Monday 16 January 2012

Chezzy Filling Piroshiki

Piroshiki sebelum di goreng dan di Bedakkan dengan Bread Crumb

Dah siap Di goreng (guna Bread crumb homemade aje tu yang x cantik sangat)
Pada ari Jumaat Last week saya wat Piroshiki untuk bekalan buat anak2 saya, Mereka sungguh suka dengan rasanyer.. sebenarnyer Piroshiki adalah makanan orang Rusia... Inti untuk Piroshiki boleh di pelbagaikan samaada manis, pedas, keju, daging, ayam atau berempah dan bleh di pelbagaikan... Orang rusia makan piroshiki semasa Minum Petang atau di makan bersama-sama dengan sup..

Untuk Doh:

2 Cwn Tepung Roti  + lebih untuk "dusting"
1Sdt Yis Kering
1 Sb Gula 1/2 sdt garam
1 Bj Telur + 1 biji Kuning telur (Simpan Putih Telor untuk Egg Wash)
1 Cwn Air Suam

Cara - Caranya

Masukkan bahan kering Tepung, yis, garam dan gula di kacau sebati, kemudian buat lubang di tengah dan masukkan telur kacau sehingga tepung sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit atau sehingga doh tidak melekat pada tangan, kemudian bentukkan bulat seperti bola dan tutup doh dengan plastik wrap atau tuala lembap. Tunggu doh naik 2 kali ganda iaitu mengambil masa selama 40 minit ke 1 jam.

Inti saya (x guna Sayur campur hanya guna sayur Carrot dan Cendawan Butang Sahaja yang lain suma sama)



Untuk Inti

1/2 cawan Sayur Campur
1/2 tiub daging atau ayam kisasr Ramlee..
2 Cwn susu segar
Garam @ Stok Ayam
Sedikit Cendawan Butang
5 kpg Keju Cheddar (yg Slice Bleh atau Yg Shredded Pun Bleh)
sedikit majerin atau Butter
Sedikit bawang Putih dan bawang merah untuk menumis..
2 Sdb Tepung gandum (di larutkan dengan sedikit air)

Untuk mengoreng


Homemade bread crumb (roti yang saya bakar dan kisar)

Secukup bread crumb
2 biji Telur
Minyak untuk mengoren

Cara - Caranyer

Tumis Bawang Putih dan bawang merah dengan menggunakan majerin/butter, apabila telah naik bau.. masukkan daging/ayam kisar, kemudian masukkan sayur campur,  apabila dah agak2 layu masukkan cendawan, tunggu mereneh sedikit atau pun sehingga cendawan dan bahan lain agak 'tender" @ lembut kemudian masukkan susu, dan kacau.. apabila dah mengelegak sedikit masukkan 3 keping cheese slice, kacau sehingga cheese hancur kemudian tuangkan tepung gandum yg telah dilarutkan dgn air tadi. masakkan sehingga pekat..

Cara-cara memasak Piroshiki:-

piroshiki dengan inti dan shredded cheese
begini lah rupanye inti dan diatas shredded cheese saya guna sliced cheese yg saya  shreddedkan sendiri
Letakkan doh di atas permukaan yg telah ditaburkan dengan sedikit tepung, tumbuk2an untuk membuang angin berlebihan. Gilingkan adunan dalam bentuk panjang dan potong kepada 8 keping..( ikut anda nak wat camne pun asalkan jadi bentuk membulat bujur) . ambil satu keping tapi tangan pun kena dusting dengan tepung sedikit supaya tidak melekat, letakkan inti dan di tambah shredded cheese diatas inti, kemudian klim bahagian yg terbuka..dan bentukkan bulat membujur,buat hingga doh abis kemudian susun atas dulang dan tunggu hingga doh naik sekali ganda dalam 15-20 minit. Kemudian ambil piroshiki masukkan dalam telur dan lumurkan dengan bread crumb dan gorengkan dalam minyak yg panas sehingga masak dan kuning.. kemudian siap untuk di makan untuk sarapan atau minum petang...


Piroshiki yg sudah siap untuk di Ngaappppp.........

Sebenarnya, Piroshiki ini bleh juga di bakar di dalam oven , ikut pada kita le yg mana yg sesuai dengan selera kita .... kalau di bakar tidak perlu le bread crumb dan minyak untuk mengoreng, cukup le sekadar menglisskan piroshiki dengan telur (1 biji telur + 2 sdb Susu atau Air sejuk)...








6 comments:

  1. nampak sedap yah, ini semacam roti goreng yah.. ;)

    ReplyDelete
  2. ya melly lebih kurang macam roti goreng aja..

    ReplyDelete
  3. aduiii..kak mayang sedepppnye..rs cam nak nguli jugakle....

    ReplyDelete
  4. kak fieda... x le pandai sgt sekadar mengisi masa lapang...

    ReplyDelete