Tuesday 16 August 2011

Akhirnya..

Arini nak update berkenaan dengan kursus aritu .. alhamdullilah akhirnyer berjaya gak aku .. hasil nekad aku .. itu le dah tua2 bru le nak belajar ..walaupuun gitu aku cukup puas ati ngan hasil yang aku dapat.. alahmdullilah lagi sekali .. syukran.. syukran .. syukran YA ALLAH .. 
Psst : Aku nampak kuyus le , Alhamdullilah ...
heheheh ... TAK CAYA cuba tengok aku time mula2 g kursus ni


1...



2..


3....

kannnnn... betul tak??????

last kursus aritu belajar coklat indulgence.. resepi dia perghh.. tenkiu cekgu ... mmg sedap.. cam ala2 secret resepi dah.... pas ni leh le bukak kedai ....... Jom layan gambar baru aku ekkk... utk last day kursus aritu ...


 Kek2 hasil dari tangan2 pelajar.. amacam kan ??? cantik2 suma.. dan memasing dah leh bukak kedai ...
 kek ni aku buat....mabeles... mmg mabeles.. bkn puji aku tau tapi cikgu yg bagi resepi ni..
 kek yg telah dipotong... mmg sedap kek ni... saja caption besar gambar kek ni bio bg terliur...
gambo dari pandangan atas

ok la.. nanti kita sambong lagi ekk.. ada keje yg perlu diselesaikan .... 

Thursday 11 August 2011

SELINGAN

Saja nak menyelit.. kat fb ada wat status di bawah ni ... rasa cam lawak lak di bulan remadan ni.. hihihih ... JOM KITA SHARE SESAMA...

KUIH PALING GANGSTER = LOMPAT TIKAM
KUIH PALING SEXY = PUTERI MANDI
KUIH PALING KEJI = TAIK ITIK
KUIH PALIN KIUT = CEK MEK MOLEK
KUIH UTK AWET MUDA = SERI MUKA
KUIH PALING ALIM = KUIH KETAYAP
KUIH PENYAKIT LELAKI KRONIK = BATANG BUROK
KUIH SUKA PUKUL = KUIH LOMPANG
KUIH DALAM ZOO = BADAK BERENDAM
KUIH UNTUK SAMAN POLIS = KUIH SAMPREEEEEET
KUIH YANG BANGUN SENDIRI = KUIH BANGKIT
KUIH ORG TAK MANDI = KUIH BAU-LU
KUIH PALING TENTERAM = KUIH MAKMUR
KUIH PALING LEMBAB = KUIH SIPUT

hahahhah...... enjoy ....

Wednesday 10 August 2011

PEMBUATAN KEK



Kek adalah salah satu produk makan yang tidak asing lagi bagi semua. Kek adalah merupakan adunan yang dibakar atau dikukus dan bahan-bahan asas yang digunakan hanyalah tepung, gula, lemak dan telur. Walaubagaimanapun dengan peredaran masa yang pantas dan teknologi yang terkini, pembuatan kek juga tidak terlepas dari pada mengalami inovasinyer tersendiri. Dengan bahan-bahan baru yang berada di pasaran, membuat kek kini menjadi lebih mudah dan senang untuk dipraktiskan dan pada masa yang sama kualiti kek masih dikekalkan.

Bahan Utama
Tepung, Gula, Lemak dan Telur

Fungsi dan Keguanaan Bahan-bahan utama
1. Tepung
a) Tepung merupakan bahan utama dan penting sekali dalam penghasilan kek. Tepung memberikan struktur asas yang mengikat semua bahan-bahan lain bersama.
b) Pemiilihan tepung bagi penghasilan kek haruslah menggunakan tepung yang kandungan proteinnyer rendah seperti tepung gandum, tepung kek, tepung serbaguna dan tepung naik sendiri.
c) Pilihan tepung yang halus (berprotien rendah) adalah yang terbaik kerana ia menyerapkan lemak atau minyak dan menjadikan kek lebih lembut dan sedap dimakan.
d) Tepung yang kasar (berprotein tinggi) tidak sesuai digunakan kerana ia memberikan tekstur kek yang kasar.
e) Tepung hendaklah diayak terlebih dahulu agar udara dapat masuk de dalam tepung dan untuk mengelakkan dari ketulan-ketulan yang tidak diinginin seperti kutu tepung.

2. Gula
a) Gula dijadikan sebagai agen pemanis dan pelembut kek. gula kastor merupakan pilihan yang terbaik kerana ia cepat larut dalam adunan yang sedang di bakar .
b) Gula icing tidak boleh digunakan sebagai pengganti gula kastor kerana terdapat kandungan tepung jagung didalam gula icing.
c) Gula mengurangkan karamelisa batter yang membolehkan kerak kek bewarna pada suhu yang lebih rendah dan membantu dalam mengekalkan kelembapan kek tersebut.

3. Lemak
a) Lemak membantu dalam membawakan udara yang dimasukkan ke dalam batter kek ketika menggaul.
b) Lemak juga bertindak sebagai agen pelembut kepada kek.
c) Lemak yang sesuai digunakan adalah mentega dan marjerin. namun mentega memberi rasa yang lebih sedap dan tekstur kek akan lebih baik.

4. Telur 
a) Telur bertindak dengan memberikan struktur, kelembapan, warna dan rasa kepada kek.
b) Telur yang baik dan berkualiti bergantung kepada keadaan dan mutu telur yang digunakan samada masih baru atau telur yang telah lama.
c) Telur boleh digunakan untuk mengimbangi mutu tepung dan telur juga bertindak sebagai agen penaik kepada kek yang dihasilkan.

Bahan-bahan lain


Selain bahan-bahan asas yang dinyatakan, bahan-bahan sampingan juga diperlukan untuk menghasilkan kek yang lebih berkualiti dan tahan lebih lama.

Antara bahan-bahan sampingan yang digunakan adalah :-


1. Agen Penaik (Baking powder dan soda bicarbonate)
2. Cecair (air/susu/minyak)
3. Bahan penstabil Kek (ovalette/Quick 75)
4. Garam
5. Perasa (Golden syrup, glucose, sorbitol,glyserine)





BUAT RENUNGAN BERSAMA...


Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Kelebihan Mengamalkan Ayat Seribu Dinar

Assalamualaikum w.b.t.

Surah At-Thalaaq : ayat 2&3


Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau diamalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal dengan ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Bacalah ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali. Barangsiapa yngg sentiasa membaca ayat seribu dinar ( Surah Al-Thalaq 2-3) dan menjadikannya sebagai zikir harian dengan istiqamah, InsyaAllah akan mendapat rezeki tanpa disangka-sangka atau di luar dugaan akal manusia.

P/S : Ikhlaskan niat dalam mengamalkan ayat-ayat quran.

Wallahua'lam.

SELAMAT BERPOSA SUMA

Sedar tak sedar dah 10 hari kita berposa di bulan remadan ni.. di kesempatan ini rasa belum lambat lagi saya ucapkan selamat berposa untuk suma rerakan saya serta sahabat handai saya..Hari ni saya nak update berkenaan kelas memasak saya.. sonoknyer bila join kelas tu... walaupun berposa dan x dpt merasa bagai.. saya x kesah asalkan saya dapat ilmu di dada .. tenkiu utk cikgu yg ajar aritu iaitu CIKGU RAHAYU TAHA... semoga Allah membalas jasa cikgu yek.. Jom kita layan gambar2 masa kursus aritu :-


Cikgu sedang mengajar.....
Hehehe.. aku kasi sibuk sket kat situ...
Amacam....hehehhe.. ada memacam bentuk kek...
Proses melepa kek.. aku rasa part ni le yg paling mencabar untuk org2 yang x creatif cam aku ni...


kek2 yang di hasilkan.. x sangka leh wat kek camtu ... ahaks......

Sila abaikan ekk.. Kualiti gambo yang x de koliti ni .. maklum le amik ngan hp ajek... nanti bila aku dah kaya sket leh beli kamera yg .. ????? aku pun x tau ... hahahahahhhaha.. buta kamera ....hahahahha

Ok le sampai di sini aje le posting saya.. next saya akan postingkan resepi2 kek yg saya belajar kat kelas tu ... bukan ape .. saya takut hilang lak nanti kertas2 resepi ni.. so kalau dah masuk dalam blog ni terselamat le sket...

Tuesday 2 August 2011

Create blog

arini bermula le satu sejarah aku mula stat wat blog.. hik..hik.. org ada blog aku pun nak ada blog.. kata org x nak ketinggalan le.. aku, cam biasa le orang dah nek bullet train aku ni masih lagi le terkedek2 naik ketapi wap... hehehheh x pe le , at least ada gak... ceh wahh....EMMM.. ape yek nak di muat kan dalam blog ni .. yg penting aku nak masukkan resepi2 yg aku dah kopi pes kat tenet ni .. leh simpan sok2 kalau aku nak selidik2 resepi senang sket.. x de le perlu aku mengodak2 kertas A4 yg melambak2 aku print tu.....

gila membaking

Aku mmg minat membaking tapi x penah dalam fikiran aku nak jadi seyes macam sekarang.. sonok rasanyer... aku kalau susah2 ati mula le kuarkan arte khazanah aku... jar metrik, weight metric, spoon metric, tepong, baking powder.. stat le membaking ... rasa tenang aje.... hilang suma masalah; kendian tu bg le anak2 aku makan ... kalau abis lagi le aku senang ati... la ni tengah memikirkan cara camne nak menambah ilmu dalam baking membaking ni....  dah daftar wat kukis raya, kendian kelas wat roti... emm yang ni mmg frust, aku terlepas tarikh dia .. biasa le gara2 somi aku tek over h/p aku, biasa le bila bil, x bayar h/p prepaid haku le jadi mangsa untuk dia koling menkoling member2 dia, so org giat mara tu kol somi aku x amik so dia assume aku x mo join le kelas roti tu... frust gilerrrrr.... tapi x pe pada 6, 7 & 13 aku ada amik kelas kek dan hiasan kek kat kolej komuniti selayang ...  x sabar rasanyer ... YA ALLAH permudahkan semoga semuanyer menjadik....... semoga bertambah improve le segala skill membaking aku .. ok guys ape2 nanti aku update ekk...