KACHINGG $$$$

Friday, 29 June 2012

Pomegranate atau Buah Delima..





Telah disebut di dalam Al-Quran, firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

Saya baru-baru ini beli buah delima. Sungguh terkejut saya sangatlah mahal harganya. Tapi nasib baik saya bijak pandai memilih buah delima yg telah jatuh harganya, Walaupun buahnya agak sikit kusam tapi isinya tetap mantap. Bagi ibu2 mengandung amat sesuai dan disarankan memakan banyak buah delima ini.


Banyak sungguh kelebihan Buah Delima dan telah pun di sebut dalam Al-Quran. Marilah kita sama-sama mengamalkannya.


Tengok harga dia.. Aduhai, nasib baik ada less
Walaupun Luaran nampak buruk tapi dalaman dia mantap sekali


Cuba tengok, ranum sungguh isi dia, puas ati makan dan berbaloi betul harga dia... Bijak membeli  menang memakan... heheheh..
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

13 comments :

  1. Best buah ni, akk pon suke
    masam manis rasanya..
    nasib tak ngandung
    kalo tak jenuh nk pi caik jugak
    hahaha

    ReplyDelete
  2. orng kata makan buah delima leh kurus juga tau

    ReplyDelete
  3. tiap kali ngandung, perkara wajib utk mkn sebiji buah delima. makan sampai habis, jgn tingal sebutir pun.

    ReplyDelete
  4. byk yer kelebihan buah ni..tp tu la mahai harganya..kalau mahal tp isinya tak buruk puas hati..

    ReplyDelete
  5. Gila murah harga lepas less...pandai cari.

    ReplyDelete
  6. best tak buah tu...jakun xpenah mkn...tgk selalu...hihihi...berbaloi la beli buah tu dgn hrga yg cmtu...

    ReplyDelete
  7. da lama da tak makan...dulu kecik2 mak cita yg buah delima tuu mmg feveret cik siti...hehe...http://eimah2328.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. tak penah makan buah delima..org cina suka tanam ni..dieorg pun tau buah ni byk khasiatnye kan..

    ReplyDelete
  9. Berapa ringgit buah Delima tersebut...heheheh

    ReplyDelete
  10. jom join

    http://ibulala.blogspot.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak_23.html

    ReplyDelete
  11. saya suka dgn buah delima ni . mkn sebutir sebutir sambil tgk tv ... kat kg dulu ada pokok ni tapi dah mati ...

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI