KACHINGG $$$$

Tuesday, 14 February 2012

LAMA X DE ENTRY

Lama juga saya tak post ape-apa di blog kesayangan saya ni.. bukan menyepi cuma takde apa-apa yang menarik untuk di coretkan di tambahkan dengan kemalasan saya untuk beberapa hari ini.. kalau ada idea memang berdesup-desup keluar nya tetapi bila hilang idea habuk pun x de.. hahahah.. kali ini saya nak coretkan berkenaan Sung Bong Choi .. saya amat mengagumi kesungguhan beliau dalam mengejar cita-cita dan dalam meneruskan hidup dan mencari makna hidup beliau sendiri .. sangat tabik .. sebenarnya kisah ini telah lama tersebar ke alam siber tapi izinkan saya coretkan sedikit berkenaan beliau yang saya rasa patut dijadikan iktibar dan semangat untuk terus hidup.. bila didalam kesusahan itu selalulah beringat bahawa sememangnya ada orang yang lebih susah daripada kita dan secara tidak langsung akan terus menaikkan semangat kita untuk terus berusaha dengan lebih keras lagi.. ini tidak, apa yang saya amati sekarang remaja banyak menghabiskan masa tidak tentu hala, disamping menghadapi banyak masalah sosial.. kita boleh lihat dengan baru-baru ini remaja kita bergaduh hingga masuk wad gara-gara berebut lelaki didalam ruangan fb.. adoila ... itu belum lagi kes bunuh diri gara2 di tinggalkan oleh teman lelaki atau teman wanita......kita sebagai orang islalm sepatutnya mempunyai sikap yang luas, rajin mencari ilmu dan rajin berusaha disamping berdoa mendapatkan keredhaan dan petunjuk dari Allah dan insyallah kita akan berjaya....

Mari kita amati remaja Korea ini yang telah berjaya di dalam rancangan realiti KOREA GOT TALENT, remaja jalanan yang mempunyai tujuan untuk hidup dan tidak pernah putus asa.......saya sampai menitiskan air mata.. tak dapat saya bayangkan kanak-kanak berusia 5 thn hidup sendiri malah mencari nafkah sendiri di jalanan... wawawaaaa.... sedihnya...

Sung Bong Choi ditinggalkan dirumah anak yatim ketika beliau berumur 3 tahun, tetapi beliau melarikan diri ketika umur beliau mencecah 5 tahun kerana tidak tahan di belasah di rumah anak yatim itu. Sejak itu beliau bekerja menjual Chewing gum dan Air penambah tenaga untuk meneruskan hidup, beliau tidur di mana-mana sahaja, di tangga, di kaki lima malah di tandas awam. Seawal usia 8 thn beliau beliau jadi penghantar susu dan surat khabar disamping menjadi buruh kasar. Dalam masa itu beliau berjumpa dengan seorang wanita yang menjaja makanan, wanita itu lah memberi nama Ji-Sung pada nya kerana beliau sendiri x tau nama penuh beliau sendiri. Wanita terbabit juga telah mengalakkan choi mengambil GED (khas untuk sekolah rendah) dan kemudian beliau sambung ke sekolah menengah di Daejon Art High School tetapi tiada guru yang sudi mengajar beliau kerana beliau tak mampu dari segi kewangan. Beliau amat minat menyanyi dan mula cenderung ke arah itu apabila usia beliau 14 thn dimana beliau terpesona dengan penyanyi di kelab malam semasa beliau menjual chewing gum di situ. Untuk menampung kos belajar di sekolah tinggi beliau terpaksa bekerja di bahagian delivery service dan buruh pembinaan, sehingga pernah terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan. Pernah berfikir untuk berhenti sekolah, dan guru2 sering mengadu beliau sering tidak hadir ke kelas kerana beliau sendiri terpaksa bekerja untuk menampung kos pelajaran beliau..

Akhir sekali, pada 6 Jun 2011 beliau mencuba nasib dengan menyertai KOREA GOT TALENT dan memukau para juri dengan suara beliau yang hebat sehingga ada juri dan penonton yang menitiskan air mata... Beliau akhirnya berjaya mendapat tempat ke 2 dalam Program Realiti itu .... SYABAS ....


3 comments :

  1. dapat no 2... aku ada tengok video dia dulu pastu taktau pape terjadi..ok lah tu, harap die dapat capai cita2 die

    ReplyDelete
  2. ok la .. walaupun ramai yang pendapat beliau sepatutnya menjadi juara...

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI