KACHINGG $$$$

Friday, 20 April 2012

Baked Kiwi cheese Cake

HOLA,... SAY CHEESE TO THE CHEESE CAKE.....

Teringin sangat le nak makan Cheese kek, so merajinkan le diri membuatnya.. dan lagi seperti Melly infom, "takut dengan kalori nya" memang saya sangat takut , tapi nafsu makan mengalahkan segalanya, dan akhirnya saya pasrah ... (Cewah, cewah... alasan aje ni)... hahaha....Sumber dari laman web yg biasa saya skodeng my resepi.. cuma saya tambah buah kiwi sebagai penyedap rasa ...

Baked Cheese Cake

abaikan aje latar belakang yang entah ape2 tu ekkk....





Bahan-bahan 

  • untuk base:
  • 1. 80 gram unsalted butter.
  • 2. sebungkus chipsmore.
  • untuk kek:
  • 1. 500 g cream cheese.
  • 2. 200 g gula icing.
  • 3. dua biji telur.
  • 4. satu biji kuning telur
  • 5. 75ml fresh cream.

Cara-cara

  1. cairkan butter, hancurkan biskut.
  2. campur butter dengan biskut, tekan dalam pan, sejukkan dalam peti ais.
  3. pukul cream cheese (suhu bilik) dengan gula.
  4. masukkan telur.
  5. masukkan krim.
  6. masukkan kek ke atas base biskut tadi.
  7. bakar cara 'water bath' 170 darjah celcius selama sejam.



3 comments :

  1. gulpsss sedapnya kek itu..akak memang pecinta cheese cake..telan ayaq lio dah nih..
    :)

    ReplyDelete
  2. waduh2..menawan kalbu la kak...

    ReplyDelete
  3. remote astro pun buat gak ke..he he he...bila nak bagi rasa ni...akk dah serik buat cis kek. tak leh tgk. mesti nak makan..

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI