Thursday 26 July 2012

Jeli Kelapa Muda

Sedap makan taim bulan Ramadhan ni, di samping dapat menyejukkan badan rasanya pun sedap jugak.. Memang selalu guna resepi di bawah ni sbb ahli keluarga saya ramai, kalau dah makan satu mmg nak menambah aje.. lagi2 kalau makan sejuk2

Sumber : my resepi 
Oleh : hasiah63



Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar - yg clear
2 cawan gula pasir - klau nk manis, lebihkan
8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
8 cawan air biasa
2 helai daun pandan
Isi kelapa

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.

2. Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.

3. Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.

4. Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa.

Wednesday 25 July 2012

Kereta terbang

Ngeri lak tengok kete tu terpacak camgitu... tapi jangan terkejut pemandu dia selamat... Alhamdullilah...

Baju hijau ini pemandu kereta tersebut, alhamdullilah selamat...



ngerikan ... tapi agak unik lak .. camno nak kuarkan kete tu gamaknya..

Pengantin Remaja



Comel kannnnn...
ape le perasaan dowang ni.. suke aje nampaknyer...
Biasalah saya mesti lambat.. maklumlah ketapi wap.. tapi saya amat berbangga + terkejut  bila dapat berita berkenaan dengan pengantin remaja yang berumur 16 thn (Syafiq) dan 14 Tahun (yana). Habis dipukul canang di setiap laman web, dengarnyer perkahwinan berlangsung di Pahang. Kiut betul mereka berdua ni ..at least dengan cara ini dapat mengelakkan zina dan dapat melahirkan anak2 yang sah taraf nasabnyer.. Amin.. dari segi agama mmg tidak menghalang.. cuma adik2 perlu tahu tanggungjawab masing-masing sedangkan saya yg dewasa ini memerlukan keserasian dan kesabaran yang tinggi dalam perkahwinan apatah lagi mereka yang masih setahun jagung... Pada pendapat saya mereka kena lebih mendalami dari segi agama supaya tidak tersasar... (pssst : setuju tak dengan saya.. mereka juga perlu mengamalkan perancangan keluarga, at least sehingga abis sekolah kannn...)



Kalau nak tengok video nyer pun ada gak leh tengok kat bawah


Tuesday 24 July 2012

Menu Iftar

Bercadang nak buat roti jala (cam kat bawah tu) .. dengan kari ayam... senang menu 2 in 1.. bleh di makan dengan nasi di samping di buat juadah sampingan.. saya selalu cam gitu .. suka ngelat suma nak express

tapi teringin lak makan ni...




Uishhh tak sempat.. kena pospond wat wiken nanti..confirm tak sempat nak wat ni ....

Tak sempat nak berblogwalking



Wa  wa waa... lama nyer saya tak menjenguk blog kengkawan saya.. sedih rasa nyer.. insyallah akan saya usahakan ... tak sabar rasanyer.. nak skodeng depa ....


Selamat Berpuasa



Wah lamanya tak jenguk blog ni.. apa pun kesempatan ini rasanya masih belum terlambat saya ucapkan selamat berpuasa... Pssst apa menu arini??????

Monday 9 July 2012

JOM TAMBAH GENG BLOG


 KLIK KAT SINI EKK..

TARIKH TUTUP : 25HB JULAI 2011
TAG 2 ORG RAKAN SAYA;


Mini Chicken Pie



Jom makan Pai Ayam mini, buat wiken aritu, buat jualan untuk katering kawan somi.. entah apele rasanye.. Anak2 kata sedap.. Cuma kali ini saya fusionkan saya wat ala2 asian, saya karikan inti pai tersebut... Hehehehe.... pepandai aje saya ni.. kekonon berharap mereka yg makan akan suka lah ... hehhehe. Komen dari abg katering tu... lenkali toksah wat bubuh kari.. wat macam biasa yg creamy with herbs and chicken only.. Tak kesah le labu .. tapi memang saya amik serius komen abang tu.. akan saya improve lagi yek..

Bahan2 Kulit Pie(nak lagi mudah & cepat.. guna aje pastry kawanku ataupun readymade roti paratha)

4 1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan air sejuk dari peti ais 
1 cawan butter
1 biji Telur (untuk disapu pd atas pai, saya amik putih dan kuning sekali yg selepas saya kocokkan dan dapati permukaan tart lebih berkilat)

Cara2nyer
Campurkan semua bahan (kecuali air) sehingga menjadi serbuk roti....masukkan air sedikit2 sehingga membentuk menjadi doh. Kemudian masukkan kedalam plastik dan simpan dalam petiais selama 30 minit

Inti Pai (inti ini boleh di pelbagaikan mengikut citarasa)

Sayur campur (mixed vege) secukupnyer
Daging ayam cincang
Chicken hot dog
Secukup Bawang kecil
Bawang putih 
sedikit halia
Lada hitam 
Serbuk kari 
susu Cair (dalam 1/2 cawan)

Cara2
1. Tumis bawang, bawang putih & halia, biar wangi dan kuning kemudian masukkan rempah kari, tunggu rempah garing.
2. Kemudian masukkan daging ayam cincang dan hot dog, masukkan susu cair, taburkan lada hitam. kacau. biar masak sekejap dalam 10 minit gitu
3. Masukkan sayur campur, biarkan dalam 5 minit...kemudian tutup api 

Last sekali, apabila inti dah sejuk bolehlah assemblekan pai ayam ni, ala2 cam wat karipap... tapi saya kepilkan tepi2 pai dengan garpu ekk.. kemudian bakar dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 180' dalam 20 minit. (sebelum itu panaskan oven dahulu dalam 10 minit)





Friday 6 July 2012

Cream puff...

Suka tak makan cream puff, saya sungguh suka... aritu kawan somi saya ada ode cream puff, so saya wat lebih sket untuk wat makan2 kat rumah saya, lagi pun anak2 suka sangat makannya. Saya plak suka cream puff yg castardnye di paip terus kedalam, tak suka yg belah tengah kemudian masukkan inti kastad ( banyak songgeh hokey, saya ni..) tapi kalau malas hadapkan jugak yg tersentil2 tu...Intinya pula saya suka yang simple begini tanpa menggunakan susu atau telur atau butter.

saya suka gunakan nozel polos yg kecil dan paipkan terus inti masuk dalam CP saya ..

cream puff yg selepas melalui proses Quality Check, so yang tak lawa2 ni tinggal kat umah untuk di ngapppp..

Cream puff

Sumber : my resepi
Dari : Yani

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak (saya guna tepung naik sendiri)
2 biji telur(100g)

Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

Masukkan telur, kacau cepat-cepat (saya guna mixer sekejap.. hasil lagi cantik dan cepat)

Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.

Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. (part ni saya tak buat pun.. x renjis air.. x turunkan suhu cuma bakar pada suhu 180 untuk 30 minit atau sehingga perang)..

Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim

Intinya

12 camca besar gula
9 camca besar tepung kastad
3 cawan air/susu cair
sedikit garam


Cara2

1. Maskkan air, garam dan gula sehingga mendidih, Bancuh tepung kastad dengan sedikit air dan kacau sehingga sebati.

2. Apabila air mendidih masukkan campuran kastad dan kacau cepat2 sehingga berkilat. Ok dah siap inti kastad kita.