KACHINGG $$$$

Tuesday, 20 March 2012

BISKUT COKLAT CIP

Rupa bentuk dia seperti agak TUUUUTTTTTTT ekk....

 Memandangkan Biskut Jar anak-anak dah abis semalam saya pun merajinkan diri le membuat biskut ni ... memang sedap biskut ni abis harum semerbak satu rumah kalau baked sekut ni.. saya kalau wat sekut ni mmg suka mencampak2kan memacam jenis kekacang dalam dia... yang ni saya masukkan badam cincang ngan walnut cincang , pastu bubuh coklat cip bebanyak... sedap ooo lagi banyak lagi sedap, tapi yang versi saya ni di sebabkan coklat cip saya limited edition, so .. saya belasah aje coklat urai... ..... Resepi saya dapatkan dari sumber yang dipercayai iaitu myresepi.

Resepi oleh : Nor_67

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )

  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds

Cara-cara

  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.

  4.  Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.

  5.  Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. 









6 comments :

  1. anak anak di rumah pun suka makan cookies, buat sendiri lagi enak dan bisa makan puas puas..hehe

    ReplyDelete
  2. yup melly lagi sedap dan yang penting halal....

    ReplyDelete
  3. buat le kak ina.. pas tu jangan lupa jiran setaman ekk... biskut mayang dah abis dah ... ni nak menaikkan aura nak wat semula .. camno le, bebudak ni wat arini.. arini gak abis... adoila ...

    ReplyDelete
  4. sedap ni..betul la..rupa dia mcm tuttt sikit..hehe

    ReplyDelete
  5. kak fieda... hahahahahh... don't ever mention to state the obvious... heheheh ketara sangatkan .... lenkali kena beringat jgn dok belasah aje.. rupa bentuk pun memainkan peranan gak kannn....

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI