sket....


Adakah benar...

Hati menolak keras kemungkinan itu.. tapi segala simptom dapat di lihat secara kasar.... Tapi kemungkinan tetap ada... Cuba membuka hati untuk menerima kemungkinan yang bakal di hadapi, semoga berani menghadapi setiap "outcome".. Semoga assesment ini dapat membantu......... Ya, Allah permudahkanlah segalanya...

Sambal Tumis Ikan bilis Bondaku


Mak saya kalau ada aje sedara mara yang datang, pasti akan bertanya tentang masakkan sambal tumisnya, memang sedap dan marbeles (psst puji kasi tahap mael lambong sket, heheheh saje melawak aje ekkk.. masakan ibu manalah yang tak sedap, suma sedapkan kekadang masak ikan goreng pun dah nikmat rasanya). Ari ni saya nak kongsikan tips2 yang selalu mak saya titipkan....

Bahan2

Ikan Bilis
1 Ulas bawang besar
Cili kisar yang telah dikisar dengan bawang besar atau kecil
Sedikit Belacan dalam 1 inci ( kalau ada resdung x yah bubuh pun tak pe)
2/4 cawan santan
Sedikit Garam, Gula dan bahan Perasa
1/2 Minyak untuk menumis (ikut berapa banyak cili yang hendak kita masak)-(update 1/2 cawan ekk jgn bubuh 1/2 botol lak)...
Sedikit air asam

Cara2nya
1. Tumiskan Ikan Bilis dan Bawang besar (sekadar layur sahaja iaitu sekejap kemudian keluarkan dari kuali)
2. Tumiskan Cili kisar sehingga naik minyak, kemudian masukkan ikan bilis dan bawang yang telah dilayur itu..
3. Masukkan Santan dan biar mengelegak masukkan garam, gula dan bahan perasa
4. Akhir sekali perah kan asam jawa, biar mendidih. Tutup api dan hidangkan...

Tuesday, 16 October 2012

Baby Bak Choi goreng dan tofu telur (cam kat kedai makan tu)

Entah le saya tak tau di panggil ape, tapi kalau kita gi kat kedai makan tu yang kuah dia likat2 semacam tu...

Bahan2
Baby bak Choi
1/2 sdb Tepung jagung/ Ubi (dibancuh dengan sedikit air)
Putih telur sebiji
Bawang putih dan Bawang kecik untuk menumis
Tofu telur yang telah di goreng
sedikit air

Cara
1. Tumis bawang segala... kalau suka perencah masukkan ikan bilis ke, isi ayam ke, udang ke.. (kosong pun tak pe)

2. Masukkan sayur.. tambah sedikit air .. masukkan Tofu telur .. kemudian masukkan bancuhan tepung tadi, bior reneh sekejap kemudian masukkan putih telur .. tunggu mendidih, tutup api dan hidangkan ..

  

Monday, 15 October 2012

Ikan Tongkol masak asam orang Kedah

Jangan gelak baca tajuk resepi ni ekk... sesuka ati saya aje nak letak ape nama pun kannn, masakkan ni saya belajar dari akak ipar saya, kalau ikut kan saya memang saya tak penah pun makan masakan camgini, selalu saya masak asam yang ada bubuh cili tu.... haa.. itu saya tau le asam tumis kannnnnn..... kalau stail camni mak saya letak tauchu.. sama aje cara dia cuma  x de tauchu aje.... Kita boleh guna macam2 jenis ikan .. tak kira le tenggiri ke, Gelama ke, Ikan termenung ke, ikut suka kita lah (psst : kekadang kalau ujung2 bulan (budget ciput) telur pun saya masakkan camgini tau.. ok gak sedap.. nak wat camne stok telur aje yang kat umah saya banyak.. ye le kannn ... nak membaking katanyer..... (Daaaaaaa........baking le sangat, sambil letak tangan atas bahu ala2 nabil raja lawak).... Membebel banyak sangat .... Jom skodeng resepi.... mudah aje semudah one, two jus....


Bahan2

Ikan (digoreng dengan garam dan kunyit terlebih dahulu)
2-3 biji Cili Hijau/merah
Air Asam Jawa
Garam secukup rasa
1 bj Bawang merah Besar
2 - 3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Bahan perasa a.k.a Ajinomoto (kalau x mo, letakkan sedikit gula dalam 1 sudu kecil)
1 Biji Tomato

Caranya

Tumis Bawang, Bawang Putih dan halia sehingga naik bau , Masukkan Cili Hijau, tunggu sebentar, kemudian perahkan air asam, Masukkan ikan dan masukkan garam + gula/ajinomoto,  tunggu hingga mendidih, masukkan Tomato dan tunggu sehingga tomato masak kemudian tutup api dan hidangkan...


Tart telur

mengot-mengot tart ni.. tapi alhamdulilah sedap..


Sumber dari Myresepi : Hanis

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
SAYA TAK BUAT PUN PASTRY TU SEBAB SAYA GUNAKAN PASTRY READYMADE CAP KAWAN...
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula (saya guna 3/4 cawan aje)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati
  8. Kemudian masukkan fillin dalam Shell tart tadi dan bakar sekali lagi sehingga selama 10-15 minit dengan suhu 180'


Friday, 12 October 2012

Pavlova jadi tak jadi..

Nape saya bagikan nama pavlova tu gitu... sbb saya main campak2 suma bahan-bahan dalam mixing bowl .... pas baca resepi , baru perasan kena pukul telur dan gula tu sampai meringue dulu... apa nak buat saya redho aje, sambil berdoa semoga pavlova ni menjadi .. Alhamdullilah menjadi akhirnya

Bahan2

Bahan A
3/4 telur putih (Lebih kurang 4 biji)
1 cawan gula icing (1 1/2 kalau suka manis)
1 sdt vanilla powder / esen
2 sdt tepung jagung
1 sdt cuka/ cream of tatar @ jus lemon (saya guna cuka epal)

Bahan B
2 cwn whipping cream (ready to mix, tak perlu tambah gula lagi)
sedikit Buahan segar seperti strawberi, anggur, pic, kiwi atau bluebery

Cara2, saya ekk.. kalau salah tolong betulkan sendiri... tapi cara camgini menjadi lak..

Pukul bahan A sehingga meringue.. (maksud meringue ialah adunan bertanduk dan apabila diterbalikkan mixing bowl tu adunan tak akan tertumpah)

ihsan dari google , lebih kurang begini le rupa meringue
 Kemudian ambil baking paper dan paipkan atas baking tersebut mengikut kreativiti kita, bakar pada suhu 180' dalam masa 15 minit atau masak (berubah warna kecoklatan)

Bila meringue telah sejuk pukul whipping cream sehingga berat dan kemudian sapukan/paipkan diatas pavlova tersebut. Jangan lupa letakkan buahan diatas pavlova .. siap.. boleh di makan .. tak susah mana pun kannnn..... jom kita ngapp...



Thursday, 11 October 2012

Anak-anakku

Doa untuk menangani anak nakal
Anak-anak ni banyak betul kerenah dan ragamnyer yang kekadang menguji tahap kesabaran kita tapi sebenarnya dalam islam ada cara-cara untuk melembutkan hati anak2. Di bawah ini saya sharekan bersama-sama kengkawan untuk amalan kita bersama..

1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.


Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa 

Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102 

Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24 

Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
 
Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.



memukul anak2 bukan jalan penyelesaian yang terbaik


RAGAM ANAK-ANAK SAYA PULAK:

Anak No. 1 : Suka sangat melukis .. abis rumah saya penuh dengan hasil inspirasi  beliau... adoila yg paling x tahan lukis bendera Malaysia sebesar2nyer dalam bilik dia sambil menjerit MERDEKAAA... sabar ajelah 
Anak No. 2 : Kaki mengusik dan kaki cari idea... tak penah kering dengan idea2 yang bernas untuk  havoc kan satu umah...  Penah mengkudakan kambing sambil menjerit2 YEEEHAAAA... yg peliknyer kambing tu leh redho aje..... , Penah mintak belas ihsan mak cik kuih kat stesen LRT mintak kuih free...., Mulut toksah cakap...pot pet pot pet cam orang tua.... Penah bela berudu (sorok2 dari umi) sehingga berudu tu kuar 4 kaki, menangkap katak puru dan dibuat binatang peliharaan dalam umah   (ini pun umi dia x tau), kerjayaaan terbesar terjun dalam kolam hiasan ofis depan pejabat umi sambil cuba menangkap ikan koi (acara wajib beliau kalau Abah datang amik umi kat ofis)....  (ini le mastermind yang penting dalam umah)
No. 3 : Hensem tak? hensem kan sorang ni kalau tengok cam anak korea... hehehe umi dia kena puji lebih sket ekk Kaki pomen ... abis suma barang umah di pomen kan beliau .... hasil kejayaan beliau :  Vacum abis jahanam... lepas dia bukak suma skru, Kereta2 mainan abis di buang segala skru... , Segala jenis pen kalau sampai ke tangan beliau konfirm abis togel suma, Dekoder astro.. abis di pijak2 sebab tak puas ati kenapa no channel tak kuar2 dan tak lupa juga stroller mainan adiknyer abis patah riuk sbb bergaduh ngan abg, mengunting 2 keping duit RM5 untuk di bahagi2kan dengan abang2nyer..... hwa..hwa sayang tul duit tu tau dan kerjayaan terbesar merendam henfon umi yang baru di beli ke dalam aquarium ikan.....)
No.. 4 : Minah sorang ni kecik lagi lum nampak lagi belang nyer, tapi yang pasti suka mencubit abg2nyer kalau depa wat nakal dan selalu membantu uminyer preparekan hanger untuk bantai abg2 nyer kalau depa wat nakal...... (umi gempak aje hanger tu ... hehe bkn siyes nak bantai pun .. sayang oooo... tapi kalau kena tang kaki aje le umi bantai pun ... itu pun depa nangis macam nak pecah umah .....)

TAPI YANG PENTING KALAU SEORANG AJE TAK DE KAT UMAH DAH CUKUP RASA SEPERTI ADA YANG TAK LENGKAP......










Wednesday, 10 October 2012

Fuhhh... lega..



Alhamdullilah, arini seharian saya bertapak kat blog KA, melunaskan Blogwalking dalam segmen yg saya sertai... saya memang le jarang sangat sertai segmen, boleh dikira dengan jari , tapi kalau saya masuk sesuatu segmen saya akan berusaha bersungguh (selalu le lambat sikit, haruslah begitu sebab saya bekerja ye kengkawan), dah selesai baru le saya sertai segmen lain lak..JANGAN INGAT SAYA SOMBONG EKK.... kalau ada yang menjemput .. tapi saya tak sertai ekkk... saya tengah tumpukan pada satu segmen dan ke segmen yang lain ..

sori tuan umah tak de sibuk berjalan2 ke blog org

WOW RAJA EMA KE TU???

Gambar terkini..



Nak kongsi dari blog Kak fida, motif saya sebenarnyer mmg saya beno2 terkejut Raja Ema leh transform begitu cantik.... Wah tak sangka ekkk... Rasanya gambar dia terkini lebih cantik dari gambo masa dia anak dara.. Bukan ape suami saya cukup minat beliau ni...... selalu sambil sidai kain dok nyanyi lagu angan2 yang glemer tahun 80an dulu... (motif : jelesnyer nengok raja ema ni... cantik le ...). Tapi sebenonyer toksah susah ati kalau kita retis tentu kita pun bleh cantik camgitu (nak pujuk ati le ni ekkk).. Psst : katanya raja ema dah berumur lebih 50 thn... ooo kalau cengini le cantik dah macam umo 20 an....
masa Kahwin dengan sheqal dulu.. (pinjam gambar aje ni)

masa anak dara dulu

Kelako hah...

Tuesday, 9 October 2012

HWA.. HWA.. NANES X HINGAT

Auuuuwwww cekci mekci nyer
kena camgini gamaknyer baru kuyus...
Problemmm.. betul2 problem... apasal le selera saya semenjak dua menjak ni bertambah.... makin makan ubat kurus makin lak menjadinyer... Tindakbalas dari ubat tu ke?? musykil betul saya..... Hai le selera .. udah2 le tu.. kasi can le tuan badan nak kuyus sket..... Aritu saya ada beli BURNER... kekonon nak kasi bako lemakkkk... emmm tak ade efek punnnn.. kita kasi bako same dia.....(versi hangat ati), makin di timbang makin naik lakk.... (Jangan ada isi lagi.....udah le....oooo seram gak acik ni..... )
Timbang jangan tak timbang
Produk ni le saya amikkkk... arap2 berkesan sbb baru seminggu aje makan...
Aikkk kalu Gemuk camgini ... aci takkkk ... tapi acik lum bersedia lagi  ni .. camno tuuuu..

Monday, 8 October 2012

BESDAY BELLA

Besday baby girl saya pada 24/9/2012, pejam celik dah 2 tahun anak umi. Cepat betul masa berlalu ... tapi aritu saya tak wat ape2 pun sebab ayahnya balik kampung, kek pun saya buat sendiri (blueberri cheese cake with fresh cream) cuma kami dan abang2nya bacakan yasin dan mendoakan adiknya sahaja NURSALSABILA BINTI HARUN, SEMOGA ANAK UMI BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT YER SAYANG.....
Nur Salsabila Binti Harun 

Kek sempoit aje...


baru bangun tido.. abgnyer suoh potong kek..

Wednesday, 3 October 2012

Perasmian Sekolah Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah (Sekolah Anak Saya Lah tu...)


Saya ambil artikel ini dari salah sorang blogger, saya war war kan disini supaya sesiapa yg berminat untuk mendaftar anak mereka di sini, boleh le mendaftar yek, alhamdullilah sejak anak saya bersekolah di sini byk perubahan dari segi akhlak, akademik dan rohani anak2 saya .....
 Anak saya terlibat dengan acara2 yang di anjurkan sekolah, ada anak saya yang terlibat dalam lakonan dan ada gak yg masuk nasyid... hehe lama dah acara ni baru sekarang saya nak upload gambarnya....









Pendaftaran Pelajar Tahun 1-6 Mahad Tahfiz Sains Az-Zahrah

Gombak : Dalam melahirkan pemimpin Islam yang cemerlang seimbang akademik dan islamik ia bermula daripada ibubapa dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. 
 
Fenomena hari ini amat membimbangkan seluruh masyarakat umum dan pimpinan apabila  jenayah semakin meningkat di peringkat usia muda.


Kajian menunjukan  perkara ini berlaku  berpunca kegagalan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak mengenal Allah SWT , menerapkan nilai-nilai murni, pendidikan di rumah serta sekolah , kata Pengetua Sekolah Mahad Tahzif Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ), Nazratun Nafizah  Akhtar Husin kepada pemberita.


Menurut beliau, pelbagai tindakan telah diambil pihak berwajib dalam mengatasi masalah gejala sosial dikalangan pelajar  namun isu ini masih tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Justeru, pihak MTSFAZ mengambil inisatif untuk membantu pimpinan dan masyarakat menyelesai masalah ini dengan menubuhkan Sekolah Mahad Tahfiz Sains yang bukan sahaja fokus pada pendidikan islamik namun menitik berat dalam akademik juga.

Tambah Nazratun, saya percaya apabila pelajar dibentuk sejak dari kecil mengenal Allah SWT, Rasul mengamalkan Al-Quran, Al-sunah dalam kehidupannya serta menitik berat dalam bidang akademik insya-Allah sedikit sebanyak masalah ini selesai juga.

Ujarnya lagi,  selain itu Ibubapa juga harus memberi kerjasama dengan sekolah serta memberi perhatian terhadap anak-anak agar mereka tidak merasa kehilangan tempat mengadu kerana kesibukan ibubapa dalam kerjaya.
Ustz Zahazan dan Utz Mohamed Amin menyampaikan Forum Hal Rumahtangga.
Bagi pihak MTSFAZ, dalam membantu menyelesaikan masalah ini kita telah adakan Forum  Hal Ehwal Rumahtangga sempena perasmian MTSFAZ   Majlis Makan Malam Amal di Dewan Komuniti, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak.

Antara Penceramah yang diundang Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin. Ibubapa pelajar diberi peluang untuk mengemuka pelbagai soalan kepada penceramah, katanya.

Pemberita difahamkan oleh Pengetua MTSFAZ, pihak sekolah memerlukan dana pembangunan, dan kelengkapan alat membantu mengajar yang berteknologi multimedia dan efisien untuk memberi keselesaan kepada semua pelajar.

Menurut Nazratun,  MTSFAZ memerlukan dana sebanyak RM100,000. Sumbangan boleh di salurkan kepada  The sritifaz global. Akaun nombor  562405603814 maybank.

Pendafataran pelajar baru sesi 2013  tahun 1 telah dibuka. Masyarakat yang berminat untuk menghantar anak-anak ke MTSFAZ, boleh menghubungi talian 013-6893185, Che Sue, Ketua Pengurus Projek Pemasaran MTSFAZ.  
 

MOHON BANTUAN DAN MINTAK KAWAN2 SHARE ARTIKEL NI

SHARE DARI KAWAN BLOGGER SAYA, CIK AZLYZAH

Assalamualaikum wbt.
Mohon kawan2 blogger lain share artikel ne.Sama2 kita membantu meringankan beban beliau.Artikel ne saya jumpa dari Fb,Jadi sesiapa yang nak copy ataw share tak payah nak mintak izin.Sama2 kita membantu,Tak dapat bantu melalui wang,Kita kirimkan doa pun dah berbaloi.Semoga penyakit beliau dapat di sembuhkan dan semoga beliau sentiasa tabah dalam mengharungi ujian Allah swt.

1. Ezmi kini terlantar & dijaga oleh ibunya di Batang Kali, Selangor
2. Telah menjalani perubatan moden ditahap tertinggi, namun pihak hospital telah menemui jalan buntu apabila ianya tidak berkesan.
3. Ezmi kini tidak lagi meneruskan pengambilan ubat2an moden.

4. Ezmi mempunyai 2 org anak berumur 10 & 7 tahun yang setia menemaninya.
5. Ezmi ialah seorang bapa tunggal & anak sulong dlm keluarganya.

Bantulah dengan ikhlas, walaupun sekadar sepotong doa.
Share!!!
 

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI