KACHINGG $$$$

Thursday, 26 January 2012

RED ALERT.. RED ALERT

Sumber : Utusan Malaysia & Harian Metro

POKOK tumbang menimpa sebuah kereta dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di Taman Desa, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di ibu negara petang ini mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang dan kerosakan rumah termasuk bumbung diterbangkan angin.
Antara kawasan yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu adalah Taman Desa, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, PPR Sri Cempaka dan PPR Seri Indah di Pantai Dalam.
Kawasan yang paling teruk dilanda ribut dikesan di Jalan Desa Utama apabila banyak pokok tumbang di sepanjang jalan tersebut.

Beberapa kenderaan turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok yang tumbang.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengalihkan pokok-pokok yang tumbang.
Tinjauan Utusan Malaysia di Blok E, PPR Sri Cempaka malam ini mendapati sebanyak 10 unit rumah yang terletak di tingkat 17 flat itu mengalami kerosakan di bahagian bumbung setelah diterbangkan angin kencang.
Sementara itu, di pangsapuri Teratak Muhibbah, Taman Desa beberapa buah rumah turut mengalami kerosakan setelah bumbung diterbangkan angin kuat.

Pegawai Meteorologi, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata, pihaknya mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa lokasi di ibu negara pada pukul 6 petang.
Amaran peringkat jingga itu dikeluarkan kira-kira pukul 6.30 petang membabitkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor iaitu daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Kuala Selangor sehingga pukul 10 malam ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Dang Wangi, Ahmad Mujahid Abdul Hadi berkata, kejadian pokok tumbang dikesan berlaku di Jalan Desa Utama melibatkan 12 buah kereta dan sebuah motosikal rosak dihempap pokok.
“Salah sebuah bangunan Pangsapuri Teratak Muhibbah mengalami keretakan dari tingkat 11 hingga 14 akibat bencana alam tersebut,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tambah beliau, penduduk diarahkan keluar dari rumah sebagai langkah keselamatan.

Bagaimanapun, mereka dibenarkan masuk ke kediaman masing-masing mulai pukul 9.25 malam ini.
Katanya, terdapat bumbung warung di kawasan itu diterbangkan angin kencang selain sebuah restoran mengalami kerosakan di bahagian garaj.

Setakat malam ini, tiada laporan kecederaan serius atau kemalangan jiwa berlaku berikutan kejadian itu.
Foto
RETAK...penduduk, Hussain Baba menunjukkan bangunan PPR Seri Cempaka yang retak.
Foto
ROSAK...Mohd Izwan (kanan) melihat keretanya yang dihempap bumbung.

RUNTUH...bumbung yang runtuh menghempap motosikal di PPR Seri Cempaka, Kampung Pasir, semalam.
RUNTUH...bumbung yang runtuh menghempap motosikal di PPR Seri Cempaka, Kampung Pasir, semalam.








3 comments :

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI