Friday 29 June 2012

Pomegranate atau Buah Delima..





Telah disebut di dalam Al-Quran, firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

Saya baru-baru ini beli buah delima. Sungguh terkejut saya sangatlah mahal harganya. Tapi nasib baik saya bijak pandai memilih buah delima yg telah jatuh harganya, Walaupun buahnya agak sikit kusam tapi isinya tetap mantap. Bagi ibu2 mengandung amat sesuai dan disarankan memakan banyak buah delima ini.


Banyak sungguh kelebihan Buah Delima dan telah pun di sebut dalam Al-Quran. Marilah kita sama-sama mengamalkannya.


Tengok harga dia.. Aduhai, nasib baik ada less
Walaupun Luaran nampak buruk tapi dalaman dia mantap sekali


Cuba tengok, ranum sungguh isi dia, puas ati makan dan berbaloi betul harga dia... Bijak membeli  menang memakan... heheheh..
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Thursday 28 June 2012

SEGMEN I FOLLOW


Terima kasih adik sebb jemput akak untuk sertai segmen ini.

Syarat2
1. Ada Blog
2. Follow Blog ini dan ini - WAJIB
3. Like Fan Page ini - TAK WAJIB
4. Buat Entri SEGMEN : I FOLLOW DAN STICK KAN BANNER DIATAS
5. Tinggalkan Link Entry di blog berikut

Banyak no Wajib tak wajibnyer.. Ape pun I Follow aje...

Wednesday 27 June 2012

PROJEK BESO : PEMBIKINAN EGGLESS CARAMEL..


Beso lah sangat.. tak de le besar mana pun.Saya suka makan Caramel tak kira lah eggless ke atau tidak. Tetapi oleh kerana projek ini berjalan semasa saya sedang membentuk tubuh badan so, better kita avoid egg yek....Resepi seperti biasa le amik kat my resepi ekk..

Resepi oleh : Firasyira
Tokang ulang buat : Mayangsayang



Bahan-bahan
A)
 2 senduk gula
B) 
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
C) 
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh vanilla
(Campur sebati semua bahan C)




Cara-cara
1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..

2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang besi gula hangus.

3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

Tuesday 26 June 2012

Doa lupa barang hilang


Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam  mencari barang hilang


Caption bagi beso.. biar selalu baca dan amalkan dikala hilang barang...
Hari ni sangatlah bad mood, Hmm kunci kete hilang ... kat ofis lagi tu. Sebenarnya dari semalam hilangnya sehinggalah saya terpaksa guna kete ofis untuk balik rumah. Serius, blur giler dan tak boleh recall kemana saya letakkan kunci tu. BLANK (hmmm, that's the right word to decribe the situation) . Sedih x tau nak cakaplah, kat umah tu tak senang duduk dok mengaplikasikan atau melakonkan semula saat2 saya hilang kunci tu. Kat FB abis saya pukul canang berkenaan kehilangan ini dan ada diantara kawan seofis saya membantu mencari bersama saya. Adoila... saya google di internet dan try baca doa ni sambil mencari kunci tersebut.. Lunch tadi kawan ajak pergi makan, hati ni amatlah berat hati nak pergi sbb hati, jiwa dan perasaan saya tak tenang di sebabkan kehilangan itu. Kalau tak jumpa arini, alamatnye kena pinjam kete ofis lagi le nampaknya. Saya tak selesa sgt, walaupun bos amat mengalu-alukan saya menggunakan kereta kompeni tapi saya tak mahu termakan budi orang dan itu memang perangai dan prinsip saya. Biar saya susah. Dalam kata lain, macam somi saya cakap very the DEGIL sbb saya memang tolak nak guna kereta ofis ni, tapi dok fikir nak balik macamana ? so saya terpaksa le terima gak (poyos aje aku ni). Oleh itu, (berbalik pada cerita pegi makan tu) saya pun dok fikir nanti kalau x makan lapar pulak, so saya gagahkan diri gak. Tetiba timbul niat di hati nak tanya kat pemilik kedai tu ada tak terjumpa kunci kereta Wira dan penuh semangat dia menjawab "Ada". Wah macam nak melompat2 kat situ. nak peluk akak tu pun ada gak, tapi dok fikir nanti orang kata oberakting lak, so saya simpan ajelah niat saya tu, sampai limau ais bungkus yang saya ode terus tak ingat, punya lah happy katakan.. Berbaloi gak mengamalkan doa ni. Alhamdullilah allah dengar doa saya. Bersyukur sangat. (psst: Kunci spare x de sbb dah hilang, tokang hilangkan saya lah jugak.. heheheheh...).




kalau ada diantara kengkawan yang jumpe kunci pesen camni dan ketahui saya ada  hilang kunci, infom saya yek..

Monday 25 June 2012

Furry Red Velvet with Lemon Cheese Frosting

Furry Red Velvet Cake a.k.a Kek Beldu Merah Berbulu, hahahahah...., berbulu x tahan. Sungguh tergoda dengan Lemon Cheese Frosting, sangat le sedap dan Harum sekali, Resepi saya ambil disini ekk. Cuma frostingnyer saya lebihkan parutan Lemon dan saya tambah Lemon oil. Harum sungguh... Lenkali leh cuba resepi ni lagi.... Banyak yang saya tukar, saya x guna cuka biasa, saya gantikan dengan Apple Cider, begitu juga buttermilk tidak di gunakan dalam resepi ni dan saya gantikan dengan low fat yogurt, begitu juga minyaknyer saya guna minyak jagung, almost healthy ingredientnyer, tapi tang cheese tu tetap berlemak2. Tak lupa juga, ingin mengucapkan terima kasih pada kak mimi kerana sudi mengoder dan mencuba. Deko simple2 saja sbb kak mimi nak wat makan-makan aje kat umah... Kalau nak lebih dari deco ni leh le infom aje kat saya...


Friday 22 June 2012

SEGMEN HUJUNG MINGGU: AKU FOLLOW KAU FOLLOW




Kalau nak join sila klik di sini. Segmen berlangsung dari Jumaat 22/6/2012 - 24/6/2012.


RED VELVET WITH TRADITIONAL FROSTING..


Ingredients

  • 1 cup butter, softened
  • 3 cups white sugar
  • 6 eggs
  • 1 ounce red food coloring
  • 3 tablespoons unsweetened cocoa powder
  • 3 cups all-purpose flour
  • 1 cup buttermilk
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 tablespoon white vinegar
DIRECTION 
  1. Preheat oven to 325 degrees and grease and flour three 8 inch cake pans.
  2. Mix 1 cup butter with the sugar until light and creamy and then add eggs, one at a time, beating well after each addition.
  3. Mix together the red food coloring and the cocoa to form a paste and then and add it to the egg, sugar and butter mixture.
  4. Add flour alternately with buttermilk, mixing well after each addition and then add the vanilla and salt.
  5. In a separate bowl, mix the baking soda and vinegar together. Once blended, add this to the cake mixture immediately gently stirring it into the mixture and being careful not to over mix.
  6. Divide batter equally between the three prepared cake pans.
  7. Bake at 325 degrees and bake for 25 minutes, or until toothpick inserted in the center comes out with moist crumbs. Do not over bake or the cake will be dry. Allow to cool.

Traditional Red Velvet Cake Frosting

Ingredients:
  • 2 cups milk
  • 10 tablespoons all-purpose flour
  • 2 cups white sugar
  • 2 cups butter
  • 2 teaspoon vanilla extract
  • Directions:
    1. Combine the milk and the flour in a medium saucepan over low heat, stirring constantly until the mixture thickens.
    2. Set aside to cool completely, but not in the refrigerator.
    3. Cream together the butter, sugar and 1 vanilla and beat for about 4 minutes until light and fluffy.
    4. Stir in the cooled milk and flour mixture and beat continually until the frosting reaches spreading consistency.
    5. Frost the cake layers immediately.

    Thursday 21 June 2012

    Eggless Chocolate Chip Muffin

    Love this recipe because no Egg involve and it easy to prepare. Adding a teaspoon of Coffee emulco make this muffin so delicious. Got this recipe from my fb fren.. (meroyan sepeaking omputih lak ekk)


    Ingredients

    2 cups of flour
    1 cup of Condense milk
    1 cup of sugar
    1 cup of warm water'
    1 cup of vegetablel oil
    1 teaspoon of baking powder
    1 teaspoon of Vanilla Essen
    1 teaspoon of Coffee Emulco (or instant coffee, should be ok too)
    1/2 cup of cocoa powder
    Chocolate chip to put on top of the muffin

    Preparation

    Put all the ingredient together and stir until incorporate. Put 3/4 batter into the paper cup and bake for 20 minutes with 150"c (oven temperature).

    I tell you, its so easy to prepare...... hahahah



    Monday 18 June 2012

    MEROYAN BACA NOVEL

    Wah tajuk atas tu... tapi bukan betul-betul meroyan ekk. Sejak fenomena felem Ombak rindu ni, makin menjadi-jadi minat saya membaca novel.. Adoila, apa nk buat ngan novel melambak kat umah tu ekk. Lagi pun ofis saya ni dekat sgt ngan ofis Kaki Novel, tu yang kekadang ada cite novel baru yang best keluar terus saya terjah ofis Kaki Novel, lagipun saya leh dapat harga murah..... hehehehhe...(mmg saja nak pikat aku datang selalu ekk...)

    Saya baru beli buku ini

    dan ini

    JOM JOIN BLOGLIST CIK BUNNY



    Salam, Jom korang join segmen ni.. saya ni mmg le kurang pengetahuan tentang bloglist2 bagai ni. Kalau dulu saya tak tau pun apa fungsi join segmen2 camni. Tapi sekarang saya dah tau kepentingannya. Terima kasih pada blog Kesuma Angsana kerana sudi mengetag (betul ke ayat ni) saya. So, saya pun follow jugak.... I FOLLOW...

    So kalau korang berminat nak join, jangan lupa klik kat sini ekk.

    Saya Tag, 3 Orang kengkawan ALAMAYA saya ekk..

    PASTA IN THE TOMATO SOUP

    Simple, sedap dan marveles. Saya sangat malas le masak, tapi perut minta di isi. Anak-anak pun asyik tanya "umi takde ke makanan". So saya pun buat le pasta ni.. Orang kata Pasta Express... (psst : saya ni mmg antoo tomato.. x kira le tomato mentah hingga le ke Puri tomato.. dan tak lupa juga nasi tomato.. hehheheh)

    Jamu mata ajelah ekkk...




    Sunday 17 June 2012

    Alhamdulillah ....




    Sungguh tidak disangka, hari sabtu haritu merupakan majlis perjumpaan ibu bapa bagi membincangkan kemajuan anak-anak. Alhamdullilah, anak saya Muhammad Zuhair Zharfan berjaya mendapat no. 1. Bersyukur sangat.. Semoga abang teruskan usaha dan berjaya selalu untuk peperiksaan yang akan datang... Amin. Untuk anak saya yang ke 2 Muhammad Hafiz teruskan usaha, sungguh banyak kemajuan yang dipamerkan, walaupun mendapat tempat ke 18...(byk main sebenarnya yg no 2 ni)

    PIZZA LAGI

    Dapat repeat order dari kawan. Terima kasih, semoga rezekiku bertambah selalu... Alhamdullilah ...

    sebelum di bakar

    closed up sebelum dibakar

    selepas di bakar

    MANGGO YEAST SUGAR TART


    Saya teringin sangat makan yeast tart, Dulu saya pernah buat menggunakan epal dan blueberi, tapi masa tu saya belum berblogging lagi. Tapi stok mangga banyak di rumah, hasil dari tuaian di kampung haritu, so bagi menghabiskan stok mangga saya, saya pun merajinkan diri membuat manggo yeast tart ni yang memang merupakan kegemaran saya. Kepada peminat-peminat tart bolehlah mencuba tart jenis ini yang pastinya memberikkan kelainan. Saya dapatkan sumber resepi dari sini

    Apple yeast sugar tart
    from The Cook's Companion

    TAMBAH ALMOND


    1 ¾ cups (245g) all purpose flour, sifted
    pinch of salt
    1 tablespoon caster sugar
    1 teaspoon instant yeast
    1 egg
    ½ cup (120ml) warm whole milk
    2 tablespoons (28g) softened unsalted butter
    2-3 eating apples – I used Gala apples (saya guna buah mangga, boleh dipelbagaikan jenis buahnya)
    1/3 cup (67g) demerara sugar (saya guna brown sugar)
    ½ cup (120ml) thick cream* (saya guna whipping cream)



    Place flour, salt, sugar and yeast into a bowl. Whisk egg with milk and mix into flour mixture. Work in butter and knead to a smooth, thick batter – I used my Kitchen Aid with the hook attachment. Place in a buttered bowl and turn to coat. Cover with plastic wrap and leave to rise in a draught-free place for 30 minutes. Knock back dough, then press it into a 22cm buttered pie plate or loose-bottomed flan pan, cover with plastic and allow to recover for 30 minutes (it will have puffed slightly). (saya hanya guna loyang yang di lapik dengan baking paper sahaja, sbb x de Loose bottomed flan pan.

    Preheat oven to 225°C/437°F. Peel apples, cored them and cut into eighths. Press apple slices into the dough, and sprinkle with the demerara sugar. Place pie plate/flan pan on a baking sheet. Bake for 10 minutes, then reduce heat to 200°C/395°F. Spoon cream over apples and bake for 20 minutes. The top should be slightly caramelized and the tart light and spongy. Eat warm.
    selepas di potong, so spongy..





    Hi semua

    Assalamualaikum.. lama saya x update blog ni.. sungguh le saya sangat sibuk dengan urusan dunia. Cuti sekolah aritu saya telah pulang ke kampung halaman, ye le disamping boleh merelakskan mind and soul saya, dapat juga berjumpa dengan sanak saudara yang sangat menyokong kami sekeluarga. Terima kasih kakak-kakak ku dan abang2 ku dan tidak lupa juga pada anak2 saudara. Jasa dan budi kamu semua sangat di kenang, di saat kami sekeluarga agak stress kini...

    Kenangan di kampung halaman




    Wednesday 6 June 2012

    Oreo Cake

    Memang feveret saya dan anak2 kek ni, maveles dan sedap. Paling saya suka, frostingnya sedap sangat berlainan dengan buttercream yang biasa. Saya memamg suka buat frosting ni kalau buat kek untuk anak2. Frosting ini sesuai juga di gunakan untuk kek Red Velvet, selain dari Cream Cheese frosting. Ada orang panggil Frosting ni, Mary kay Frosting, Mock Whipping cream, Classic frosting, creamy vanilla frosting atau Poor man vanila frosting. Berbaloi mencuba untuk sesuatu yang sedap.



    Oreo Cake 






    1 cawan gula
    1/2 cawan butter (room temperature)
    2 biji telur (asingkan putih dan kuning)
    2 sth vanilla 
    1 3/4 cawan tepung kek 
    2sdt Baking powder
    1/8 sth cream of tartar (atau cuka)
    3/4 cawan susu segar/cair
    1/2 Cawan Oreo (dihancurkan)

    Cara2
    1. Pukul Putih telur + 1/4 gula + cream of tatar sehingga bertanduk. Ketepikan
    2. Didalam bekas lain pukul butter hingga lembut dan berkrim, masukkan gula (3/4) pukul  lagi lebih kurang 2 minit, masukkan putih telur dan pukul sebati.
    3. Ayak tepung dan Baking powder kemudian masukkan dalam adunan butter tadi dimulakan dengan tepung  sedikit, pukul sebati dan masukkan sedikit susu, ulang sehingga habis dan berakhir dengan kandungan tepung.
    4. Masukkan Oreo hancur
    5. Ambil spatula dan kaup balik dengan adunan putih telur tadi.
    6. Bakar pada suhu 175' dalam 20-25 minit





    Creamy Vanilla Frosting


    Bahan-bahan


    6sb tepung
    2 cawan susu segar
    2 cawan unsalted butter
    2 cawan gula
    2sth esen vanilla

    2 cup Crushed Oreo Biscuit (untuk ditepek-tepekkan pada sekeling kek)


    Cara-cara

    1. Didalam periuk, masukkan tepung dan susu dan sentiasa kacau sehingga menjadi likat dan berbuih lebih kurang 10-15 minit (pudding stage). Kerap kacau ok supaya x berketul2. Better guna whisk.
    2. Dalam bowl lain pukul Butter sehingga berkrim dan masukkan gula pukul sehingga fluffy (kembang). masukkan Vanilla esen. Kemudian masukkan adunan susu dan tepung yg telah sejuk tadi, jgn risau pukul sehingga putih dan lembut. Walaupun kelihatan seperti adunan butter dan susu seperti berpecah, jgn risau pukul lagi.
    red velvet yang saya gunakan Mary kay frosting, lain sket rasanye , tapi sedap dan  tidak memuakkan.

    Bruschetta

    Wah...lepas tengok kat AFC berkenaan dengan bruschetta, terus hati saya terpikat.. wah ini boleh jadi menu diet ni, berkhasiat dengan Olive Oil & Balsamic Vinegar bagai. Disebabkan ingin sangat merasa bruschetta ini maka saya pun merajinkan diri membuatnya.. buat dalam kuantiti sedikit dulu ialah takut x lalu makan pulakkan. Roti bagguette tu sebenarnya boleh aje beli tapi saya nak perabiskan tepung roti yg kat rumah tu so saya gagahkan diri buat lah ekk..

    Simple Baguette
    2 1/2 cawan tepung roti
    1 1/2 sudu teh yis kering
    +- 1 Cawan air suam
    Garam secukup rasa
    Olive oil (saya belasah aje minyak masak)
    Cornmeal for dusting

    Cara2
    masukkan Tepung dan Yis, gaul sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan adjust air pada adunan. Bila doh tidak melekat pada tangan, kira doh kita dah ok le tu. Basah2kan mangkuk dengan sedikit minyak dan letakkan doh dalam mangkuk tersebut. Tutup dengan kain basah dan biar ia mengembang selama 45-1 jam, dalam erti kata lain naik 2 kali ganda. Kemudian uli lagi dan tumbuk2 bagi udara keluar, kemudian bentukkan panjang2 dan kelar 3 garisan pada doh. Biarkan doh kembang lagi dalam 20-30 minit, dan sapukan sedikit air pada doh,  kemudian bakar dalam suhu 220" dalam masa 20 minit.
     So, beginilah rupa baguette saya:



    crunchy outside but smooth inside
    Ok, roti dah siap, jadi kena wat topping dia plak :-

    Bahan-bahannya

    tiada sukatan yer, main agak2 aje..

    1 ketul timun jepun (saya tambah)
    1 biji tomato 
    Virgin Olive oil (saya guna olive oil biasa aje)
    1 ketul(bkn sebongkah tu ekk, 1 aje) bawang putih (ditumbuk halus)
    Garam
    1 sdb Jus lemon 
    Basil leave (x de jadi saya letak Oregano)
    Balsamic Vinegar (saya letk apple vinegar, kalau cuka biasa tu x tau le saya leh guna ke idak ekk, rasa cam boleh aje)
    1 sdt gula 
    sedikit lada hitam (saya tambah)

    Cara - cara 
    Semua bahan-bahan sayuran di potong dadu, kemudian masukkan sayuran, bawang putih, garam, jus lemon,  lada hitam, Daun basil, Vinegar, Gula dan Garam sekali. Gaul-gaulkan dan letak ketepi.

    Ambil roti dan potong serong, sapukan Olive oil atas roti dan bakar dalam oven atau toster.. hati2 jgn biar hangus sangat, keluarkan roti dan topping kan dengan sayuran kita buat tadi, bolehlah tahan dengan rasa crunchy sayur-sayuran itu..... tapikannn.... saya masih x boleh terima dengan rasa "Raw" bawang putih, so saya ambil keputusan, saya letakkan sedikit mozarella cheese di atas bruschetta dan saya bakar balik ... mmmm... baru le kena dengan "my taste bud".(psst, saya rasa lain kali saya nak tumis dulu bawang putih dengan olive oil), dan rasanyer fortunately Yummy, nanti bila datang azam saya nak berdiet, bleh le saya buat menu ni. Hahah, tp kalau bleh saya nak tambah turkey salami sket, kasi lebih mozarella cheese, atau udang ke?...Cissss...kalau begitu bukan diet nama nyer lagi... hahahhahh ..OK MAYANG... FOCUS... FOCUS.. FOCUS.. ON VEGETABLE MENU ONLY..... HAHAHAHA...