KACHINGG $$$$

Wednesday, 27 June 2012

PROJEK BESO : PEMBIKINAN EGGLESS CARAMEL..


Beso lah sangat.. tak de le besar mana pun.Saya suka makan Caramel tak kira lah eggless ke atau tidak. Tetapi oleh kerana projek ini berjalan semasa saya sedang membentuk tubuh badan so, better kita avoid egg yek....Resepi seperti biasa le amik kat my resepi ekk..

Resepi oleh : Firasyira
Tokang ulang buat : Mayangsayang



Bahan-bahan
A)
 2 senduk gula
B) 
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
C) 
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh vanilla
(Campur sebati semua bahan C)




Cara-cara
1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..

2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang besi gula hangus.

3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

6 comments :

  1. Kak Ros dan anak2 dara kat sini suka cream caramel.Tapi entah kenapa malas nak buat..nak tunggu bulan puasa la tu..baru nak merajinkan diri sebab lapor....

    ReplyDelete
  2. boleh try ni...mesti anak su suka...

    ReplyDelete
  3. tq mayang,, nnti cuba wat yg ni pulak

    ReplyDelete
  4. salam mayang......
    nampak macam best je...!!!!!
    nanti yan cuba buat jadi ke tak ye..!!!!

    ReplyDelete
  5. TQ Mayang, boleh cuba sebab anak akak allergic telur. Kesian dia bila setiap kali kitorang makan Egg Caramel yang biasa tu.

    ReplyDelete
  6. baru semlm my anak buah tanya mcm mana buat karamel ...

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI